.

Sunday, 27 January 2013

Bubar Parlimen 22 Februari 2013 Ini? Apakah Peluang Pakatan Rakyat?

Bubar Parlimen 22 Februari 2013 Ini? Barisan Nasional Terus Mendahului. Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?
Bubar Parlimen 2013 : Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi yang mana selepas daripada itu sehingga 28 April 2013 (mandat Datuk Seri Najib & kerajaan sekarang tamat), tiada lagi perayaan besar dalam tempoh tersebut. Dan sedang elok untuk diadakan PRU ke 13. Bahang pilihanraya umum sudah dirasai dan mula memasuki pusingan akhir sebelum semboyan dimainkan.

Dengan mengambil kira perkara di bawah ini, tarikh bubar parlimen 2013 dan tarikh penting untuk rakyat Malaysia menentukan halatuju negara untuk 5 tahun yang akan datang telah mula dipertimbangkan :
  • Sesetengah ibubapa dan pelajar sekolah “beratur panjang” bagi mendapatkan bantuan RM100 yang sedang rancak diagihkan ketika ini (Seperti DI SINI)
  • Rebat telefon pintar masih terus berjalan
  • Pemberian BR1M yang akan bermula dijangka awal bulan Februari 2013 (Tarikhnya DI SINI)
  • Dan…cuti sekolah Mac 2013 ini
  • Hari terakhir untuk bubar Parlimen ialah 28 April 2013
  • Penggal DUN Negeri Sembilan berakhir pada 27 Mac 2013
Pembubaran Parlimen 2013 Bubar Parlimen 22 Februari 2013 Ini? Barisan Nasional Terus Mendahului. Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Bubar Parlimen 2013 : Tarikh-tarikh Penting

Berdasarkan maklumat yang tersebar ketika ini, dan kami rasa ada yang sudah sedia maklum dan ianya bukan sekadar cakap-cakap yang berlegar di kedai kopi sahaja. Beberapa tarikh-tarikh penting berkenaan Pilihanraya Umum telah pun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk dipertimbangkan :
  1. Bubar parlimen : 22 Februari 2013 (Jumaat)
  2. Penamaan calon : 16 Mac 2013 (Sabtu)
  3. Hari mengundi Piliahnraya Umum ke 13 : 30 Mac 2013 (Sabtu)
Jadi mana-mana yang ada program-program penting telah pun sepanjang tempoh di atas, boleh susunkan semula daripada sekarang ini. Manakala kalangan penganalisis politik pula menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bubar Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari 2013 ini. Jadi sememangnya tarikh bubar parlimen 2013 tidak akan lari daripada tempoh tersebut.

Walauapapun, kami tidak kisah “apa warna” idelogi politik anda, samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Yang penting bagi kami, tidak kira anda pengundi lama ataupun pengundi yang baru, ramai-ramai jalankan tanggungjawab anda kepada masa depan negara.

Ada yang mengatakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 sekaligus memimpin kemenangan Pakatan Rakyat apabila ramai yang melihat dan memerhatikan daripada jauh rentak sokongan dan populariti kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
.

Najib Razak & Barisan Nasional Terus Mendapat Sokongan Rakyat..



Pendapat kami pula mengatakan, dalam politik ini sebenarnya boleh disamakan situasinya seperti “untuk tempoh satu minggu sahaja merupakan satu perjalanan yang sangat jauh dan panjang“. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seminggu tersebut. Oleh itu, ya kajian UMCEDEL adalah satu kajian, tetapi kajian di atas tidak mempengaruhi “mood sebenar” pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang secara keseluruhannya. Mood penguni boleh berubah dalam sekelip mata
  1. Mungkin Barisan Nasional akan merasai buat pertama kali selepas 50 tahun, bergelar pembangkang di Malaysia @
  2. Anwar Ibrahim akan bersara terus daripada politik negara dan bergelar pensyarah contohnya dek kerana kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Seperti yang Anwar Ibrahim pernah katakan (DI SINI)
Najib Bubar Parlimen Pilihanraya Bubar Parlimen 22 Februari 2013 Ini? Barisan Nasional Terus Mendahului. Rakyat Malaysia Sudah Bersedia? Macam-macam boleh berlaku. Seperti mana yang berlaku ketika zaman Tun Abdulllah Ahmad Badawi menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, di mana mendapat kajian populariti yang agak tinggi. Tetapi hakikanya di lapangan padang yang sebenar semasa PRU ke 12, apa yang berlaku? Bagi kami sokongan populariti yang diwarwarkan sekarang samada mendahulu ataupun terus meningkat naik bukanlah satu “kayu ukur” yang sebenar. Tetapi yang bertitik tolak kepada pendirian, dan harapan anda semasa hari pengundian kelak?

P/S : Andakah sudah bersedia menghadapi saat-saat bubar parlimen 2013 tidak lama lagi? Sudah ada pilihan calon ahli politik mana dan parti politik mana yang bakal jadi pilihan anda?

PP/S : Belumpun  lagi bubar parlimen 2013, kempen pilihanraya sedang rancak dijalankan ketika ini…


-berita semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist