.

Sunday 13 January 2013

HKR berjaya, ratusan ribu banjiri Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur hari in boleh disifatkan paling berjaya dalam sejarah penganjurannya.

Belangsung secara aman, himpunan yang berjaya menarik ratusan ribu orang ini juga boleh disifatkan paling bersejarah kerana seperti mengulangi himpunan perisytiharan Merdeka pada tahun 1957 dahulu.
[LIHAT VIDEO]

Barikut laporan perjalan sepanjang himpunan hari ini:

4.48 pm - Penganjur mengumumkan himpunan tamat dan meminta peserta bersurai secara aman.

4.47 pm - Nyanyian Lagu Negaraku sebagai penutup kepada himpunan bersejarah di Stadium Merdeka hari ini.

4.44 pm - Laungan Azan Asar bergema dalam Stadium Merdeka.

4.40 pm - Bacaan doa dipimpin Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

4.30 pm - Bacaan ikrar 'deklarasi rakyat' yang dipimpin oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

4.10 pm - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap. "Dengan semngat kebangkitan rakyat, saya tabik kepada saudara sekalian".

"Rakyat bangkit bukan kerana parti atau NGO, tetapi kesedaran mereka untuk merobah sistem yang bobrok dalam negara kita. Saya rasai sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.

"Oleh yang demikian kami dalam Pakaran Rakyat berikrar dengan stulus hati dalam pentadbiran kami, kerajaan baru nanti, percayalah kami tidak akan izinkan rasuh dan rompakan dari negara yang tercinta ini. Tiada tolak ansur dengan rasuah dan rompakan."

"Umno BN sudah diberi peluang, rakyat cukup sabar. Kita mintak dan rayu kepada rakyat beri peluang kepada suara rakyat menjadi suara keramat.

"Kita juga berterima kasig kepada polis yang merasakan ada aliran perubahan dalam negara ini. Media cakap lah apa pun. Rakyat tahu inilah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan."

Anwar menutup ucapan dengan laungan "Merdeka" dan disambut "Rakyat" sebanyak tujuk kali mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu.

3.40 pm - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap. Mengucapkan syabas kepada penganjur. "Saya tak tahu kira jumlah ini, media lagi tak tahu kira".

Berhimpun di tempat yang sangat bersejarah Stadium Merdeka, kerana di sini diisytiharkan kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu. 50 tahun beri peluang kepada BN.Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu.

Beliau berkata apa yang berlaku  "Bukan salah ibu mengandung, tapi silap memangkah undi". Kini PAS bersama Pakatan Rakyat, bersetuju atas perinsip-perinsip bersama dan menerima perbezaan pandangan.

Buku Jingga bukan cakap kosong. PAS pernah masuhkan tol di Terengganu sewaktu memerintah dan jika menang, Pakatan akan masuhkan tol di negara ini.

"Pulau Pinang  jadi 'Pulau Pening' 50 tahun di bawah BN. Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media".

"Jangan takut kepada BN. BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang".

3.25 pm - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berucap. Memulakan ucapan dengan "Salam Bersih untuk semua". Himpunan kali ini catat sejarah, permulaan kepada Malaysia baru. Pilihan di tangan kita semua. Malaysia adalah milik rakyat Malaysia".

"Sudah sampai masanya selepas 56 tahun, hari ini kita buktikan bahawa rakyat Malaysia cintai keamaan. Terima kasih kepada semua anda yang datang dari jauh".

Beliau berpesan jangan termakan fitnah perkauman BN. "Pakatan menang bukan Melayu habis, bukan Cina habis tapi...."BN habis" jawab hadirin.

3.20 pm - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merangkap pengarah HKR berucap. Memulakan ucapan dengan pantun "Tepuk Amai-amai, belalang kupu-kupu. Datang beramai-ramai  selamatkan negaraku." Beliau turut melancarkan kutipan sumbangan.

Beliau juga menafikan satu SMS yang dikesan tersebar hari ini yang menggesa peserta himpunan untuk mendapatkan wang dari ibu pejabat PKR.

3.15 pm - Wakil gerakan mahasiswa Safwan Anang berucap, manuntut pemansuhan PTPTN. Mengakhiri ucapan dengan laungan 'Student Power'. Turut berucap selepas itu wakil gerakan Mansuhkan PPSMI.


3.05 pm - Datuk Mahfuz Omar menjemput penyanyi Blues Gang, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang'. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut dijemput menyampaikan sajak  bertajuk "Di atas padang sejarah".



3.00 pm - Presiden Anak, Mazlan Aliman berucap. Beliau menegaskan rakyat mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan ekoran pelbagai masalah telah menimpa Felda dan peneroka.

2.55 pm - Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan berucap. Beliau berkata " Perhimpunan hari ini tanda cinta kepada negara". Wakil NGO R Kelantan memberi ucapan menuntut Royalti Kelantan. Turut berucap  Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.



2.52 pm - Wilfred Bumburing berucap beliau berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.


