.

Saturday, 26 January 2013

5 MENTERI KABINET SABAH BAKAL KECUNDANG

PENDEDAHAN demi pendedahan oleh RCI tentang IC Projek Mahathir, adalah sesuatu yang sungguh malang dan menyedihkan setiap Warga Sabah kerana mereka tidak menyangka Tun Dr Mahathir sanggup memberikan taraf kerakyatan Malaysia kepada warga asing terutamanya dari Selatan Fiilipina, Indonesia, Pakistan dan India.


Andainya Bapa Kemerdekaan Sabah seperti Allahyarham Tun Mustapha, Tun Fuad dan mandiang  Datuk Sundang dan Datuk Phang Ket Chung masih hidup, sudah tentu mereka tidak akan maafkan para petualang yang mengkhianati warga Sabah ini.

Dengan banyak pendedahan dari saksi-saksi pada RCI ini, maka telah membuka segala rahsia yang tidak diketahui rakyat Sabah, maka adalah tidak hairan apa yang dilaungkan oleh para pemimpin Pembangkang Sabah sememangnya ada kebenarannya.

Kesungguhan rakyat Sabah tanpa mengira jemu seperti Mutalib M.D dan Dr Chong En Leong  berjuang untuk mencari kebenaran dalam isu 'Warga Penyu' ini, sudah mendapat hasilnya. 

'TAHNIAH' dengan pendedahan demi pendedahan ini. Kita percaya BN bakal menerima satu malapetaka yang bakal menggelamkan kapal BN nanti. Perasaan marah rakyat Sabah kali ini bakal dilepaskan pada kotak undi PRU 13 nanti.

Tiba masanya rakyat Sabah menghukum para penghianat sekalipun akan menjejaskan kredibiliti dan karisma Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Persoalannya, apakah Najib mempunyai kekuatan dan 'political will' untuk memastikan para petualang ini didakwa di mahkamah dan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka selama ini.

Andainya tiada apa-apa tindakan susulan dari pendedahan RCI ini, maka sekurang-kurangnya 5 orang Ahli Kabinet Negeri Sabah pasti akan tumbang di tangan rakyat Sabah.

Antara yang bakal kecundang ialah Datuk Joseph Pairin Kitingan, Datuk Dr Yee Moh Chai, Datuk Raymond Tan, Datuk Peter Pang dan Datuk Ewon Ebin.

Kita jangkakan Umno Sabah juga bakal menerima beberapa kejutan pada PRU 13 nanti, atas alasan memberi kelebihan pada pembangkang terutamanya PPS Datuk Lajim.

Buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan kawasan Umno yang bakal tumbang itu, bagaimanapun kita pasti tampuk pemeritahan Sabah bakal berubah menjelang subuh selepas malam perkiraan undi lepas PRU 13 nanti.

Salam Hormat
MOHD DANIAL ADULLAH 
-sabahkini.net

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Pru 13 nanti adalah penentuan rakyat malaysia samaada hidup dalam kegelapan kesusahan kemiskinan perhambaan dibawah umno bn haram jadah syaitan atau kemakmuran kegemilangan kesenangan kebebasan dibawah pakatan rakyat. Tepuk dada tanya hati dipeti undi.
muzium padi's avatar

muzium padi · 639 weeks ago

ini kali lah!
XNAK SESAT's avatar

XNAK SESAT · 638 weeks ago

aku semenjak dari tahun 80an lagi dah masak sangat ngn perangai haramjadah umno/bn nie..tu sbb aku nyampah/meluat sangat kat puak2 nie..tapi apakan daya aku rakyat maharen ada satu undi saja xmampu nak terlungkupkan diorang.
XNAK SESAT's avatar

XNAK SESAT · 638 weeks ago

BILA MAHKUTY JADI PM/DASAR PENSWASTAAN BERMULA...MAKA BERMULALAH DASAR PROJEK/BISNES UTK POKET SENDIRI/ANAK-BARANAK/SUKU-SAKAT/ADIK-BERADIK...BERJUANG UNTUK MEMBELA RAKYAT DAH JADI SEPI DAN DIKESAMPINGKAN..BUAT PUN SEKADAR BATUK DITANGGA...PARA PEMIMPIN UMNO/BN YG BERKUASA ATAS UNDI RAKYAT SIBUK NGN KOMISYEN SANA-SINI..KLU XCAYA CUBA PERHALUSI SETIAP PROJEK YG DIJALANKAN SEDAR ATAU TIDAK DIBELAKANGNYA MESTI ADA KEPENTINGAN PUAK HARAMJADAH NIE...SAYA MOHON KEPADA PEMIMPIN PR KLU DAPAT MEMERINTAH NANTI..BERHATI2 NGN KAUM PEMODAL/KAPITALIS NIE...SEMOGA XHANYUT CAM PEMIMPIN HARAMJADAH YG DOK ADA LA NIE! TAKUT NANTI MARUAH HANGPA AKAN DINILAI RAKYAT TERBANYAK MACAM SAMPAH.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist