HAMID SANGGUP MATI DEMI IBU PERTIWI!
ANAK JATI....Hamid Hassan, anak
jati Tawau merupakan pesara Yayasan Sabah. Hamid menyertai politik pada
tahun 1987 sebagai Ketua Cawangan Parti Bersatu Sabah di Tanjung Batu
Laut Tawau. Hamid dilantik sebagai Ketua Kampung Tanjung Batu Laut pada
tahun 1990. Pada tahun 1995, Hamid menyertai UMNO dan menjadi Ketua
Cawangan Tanjung Batu Laut.
SEDUTAN BUKU IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?
HAMID
@ ZAINI HASSAN, merupakan pejuang ulung yang tidak jemu-jemu menulis
surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Timbalan Perdana
Menteri, Ketua Menteri, Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya Polis Sabah dan
Ketua Komponen Parti Barisan Nasional menyuarakan kebimbangan dan
teguran yang bernas berhubung isu kerakyatan songsang.
Sebagai Lelaki
Sejati, walaupun diugut, diherdik, dicaci, dicerca dan disoal siasat
bagaikan penjenayah, namun Hamid bersemangat waja dan berjiwa perwira.
Tidak takut oleh ugutan dan tidak gentar oleh tekanan pihak berkuasa.
Kesan
daripada tekanan mental dan paksaan fizikal, Hamid lumpuh selama lebih 3
tahun akibat serangan darah tinggi, kencing manis, gout dan lemah
jantung. Kini dengan penuh semangat membara Hamid kembali memperjuangkan
isu petualangan sindiket kad pengenalan projek setelah mampu berjalan
kembali. Wawancara ini menyerlahkan segala-galanya.
Mutalib:
Alhamdulillah saudara sudah beransur sembuh. Semangat saudara cukup
kuat. Apakah saudara masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang
tergendala kerana uzur?
HAMID:
Syukur Alhamdulillah di atas doa saudara dan seluruh rakyat Malaysia.
Saya sudah beransur pulih setelah mendapat ujian Illahi selama hampir 3
tahun. Ikhtiar saya berhasil. Semangat saya tidak patah sekalipun saya
telah meninggal dunia kerana roh dan perjuangan saya sudah sebati. Tuhan
hanya beri saya CUTI PANJANG daripada menulis, tetapi fikiran dan jiwa
saya terus membara memperjuangkan isu PATI tanpa jemu.
TIDAK
ADA yang dapat menghalang saya. Saya yakin dan percaya perjuangan yang
ikhlas dan menjulang kebenaran akan menang sekalipun menghadapi pelbagai
rintangan dan dugaan. Kalau boleh saya ingin TUTUP MATA (mati) setelah
PATI sifar!
Mutalib: Apakah mereka (Polis) masih ganggu saudara sekalipun dalam keadaan uzur?
HAMID:
Ya. Mereka tetap mendesak saya datang ke Balai Polis atau Penjara Air
Panas untuk mengambil kenyataan, tetapi saya bertegas mengatakan bahawa
saya uzur dan bersedia disoalsiasat di rumah kerana saya tidak dapat
berjalan dan terasa lemah sekali. Ada juga yang datang ke rumah dan ada
juga yang berdegil menyuruh saya ke Balai. Tetapi saya tidak endahkan
mereka. Syukurlah ini baru boleh bangun. Tiga bulan lalu angkat kakipun
tak boleh.
Mutalib: Kenapa saudara tidak berhenti sahaja daripada mengkritik kerajaan dan berehatlah kerana kesihatan tidak mengizinkan?
HAMID:
Ini hanya ujian Tuhan dan tidak lebih daripada itu. Kalau saya patah
semangat kerana diuji dengan keuzuran, maka saya adalah manusia yang
tewas sebelum berjuang. Saya bukan menentang kerajaan. Saya menyuarakan
hak saya yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya sanggup
tinggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu sudah menjadi
Pembangkang dan menyertai UMNO semata-mata mahu memperjuangkan isu ini
daripada dalam kerana PBS ternyata gagal merobohkan ’tembok’ yang
membenteng mereka dengan ’telinga kuali’ Kerajaan Persekutuan.
KUNJUNGAN...
Menerima Kunjungan Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan, Datuk Dr
Jeffrey Kitingan yang menghadiahkan buku IC PROJEK kepada Hamid yang
tidak jemu-jemu menulis surat aduan kepadanya berhubung PATI.
Mutalib:
Tetapi bukankah saudara tidak juga berhasil dan gagal menyuarakan isu
ini daripada dalam kerana Kerajaan mempunyai agenda mereka sendiri?
HAMID:
Bukan gagal, tetapi belum berjaya kerana terpaksa merempuh banyak
rintangan terutama menghadapi pegawai polis yang agak kasar dan kurang
ajar dan tidak menghormati warganegara asal kerana mereka mendapat
habuan daripada warganegara ASPAL (Asli tetapi Palsu). Kad Pengenalan
mereka memang Asli tetapi Orang atau pemiliknya palsu. Kita kena terus
berusaha tanpa jemu atau putus asa.
Mutalib: Berbalik kepada isu warganegara ASPAL yang saudara nyatakan tadi, bagaimana senario terkini?
HAMID:
Rakyat Malaysia di Sabah sangat bimbang kerana kebanyakan PATI telah
berjaya memiliki kad pengenalan biru atau KPT Malaysia dan kini Mykad.
Kebanjiran PATI pada masa sekarang juga sangat membimbangkan.
Walaupun
Kerajaan Pusat melalui Pasukan Petugas Khas Persekutuan (S/L) sedang
mengatasinya namun kegiatan sindiket memberi kad pengenalan ASPAL kepada
PATI masih berleluasa di negeri Sabah khasnya di Tawau sehingga sukar
bagai kerajaan membanterasnya kerana terlalu banyak karenah birokrasi
sehingga wang menjadi perantaraan dan pertukaran dengan kad pengenalan
yang amat berharga terutama projek Lepa-Lepa di Semporna, Sabah.
Kita
sedar Kerajaan hanya bertindak tegas kepada PATI yang memiliki IC atau
Kad Pengenalan PALSU kerana ramai telah disumbat ke penjara setelah
didapati bersalah di mahkamah.
Namun
belum pernah kita dengar mereka mengambil tindakan terhadap warganegara
ASPAL yang mudah diternak menjadi pengundi hantu dan kini merupakan
kumpulan pendesak di dalam UMNO.
Sebagai
Ketua cawangan UMNO Tanjung Pukat, saya menyedari hakikat ini memang
agar sukar dibasmi kerana mereka rupa-rupanya dilindungi oleh pemimpin
UMNO yang beragenda atau menempah keranda politik mereka!.
Di
sana sini kedengaran rakyat mengeluh bahawa PATI mendapat permit
pengangkutan awam, lesen berniaga, kebun dan sebagainya. Lebih
menjengkelkan ramai PATI yang memegang jawatan dalam politik dan
kerajaan.
Pada
mulanya saya menyalahkan pegawai di jabatan kerajaan, tetapi setelah
mengetahui bahawa JPN Malaysia telah mengesahkan kad pengenalan mereka,
maka saya tidak jemu-jemu untuk membuat aduan kepada Kementerian Dalam
Negeri Malaysia.
Mutalib:
Kenapa saudara terlalu mengambil berat soal isu ini sedangkan saudara
tinggal di kawasan hitam yang dikelilingi oleh PATI yang memperoleh
kewarganegaraan ASPAL ini?
HAMID:
Saya mengambil berat perkara ini kerana memikirkan masa depan anak cucu
saya. Saya tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang. Dahulu
sebagai Ketua Kampung, saya diibaratkan sebagai mata dan telinga
kerajaan. Saya telah menjalankan tugas dengan penuh amanah membuat aduan
mengenai isu ini, namun semua aduan yang saya buat belum berhasil.