2.50 pm - Hampir 100,000 orang memenuhi Stadium Merdeka ketika ini.



2.45 pm - Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim tiba di stadium.


2.40 pm - Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Karpal Sing dilihat masuk ke Stadium.

2.30 pm - Wakil NGO bekas tentera Kerabat memberi ucapan.

2.20 pm - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium

2.15 pm - Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

2.12 pm - [Stadium Merdeka] Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali tiba di pentas utama.




2.10 pm - [Stadium Merdeka] Lebih 50,000 orang sudah berada di Stadium Merdeka. Beberapa pemimpin NGO mengambil pentas untuk berucap.




2.08 pm - [Stadium Merdeka] Saudara Tijah dari wakil orang asal berucap dituruti selepas itu Pengerusi GMI Syed Ibrahim. Sebelum itu turut berucap  Antholy Loke.




2.05 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka



2.00 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka puluhan ribu sudah berada di sini. Himpunan rasmi akan berlaku sedikit masa lagi. Menunggu kepimpinan utama tiba.







1.40 pm - [Stadium Merdeka] Kumpulan Kelab Sultan Sulaiman tiba di Stadium Merdeka.




1.35 pm - [Stadium Merdeka] Peserta menunaikan solat Zohor di stadium.



1.30 pm - [Jalan Tun SH Lee] Peserta dari KLCC hampir tiba di stadium




1.25 pm - [Jalan Hang Jebat] Pasukan SAMM bergabung dengan kumpulan Jalan Sultan. NGO muafakat memberi ucapan.



1.20 pm - [Jalan Hang Tuah] Kumpulan peserta bersolat Zohor di Masjid Al-Bukhari. Suasana masjid seperti solat jumaat.



1.15 pm - [KLCC] Kumpulan dari KLCC tiba di Pudu. Mereka kini menuju ke Stadium Merdeka.



12.55 pm - [Jalan Sultan] Kumpulan dari Jalan Sultan sedang bergerak menuju ke stadium.



12.50 pm - [Kg.Baru] Kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka, berasingan dengan kumpulan dari KLCC.




12.45 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka jam 12.45 pm







12.40 pm - [Jalan Sultan] Peserta Jalan Sultan mula bergerak ke stadium melalui Jalan Hang Jebat. Mereka melaungkan hidup rakyat, tutup Lynas, selamatkan Pengerang.


12.35 pm - [Pasar Seni] Polis di Jalan Tun SH Lee menjaga laluan kumpulan wanita pakatan yang bergerak dari Pasar Seni ke Stadium Merdeka.



12.30 pm - [KLCC] Kumpulan KLCC akan bergabung dengan kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman. Kini kumpulan Kelab Sultan Sulaiman sedang menunggu kumpulan dari KLCC di Jalan Ampang bersebelahan Wisma TES. Suasana terkawal dan santai.



12.25 pm - [PDRM] Gelagat peserta menyantuni PDRM yang mengawal keselamatan.



12.20 pm - [Pasar Seni] Kumpulan dari sini mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kira-kira 1000 orang menyertai pergerakan dari sini.


12.20 pm - [Jalan Sultan] Hujan renyai-renyai mula turun. Sekitar 2000 orang peserta berada di sini. Ada sekumpulan kecil sudah bergerak ke stadium.


12.15 pm - [KLCC] Keadaan semasa pergerakan kumpulan dari KLCC mencecah puluhan ribu orang peserta.



12.15 pm - [Stadium Merdeka] Keadaan dalam stadium kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.



12.10 pm - [Masjid Negara] Azmin Ali, Nizar Jamaludin tiba di perkarangan Masjid Negara dan memberi ucapan kepada para peserta yang masih di sini. Sebahagian besar peserta sudah bergerak ke stadium.



12.05 pm - [KLCC] Peserta dari KLCC hampir 15000 bergerak memasuki Jalan Sultan Ismail menuju ke stadium. Mereka melaungkan hidup rakyat, royalti sepanjang perjalanan.



12.05 pm - [Masjid Negara] Puluhan ribu masih berada di Masjid Negara. Mereka perlahan-lahan berjalan ke Stadium Merdeka.



12.00 pm - [Dataran Merdeka] Polis sedang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Tiada peserta di sini kerana laluan ditutup.



11.55 am - [Jalan Sultan] Suasana di sini meriah dengan penyokong anti Lynas. Turut kelihatan peserta baju kuning, riuh dengan tiupan trompet.



11.50 am - [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita. Hampir 2000 orang berada di sini.



11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan.



11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.




11.35 am - [Petaling Street] Keadaan di Petaling Street.



11.30 am - [Masjid Negara] Kumpulan dari Masjid Negara mula menuju ke stadium.





11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni. Mereka mengenakan pakaian berwarna ungu.



11.20 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka.

11.15 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium.


11.10 AM - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka.


11.05 am - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.

11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.


10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat.

Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.


10.45 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.




10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR.

10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak.

10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam.


10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini.

10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km.

10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak.

10.00 am - Video sokongan rakyat Malaysia di Jordan terhadap HKR 2013 [Lihat Video].

Perhimpunan ini telah diadakan di Mu'tah, Jordan pada 11 Januari 2013 bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan penuh kami yang berada diluar negara khususnya di Jordan terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat 120113 yang berlangsung di Malaysia.


9.55 am - Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara.


9.45 am - Berikut adalah lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dan komander bertugas:

1. Amcorp Mall, Petaling Jaya. Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM. Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields. Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.

4. KLCC. Komander: Dato’ Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman. Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

9.40 am - Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut:

1. 01-112-835421
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139

9.35 am - [PDRM] Keadaan Keselamatan di Kuala Lumpur adalah tenang dan terkawal. Aliran trafik di sekitar Kuala Lumpur adalah lancar. Anggota trafik telah siap sedia untuk kawalan lalu lintas sekitar lokasi utama di Kuala Lumpur.

9.30 am - [Jalan Sultan] NGO Hijau anti Lynas SMSL mula tiba. Wong Tack (gambar) sedang ditemuramah media. Mereka dijangka berjalan bermula dari kawasan Jalan Sultan.

9.25 am - [KL Sentral] Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka hadir dengan mengekalkan identiti mereka sendiri.

9.20 am - Perjalanan menuju ke Stadium Merdeka dilaporkan lancar. Tiada sebarang sekatan setakat ini. Biarpun himpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 pm, namun sudah ramai tiba di stadium pagi ini.

9.15 am -[Jalan Sultan] Peserta sedang berkumpul dan ada sudah berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

9.00 am - [Stadium Merdeka] Peserta mula tiba di Stadium Merdeka. Dilaporkan tiada sebarang halangan setakat ini sepanjang jalan menuju ke stadium.


8.40 am - [Masjid Negara] Perkarangan Masjid Negara mula dibanjiri peserta himpunan. Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk Hijau, Kuning, Merah dan Oren.

8.30 am - [Trafik] Jalan mula sesak di Lebuhraya Persekutuan dari Subang menuju KL.

8.00 am -[Jalan Sultan] Ramai yang sudah mula bergerak ke arah Lokasi HKR. Stadium Merdeka.

7.15 am - [Jln Tun Razak] Papan elktronik Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memaklumkan trafik ke ibu negara bergerak lancar.

Kelihatan anggota polis trafik ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Tun Razak menuju ke Pusat Bandar.

7.10 am - [Stadium Merdeka] Suasana stadium masih lengang namun beberapa peserta sudah tiba di sini.


7.00 am - [Stadium Merdeka] Sebahagian anggota Unit Amal DPPM membuat pemeriksaan perbarisan di perkarangan stadium sebelum memulakan tugas. DPPM mengerahkan 5,000 anggota Unit Amal bagi mengawasi himpunan hari ini.


6.30 am - Seusai solat Subuh, kelihatan para peserta mula mengunjungi warung-warung untuk sarapan pagi.




6.00 am - [Masjid Negara] Para peserta HKR memenuhi Masjid Negara untuk solat Subuh.


- harakah

7 comments:

  1. Bro,
    Report tu biarlah realistik sikit.Takkan beratus ribu.Stadium Merdeka muat 30,000 sahaja. Campur yang tegngah padand 20,000 adalah 50,000. Campur yang kat luar stadium paling banyak pun 50,000, baru 100,000
    Kira banyak lah juga tu tapi bukanlah sampai beberapa ratus ribu.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Untuk kiraan mudah ialah standard tempat duduk Stadium Merdeka hanya boleh dipenuhi sekitar 25 ribu orang. Jika diasak-asak dan semua berdiri ia boleh mencapai 35 ribu orang.
    Keluasan padang bola pula ialah sekitar 50 ribu kaki persegi. Dengan andaian setiap orang berdiri secara menegak dan hanya mengambil ruang sebanyak 2 kaki persegi setiap orang, hanya 25 ribu dapat dimuatkan di atas padang. Dua kaki persegi adalah ruang sebesar “dua tile” saiz biasa di rumah anda. Bolehkah semua orang hanya menggunakan 2 kaki persegi untuk berdiri?

    ReplyDelete
  3. Kiraan kehadiran bukan berdasarkan dalam stadium sahaja....boleh dikira sekali mereka yang tidak dapat masuk tetapi tujuan mereka sama...secara kasar memang ratusan ribu.......

    ReplyDelete
  4. Kiraan HATI yang ingin hadir tetapi tidak dapat hadir ada jutaan lagi.....

    ReplyDelete
  5. Bagi aku jika dicampur yang berada beberapa puluh kilometer disekitar stadium Merdeka sudah 3 juta lebih.

    Tahniah Pakatan Rakyat kerana melepasi sasaran 1 juta. Laporan polis yang berat sebelah yang mengatakan sekitar 45,000 orang sahaja.

    Tapi kali ini aku mesti pilih UMNO Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  6. suda sudah la dgn teori konspirasi ko tu....
    -sangharmaukumbang-

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist