SHAH ALAM, 29 JAN: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas
Dagang Berhad (PDB) memberitahu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan
syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.
Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri
Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di
sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung
tikar dan menanggung kerugian.
Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SMMM,
Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat
kontraktor lori lain tidak diberikan ‘trip’ perjalanan tanpa notis awal
dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.
Justeru, Chegu Bard dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB,
26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini.
“Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini
memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang
dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan
‘trip’ mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB.
“Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan
sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke
RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos
berkaitan.
“Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB
hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung
tikar,” menurut kandungan surat itu.
Menurut Chegu Bard, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan
beliau akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala
Lumpur City Centre (KLCC) minggu ini.
Chegu Bard ketika mengulas isu sama berkata kontraktor terlibat yang
beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak
PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil
sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB.
“STSB ini naik dengan cepat sekali, sekali dari cuma beberapa buah
lori kini dikatakan sudah memiliki 80 buah lori sehingga STSB
disenaraikan sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan
negara,” ujar beliau kepada TV Selangor.
Menurut beliau dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang
risiko bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu yang tidak
diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran.
“Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun
dua ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus
PDB bergantung kepada satu syarikat sahaja.
“Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan
berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa
sektor dalam negara pasti lumpuh,” katanya lagi.
STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat
kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat
berkepentingan kerajaan lagi.
Chegu Bard yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan,
bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja
Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
-selangorku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-