Pemuda Sabah tanya siapa KM yang digugurkan?
KOTA KINABALU: Teka teki siapakah Ketua Menteri dan Menteri Besar yang tersangkut di tapisan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi semakin panas dengan pelbagai andaian yang dibuat.
Bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, mereka mengalu-alukan proses
tapisan yang dilakukan oleh SPRM melalui Cawangan Tapisan Keutuhan,
Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat suruhanjaya berkenaan.
Ketuanya,
Lahirul Latigu dalam satu kenyataan hari ini turut tertanya-tanya
mengenai beberapa nama-nama besar yang dijangka tidak dicalonkan semula
akibat masalah kegagalan dalam ujian tapisan SPRM.
“Siapa calon
Ketua Menteri yang seorang itu.? Di Malaysia ini, ada empat Ketua
Menteri... di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
“Sudah
tentu bukan dari Pulau Pinang, sebab Ketua Menterinya Lim Guan Eng dari
Pakatan Rakyat. Tinggal lagi tiga buah negeri,” soalnya.
Menurutnya,
kes rasuah bernilai RM40 juta yang membabitkan Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Musa Aman telah dilaporkan kepada pihak SPRM oleh beberapa
pertubuhan termasuklah Jingga 13 pada awal tahun ini.
“Kita minta
agar pihak SPRM menyegerakan siasatan terhadap isu ini daripada terus
berlarutan hingga ke tarikh pilihanraya. Rakyat sudah semestinya mahu
tahu perkembangan isu ini,” ujarnya.
Dalam laporan sebuah media
berdasarkan sumber SPRM ada menyebut, beberapa individu termasuk menteri
besar dan ketua menteri serta beberapa pemimpin tertinggi sebuah parti
yang dijangka tidak dicalonkan bagi mengelakkan implikasi terhadap parti
terbabit.
-
harakahdaily.net