.

Wednesday, 23 January 2013

Rakyat Kelantan Ketawakan Najib, Hasan Akidah Kena Mohon Maaf

Oleh: MSO

Baru sampai rumah dari Kelantan dalam rangka menjalani satu misi khas di sana. Selepas Najib Razak kunjung ke Kelantan saya perlu balik untuk mengambus tapak-tapak jejaknya? Hehe. Hari ini hujan turun di sekitar kawasan Najib mengadakan program semalam. Jadi tapak jejak Najib sudah habis hilang, tak sempat saya menyapunya.Jadi saya fokus seratus peratus kepada misi utama.

Seperti tapak jejak Najib hilang maka begitu juga hilangnya kesan dan ingatan orang kepada tujuh perkara yang Najib janjikan. Seperti mana kata Husam Musa dalam satu kenyataanya hari ini, cara Najib berjanji dengan syarat Umno menang di Kelantan adalah satu penghinaan.

"Tidak memberi kesan apa-apa bos," begitulah pula tutur seorang peniaga kain di Kota Bharu mengulas mengenai janji Najib.

"Tapi katanya ramai orang?" usik saya kepada seorang penghulu.
"Memang ramai sebab di kerah, cikgu pula pagi-pagi lagi dah berada di kawasan RTC untuk melakukan senam arobik dengan Rosmah Mansor," kata tok penghulu yang menjaga hal ehawal orang-orang Cina.

Banyak ulasan mengenai janji Najib semalam. Berbagai-bagai versi dan satu pun tidak positif. Janji Najib diperli dan diketawai oleh rakyat Kelantan.

Di sini saya nak sebut juga sikit sikit sebagai ole-ole malam ini iaitu mengenai berita busyro keputusan mahkamah yang mendapati Utusan Melayu bersalah kerana memfitnahkan Anwar Ibrahim.

Keputusan itu saya rasa dinanti-nantikan oleh semua orang. Keputusan itu menunjukkan segala apa yang surat khabar itu cakap mengenai Anwar adalah bohong dan fitnah. Pun begitu surat khabar yang sudah terkenal dengan bohong dan fitnah itu tidak akan berhenti. Ia semacam sudah melakukan 'hara kiri' dalam dunia persurat khabaran. Utusan sudah tidak tinggal apa-apa maruah lagi. Baginya ia akan melakukan seberapa banyak fitnah demi membela Umno kerana ia tahu selepas ini surat khabar itu akan tiada lagi.

Di sebalik keputusan itu ada orang bernasib baik dan perlu jaga mulutnya selepas ini. Dia tidak boleh cakap ikut sedap saja. Orang dimaksudkan itu ialah Hassan Akidah. Nasib baik Anwar tidak ikut saman beliau kalau tidak dia juga pasti akan dihukum berrsalah memfitnah Anwar.

Dan kalau Hasan benar seorang yang jujur, ada integriti apabila Utusan sudah didapati bersalah atas kenyataan yang dibuatnya, Hasan automatik kena memohon maaf kepada Anwar. Dia kena malu dan ambil tanggungjawab. Utusan menerima nasib malang dan mungkin kena bayar ratusan ribu itu ialah kerana 'pembohongan' dan 'fitnah' Hasan Akidah.

Kalau Hasan tidak tampil membuat permohonan maaf Anwar boleh mempertimbangkan untuk memulakan saman ke atas Hasan pula berasaskan kenyataannya yang dipetik oleh Utusan itu. Tetapi kenapa Anwar tudak menyaman sama Hasan bersekali kerana bagi Anwar, Hasan adalah tahi kuku saja. Maaflah catatan ini bertabur sedikit. Selamat malam dan istirehat. [wm.kl.11:25 pm 21/01/13]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist