Ramai yang tertanya-tanya siapakah empat pemimpin BN yang tidak berjaya
melepasi tapisan SPRM serta dianggap tidak bersih dan dinasihat
digugurkan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Mereka itu,
sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, ialah dua menteri,
seorang menteri besar dan seorang lagi ketua menteri.
Sinar Harian yang dilaporkan memetik sumber-sumber memberitahu, bahawa
keempat-empat pemimpin itu didapati gagal melepasi tapisan SPRM kerana
mempunyai masalah undang-undang dan akan memberi implikasi kepada parti
jika dicalonkan.
Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut parti mana dan negeri mana asal keempat-empat pemimpin itu.
Ramai juga yang tertanya-tanya, jika sudah dianggap tidak bersih dan ada
masalah dengan undang-undang oleh SPRM, kenapa keempat-empat pemimpin
itu tidak didakwa saja di mahkamah?
Sebenarnya banyak lagi persoalan dan tanda-tanya yang timbul di
sebaliknya berita mengenai empat pemimpin BN yang didakwa gagal melepasi
tapisan SPRM itu. Meskipun usaha itu dianggap berniat baik tetapi ia
dianggap tidak praktikal dan lebih terdedah kepada masalah lain yang
lebih merimaskan.
Dalam usaha untuk mencapai kemenangan dan memastikan calonnya
benar-benar bersih, BN sebelum ini dilaporkan telah menghantar nama
bakal calon mereka kepada SPRM untuk dinilai sebelum diputuskan untuk
dipilih sebagai calon. Pakatan Rakyat pula sejak awal menolak kaedah ini
kerana tidak meyakini agensi itu.
Berikutan pendedahan Sinar Harian itu, selain ramai yang ingin
mengetahui siapakah empat pemimpin BN yang bakal digugurkan itu, ramai
juga hairan kenapa empat saja pemimpin BN yang dikategorikan sebagai
kotor dan tidak layak lagi bertanding?
Secara sinis, ramai yang beranggapan bahawa jika BN benar-benar ikhlas
mahu memilih pemimpin yang bersih dan tidak ada cacat-celanya dan SPRM
pula berfungsi seadil-adilnya, sekurang-kurangnya 80 peratus daripada
pemimpin yang ada sekarang perlu digugurkan.
Ini kerana bukan lagi menjadi rahsia bahawa kebanyakan pemimpin yang ada
sekarang sering saja terpalit dengan pelbagai isu dan masalah seperti
mengumpul kekayaan, salah guna kuasa, mengutamakan kroni, diheret oleh
masalah yang ditimbulkan oleh anak dan isteri serta pelbagai cacat-cela
lainnya.
Mencari pemimpin UMNO dan BN yang benar-benar bersih, jujur serta ikhlas
dalam ertikata yang sebenar pada realitinya amatlah sukar dan ia umpama
mencari setitik air di gurun yang kontang.
Masalah yang melibatkan mereka itu pula seringkali menjadi bahan
pendedahan dalam pelbagai media baru berserta dengan bukti-buktinya
sekali. Dan ia memang sesuatu yang bukan saja tidak dapat dinafikan oleh
mereka yang terbabit, malah menjadi percakapan rakyat di mana-mana.
Jadi, bagaimana hanya empat saja yang gagal melepasi tapisan SPRM?
Bagaimana dengan yang lain? Adakah menteri, menteri besar dan ketua
menteri yang lain benar-benar bersih?
Lantaran itu ada yang agak sinikal berkata, Najib dan Muhyiddin pun
belum tentu bersih dan layak bertanding lagi jika istilah bersih itu
mahu dipraktikkan dengan sejujurnya dan SPRM menjalankan tapisan yang
betul kerana kedua pemimpin itu pun tidak sunyi daripada pelbagai
dakwaan berkaitan kebersihan mereka sebagai pemimpin.
Dalam masa yang sama, terdapat juga kebimbangan di kalangan pemimpin
UMNO sendiri terhadap kaedah BN menggunakan SPRM untuk menilai moral dan
kebersihan seseorang yang bakal dipilih sebagai calon. Ia hanya
dianggap sebagai cara mudah bagi Najib untuk menggugurkan seseorang
dengan menggunakan SPRM sebagai sandaran.
Tetapi ia juga mendedahkan BN kepada unsur sabotaj yang lebih parah.
Pemimpin yang digugurkan itu tentunya berasa malu dan maruah mereka
bagai dicalarkan kerana pengguguran itu secara langsung membuktikan
mereka bukannya pemimpin yang bersih. Ramai yang pastinya tidak dapat
menerima kaedah ini, lebih-lebih lagi jika didapati ada rakan sendiri
yang diketahui sama-sama tidak bersih dan kotor macam mereka juga, terus
dipilih sebagai calon nanti.
Mereka yang digugurkan ini tidak akan berdiam diri, kata seorang pemimpin UMNO dengan penuh keyakinan.
Akhirnya, usaha untuk menampilkan calon yang bersih yang diharapkan
membawa kemenangan tidak juga menemui kejayaan. Ini kerana jika pemimpin
bertaraf menteri, menteri besar atau ketua menteri yang melakukan
sabotaj ketika pilihanraya, kesannya tentulah lebih besar berbanding
sabotaj ahli biasa di peringkat cawangan dan bahagian.
Lebih dari itu, kaedah menggunakan SPRM ini untuk menggugurkan seseorang
pemimpin lebih menunjukkan kelemahan Najib sendiri sebagai peneraju.
Sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, jika mahu menggugurkan
seseorang menteri, menteri besar atau ketua menteri, beliau sepatutnya
memanggil mereka dan mengadakan perbincangan secara baik mengenainya dan
bukannya menggunakan helah lain.
Disamping terdedah kepada sabotaj yang lebih parah, kaedah menggunakan
penilaian SPRM ini juga mendedahkan Najib, UMNO dan BN kepada pelbagai
masalah lain yang saling kait-mengait dan akhirnya lebih merosakkan imej
sendiri.
Lebih dari itu, Najib dengan pelbagai masalahnya juga akan terus menjadi
bahan momokan, sindiran serta mainan nakal rakyat kerana daripada semua
pemimpin yang ada, harus diakui bahawa beliaulah yang paling banyak
terpalit dengan pelbagai isu. (SH 26/01/2013)
-sahbudin husin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-