Saturday, 30 March 2013

OPS DAULAT: Satu Mayat Pengganas Dibawa Keluar


Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat kecuali di kawasan-kawasan operasi, menurut Datuk Hamza Taib Pesuruhjaya Polis Sabah, semasa sidang media yang diadakan pada jam 4.30 petang tadi.

Pada jam lebih kurang 9.30 pagi tadi, pasukan keselamatan bersama Pasukan Penilaian Keselamatan (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pegawai Pejabat Daerah, Ketua Kampung serta ketua keluarga telah membuat lawatan ke kawasan Tanjung Labian. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai kerosakkan yang berlaku terhadap rumah penduduk kampung yang terlibat di dalam Op Daulat ini. Penduduk kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian dibenarkan balik pada hari ini.

Pada jam 11.00 pagi tadi, Pasukan Keselamatan telah membawa keluar satu mayat pengganas bertempat di Tanjung Batu di mana mayat pengganas tersebut adalah mayat yang telah ditembak dalam kejadian pada 6 Mac 2013. Mayat telah dihantar ke hospital untuk post mortem.

Statistik terkini jumlah keseluruhan tangkapan ialah seramai 453 orang dengan pecahan 126 tangkapan disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) manakala tangkapan kes-kes lain seramai 327 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 43 orang dan 03 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 66 orang dan 03 orang mayat kanak-kanak.

Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang tercedera seramai 11 orang dengan pecahan 8 orang PDRM dan 3 dari ATM.

Jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang./~mynewshub

1 comment:

  1. Hi there! I simply wish to give an enormous thumbs up for the nice data you have right here
    on this post. I might be coming back to your weblog
    for more soon.

    Stop by my web-site seoul garden penang price

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)