SHAH ALAM, 24 JAN : Kerajaan Negeri Selangor diseru mengambil
tindakan undang-undang terhadap dakwaan wujudnya kira-kira 40,000 ‘warga
Sabah’ yang dipindahkan sebagai pengundi di Selangor.
Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri
Lajim Ukin mendakwa, ‘warga Sabah’ itu majoritinya bukan yang berasal
atau lahir daripada negeri itu tetapi pendatang asing yang diberi taraf
kewarganegaraan dan kad pengenalan.
Katanya, daripada jumlah itu hanya kira-kira 20-30 peratus adalah warga Sabah yang sebenar.
“Pihak Kerajaan Selangor perlu meneliti jika ada ruang-ruang dalam
perundangan untuk mendapatkan proses injuksi atau sebagainya kepada
mereka ini,” kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika
dihubungi TVSelangor.
Ujar beliau lagi, jentera Pakatan Rakyat (PR) di Selangor perlu
memperhebatkan usaha dan gerak kerja untuk mengenalpasti 40,000 ‘warga
Sabah’ itu dengan memberikan penerangan agar mereka tidak dipergunakan
oleh BN.
“Tidak mustahil jika mereka-mereka ini diberikan penjelasan dan
penerangan maka mereka akan berpihak kepada kita (Pakatan Rakyat).
“Sebab mereka hanya dipergunakan sahaja oleh BN untuk mendapatkan kuasa.
“Selepas itu mereka akan diabaikan dan tidak lagi diberi perhatian oleh BN jika berkuasa nanti,” katanya.
-selangorku
Bomba diminta oleh seorang wanita untuk menangkap ular ghaib
22 minutes ago