ARAU: Parlimen Arau (P003) antara yang paling awal memutuskan calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.
Pembahagian kerusi PAS ini sedikit sebanyak membuatkan Umno BN di
negeri itu tidak senang duduk malah dimaklumkan mereka masih lagi
bertelagah sesama sendiri untuk menentukan calon yang akan bertanding
ekoran masalah dalaman Umno yang semakin kritikal.
Parlimen Arau mempunyai lima Dun iaitu N11 Pauh, N12 Tambung Tulang, N13 Guar Sanji, N14 Simpang Empat dan N15 Sanglang.
Pada PRU12, calon PAS, Datuk Dr Haron Din yang memperolehi 16,451 undi tewas kepada calon BN dengan majoriti hanya 300 undi.
Jumlah pengundi P003 pada PRU13 adalah 43,061 orang di mana pengundi
kaum Melayu seramai 37,044, Cina (3,437), India (686), dan Siam (1,078).
Bagi
mengetahui sejauh mana persiapan jentera PAS di Parlimen Arau, ikuti
temubual wartawan Harakahdaily bersama Pengarah Pilihan Raya PAS
Kawasan, Khairuddin Che Mat (gambar) yang ditemui di Pejabat MTD Simpang Empat, baru-baru ini.
Sehingga hari ini, bagaimana persiapan jentera pilihan
raya di peringkat kawasan Arau? Berapa peratus persiapan yang telah
bergerak?
Pertukaran pengarah pilihan r
aya kerap berlaku, dan saya adalah pengarah yang keempat untuk tempoh
ini. Kali ini banyak kita gabungkan tenaga muda dengan tenaga veteran,
seingga kini sudah 95 peratus persiapan yang dilakukan. Sekarang ini
masuk ke peringkat memperkemaskan portfolio calon di mana akan
digerakkan oleh kawasan masing-masing. Misalnya pihak pengurusan calon
akan memberi taklimat kepada wakil calon, kemudian wakil calon akan bagi
taklimat kepada pencadang dan penyokong . Seterusnya jawatankuasa
logistik akan memanggil portfolio logistik di peringkat Dun. Bermakna di
peringkat portfolio sudah bergerak bagi kawasan masing-masing. Macam
media baru pun kita sudah gerakkan dan mereka berjalan dengan kumpulan
merekalah, yang baru kita tubuhkan. Sekarang persiapan yang terkini kita
sedang mempersiapkan video di mana video menjelaskan manifesto Pakatan
Rakyat Perlis, video rayuan kepada pengundi-pengundi oleh calon-calon
mereka antaranya rayuan untuk balik mengundi. Kita juga akan memulakan
ceramah berkelompok oleh calon-calon yang bertanding untuk menerangkan
manifesto 7 agenda awal Pakatan Rakyat Negeri Perlis. Untuk di Arau
calonnya Datuk Haron Din akan memanfaatkan perubatan Islam Darul Syifa'
untuk berkempen pada PRU nanti.
Mengapa PAS Arau lebih teruja menggunakan media baru
untuk berkempen adakah ini merupakan medium utama untuk menarik
pengundi-pengundi muda?
Ya. Ini adalah antara sebab utamanya. Saya ingat penggunaan media
baru ini akan mendapat sambutan khususnya kepada pengundi-pengundi muda.
Misalnya kita sudah wujudkan laman Facebook Arau La Ni, baru seminggu
kita tubuhkan. Nampaknya mendapat maklum balas yang baik oleh para
pengundi muda. Dan daripada sini kita akan kembangkan lagi misalnya
kita cuba hidupkan suasana berkempen misalnya kita ketengahkan
calon-calon untuk bercakap sendiri dengan para pengundi mereka. Malah
video Arau yang kita muat naik telah disukai lebih 6,000 pengguna
Facebook dan Youtube.
Dalam saat-saat genting ini, apakah isu-isu yang sering
dimainkan oleh Umno BN dalam menyerang Pakatan Rakyat di Perlis
khususnya di Arau?
Di sini isu yang sering dicanangkan oleh Umno BN adalah isu DAP
(pemerintah). Apabila mereka masuk kampung akan bawa isu inilah. Umno BN
akan mencanangkan apabila DAP menang dalam PRU ini mereka akan
bergabung dengan MCA, dan Cina yang akan memerintah negara ini.
Baru-baru ini saya ada jumpa Umno Padang Besar, dan bertanya dengannya
apa isu untuk Umno menghentam PAS mereka kata "kalau boleh biar PAS
sebut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri" Umno
minta sebab mereka hendak buat isu untuk melagakan PAS dengan Anwar
Ibrahim. Malangnya PAS tidak pernah menyebut perkara ini. Jadi Umno
mahu isu ini dijadikan umpan untuk mereka melaga-lagakan PKR dengan PAS.
Selain itu, isu yang lama masih lagi didendangkan Umno BN untuk
meraih undi rakyat Perlis khususnya adalah isu fitnah Anwar iaitu liwat,
di mana pendedahan bapa Saiful didakwa dibayar oleh Anwar, inilah yang
sering dibawa dalam ceramah-ceramah Umno BN. Selian itu isu kalimah
Allah dan pemberian BR1M, di mana Umno BN memutarbelitkan apa yang
diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu dengan
mengatakan Nik Abdul Aziz menghina penerima BR1M. Di sini kami
menerangkan semula kepada pengundi-pengundi apa maksud sebenar yang
hendak disampai oleh Mursyidul Am PAS.
Daripada isu-isu yang cuba dimainkan oleh Umno BN ini, sejauh mana ianya boleh mempengaruhi pengundi-pengundi di sini?
Isu BR1M memang terjejas bagi Melayu Perlis. Isu jawapan kepada Nik
Abdul Aziz ini sukar untuk mereka fahamkan. Inilah yang dijadikan modal
untuk Umno hentam PAS di pentas ceramah mereka, dan keadaan ini cukup
mempengaruhi pengundi Melayu. Di sinilah peranan jentera PAS untuk
menangkis tohmahan yang dilemparkan oleh Umno BN. Melayu Perlis ini
susah untuk terima sebab 'termakan budi' banyak sangat. Kaum
Cina...Insya Allah. Kaum Cina kita berani kata 50 peratus menyokong
Pakatan
Rakyat.
Bergantung harap kepada undi Cina sahaja tidak mencukupi?
Bagaimana PAS dan Pakatan Rakyat mahu memastikan kemenangan berpihak
kepada PAS dalam PRU ini?
Pengundi muda insya Allah akan memihak kepada Pakatan Rakyat.
Berdasarkan culaan kita 70 peratus pengundi muda memihak kepada kita
manakala 100 peratus pengundi luar yang pastinya balik mengundi turut
berpihak kepada PAS. Saya yakin. Sebab itulah kita dalam usaha untuk
memastikan pengundi luar balik mengundi dalam PRU nanti. Sebelum ini,
calon Parlimen Arau P003 Datuk Haron Din pernah menyebut pada PRU 2004
dia kalah dengan majoriti 3,000 lebih, PRU 2008 dia kalah majoriti 300
lebih, dan PRU13 dia akan menang. Bila dia cakap begitu kita kenalah
bekerja kuat bagi memastikan kemenangan ini.
Isu 'pergaduhan' dalaman Umno BN membabitkan bekas
menteri besar masih berlarutan, sejauh mana isu ini boleh memberi kredit
kepada PAS dan Pakatan Rakyat?
Isu pergaduhan YB Tambung Tulang dengan YB Guar Sanji sehingga ada
yang sanggup memberi upah ratusan ringgit untuk melakukan kekerasan,
memandangkan YB Guar Sanji dikatakan memihak kepada Menteri Besar Perlis
sedangkan kedudukan beliau hari ini hasil pelobian YB Tambun Tulang.
Malah perkara itu dimaklumkan oleh YB Tambung Tulang ketika di dalam
satu mesyuarat, semua orang tahu isu ini. Jadi inilah permusuhan
diantara Umno BN sendiri sehingga menjejaskan proses untuk memilih calon
di kalangan mereka bagi PRU nanti. Dan saya lihat PAS dan Pakatan
Rakyat perlu mengambil peluang atas masalah dalaman Umno BN ini
menjelang PRU ke-13 nanti. Sikap samseng di kalangan Umno BN tidak
pernah berubah, misalnya apa yang berlaku belon panas yang dilancarkan
PAS dua minggu lalu dikianati, mereka yang tidak bertanggungjawab
memotong tali belon tersebut. Kita telah membuat laporan polis. (harakahdaily)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-