Dengan
itu saya telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua
Kampung sebulan notis. Bagaimanapun kerajaan Negeri Sabah mempunyai
kuasa untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai Ketua Kampung pada
bila-bila masa. Saya meletakkan jawatan bukan kerana menolak dasar
kerajaan tetapi tidak berpuas hati terhadap JPN Malaysia. Pada mulanya
Wakil Rakyat enggan menerima perletakan jawatan saya, namun saya terus
menerus mengkritik beliau sehingga dipecat SERTA MERTA!
Kini
saya berjuang atas tiket UMNO iaitu sebagai Ketua Cawangan UMNO Tanjung
Pukat setelah ahli cawangan saya enggan menerima perletakan jawatan
saya.
Mutalib: Berapa ramai penduduk @ pengundi Tanjung Pukat dan bagaimana status mereka?
HAMID:
Rakyat tempatan 900 orang dan PATI 6,000 orang. Saya tak tahu nak cakap
apa. Saudara fikirlah sendiri nasib saya dan orang tempatan jika
berlaku sesuatu kepada kami di sini!
Mutalib:
Mungkin saudara tidak mempunyai bukti yang kukuh dan kerana itu tidak
hairan jika aduan saudara tidak diterima atau dipandang enteng oleh
pemimpin negara?
HAMID:
Penjelasan dan bukti-bukti yang telah saya berikan kepada mereka adalah
cukup jelas yang membabitkan PATI yang telah berjaya miliki kad
pengenalan Malaysia.
Namun
jika kad pengenalan warga ASPAL ini dirujuk kepada JPN Malaysia, pasti
jawapannya mereka ini telah memperoleh kad pengenalan dengan cara yang
betul dan berdasarkan Perlembagaan Malaysia kerana nama dan nombor kad
pengenalan mereka telah dimasukkan ke dalam buku atau komputer oleh
kakitangan JPN Malaysia yang tidak bertanggung jawab.
Yang
sebenarnya semua rakyat Malaysia di Sabah terutama kakitangan kerajaan
mengetahui perkara ini dan tidak berpuas hati terhadap JPN Malaysia
tetapi takut untuk menyuarakannya.
Saya
akui bahawa bangsa Bugis adalah warganegara Malaysia. Seperti di Johor
terdapat bangsa Bugis yang sangat ramai. Tetapi mereka (Bugis) di Johor
adalah lahir di Malaysia atau berada di Malaysia sebelum merdeka.
Tetapi
di negeri Sabah kebanyakan mereka (Bugis) datang ke Sabah semasa
kerajaan BERJAYA hinggalah sekarang. Kerana bangsa Bugis sangat ramai di
Merotai, mungkin salah satu sebab pemilihan Dr Pataware Patawi sebagai
Adun UMNO di Merotai.
Mutalib:
Kelihatan pada saya seolah-olah saudara tidak menyukai Dr Patawari atas
sebab-sebab tertentu? Apakah warga UMNO Tawau juga tidak menyukai
beliau?
HAMID:
Pemilihan Dr Pataware Patawe sebagai calon UMNO/BN di Merotai ketika
itu telah mengguris perasaan bumiputera di Merotai. Kebanyakan
berpendapat tiada lagikah bumiputera yang boleh diketengahkan sebagai
calon di Merotai?. Dr Pataware Patawe yang dilahirkan di Indonesia
memang benar mengikut saluran untuk mendapatkan kad pengenalan
(warganegara).
Tetapi
Kerajaan BN sewajarnya mengutamakan bumiputera tempatan. Kalau di dalam
Islam ada perbezaan di antara anak angkat dan anak rahsia. Anak angkat
tidak dapat harta pusaka. Apakah KELEBIHAN Dr Pataware Patawe?
Ahli
UMNO/BN di Merotai marah kerana susah berjumpa dengan Adun Merotai.
Kata mereka kalau Dr Pataware Patawe datang pagi ke Tawau, pulang ke
Kota Kinabalu petang. Kalaupun bermalam tidur di hotel. Dr Pataware
Patawe tidak mempunyai rumah di Tawau.
Semasa
pilihanraya umum negeri Sabah lalu, Dr Pataware terpaksa menyewa rumah
berhampiran Hospital Besar Tawau. Memang benar Dr Pataware mempunyai dua
buah rumah tetapi di Kota Kinabalu iaitu untuk isteri pertama dan
isteri kedua.
Kami
di Merotai sudah jemu mendengar cerita bahawa isteri Dr Pataware Patawe
pertama (Kadazan) berkeluarga dengan isteri YAB Datuk Seri Panglima Osu
Haji Sukam dan isteri Kedua (Bajau) Dr Pataware Patawe berkeluarga dengan Osu Haji Sukam.
Memang
amat memalukan apabila Dr Pataware telah melantik Palurui Hassan
sebagai Pengerusi JKKK Tanjung Batu Laut sedangkan Palurui adalah PATI
Indonesia yang telah mengaku lahir di Sabah. Palurui telah menceroboh
tanah kerajaan (Hutan Simpan Kelas Satu Bukit Kukusan) untuk membina
kilang papan (Syarikat Ratna Bersaudara).
Mutalib:
Pada pandangan saudara wajarkah warga ASPAL ini diberi peranan dalam
parti kerana Kerajaan BN telah menerima mereka secara sah?
HAMID:
Masa depan politik Sabah biarlah ditentukan sendiri oleh rakyat
Malaysia. Kalau selama ini hak rakyat Malaysia di Sabah telah dirampas
oleh PATI Indonesia dan Filipina, tapi sekarang ditambah lagi oleh satu
negara iaitu Pakistan.
Negeri
Sabah adalah tanah tempat tumpah darah kami. Tembuni kami ditanam di
bumi negeri Sabah. Kami sekarang hidup dalam ketakutan di negeri
sendiri.
TERLEPAS…Walaupun
PATI yang dituduh membunuh Datuk Norjan Khan Bahadar terlepas atas
masalah teknikal, namun membuktikan IC Projek yang dimiliki tertuduh
membolehkannya bekerja dan membahayakan nyawa orang lain. PATI tersebut menetap di Tawau.
Kebanyakan
kes jenayah serius dilakukan oleh PATI dan kebanyakan anak mereka
berkeliaran di bandar Tawau meminta sedekah, menghidu gam dan
sebagainya. Apakah pandangan para pelancong luar negara terhadap perkara
ini?
Mutalib:
Wakil rakyat saudara menganggap dakwaan saudara tidak berasas dan palsu
kerana cemburu dengan kejayaan pihak yang didakwa sebagai warga ASPAL?
Apakah jaminan yang saudara boleh berikan?
HAMID:
Mungkin saluran yang saya gunakan selama ini salah. Patutkah saya
ketika itu selaku Ketua Kampung yang diibaratkan sebagai mata dan
telinga kerajaan berdiam diri? Sekali lagi saya merayu pihak berkuasa
agar menyiasat semua aduan yang telah saya berikan selama ini, terutama
Jabatan Pendaftaran Negara kerana mencabar kewibawaan mereka.
Saya
bersumpah dengan nama Allah, sekiranya aduan saya didapati semua tidak
benar, saya bukan sahaja sanggup di penjara tetapi sanggup di hukum
mati.
Mutalib: Pada pandangan saudara kenapa PATI suka datang ke Sabah dan memilih Tawau sebagai destinasi mereka?
HAMID:
Pendatang tanpa izin suka datang ke Tawau kerana peluang pekerjaan yang
banyak mempunyai ramai keluarga yang telah berjaya memiliki kad
pengenalan ASPAL yang mengaku lahir di Sabah.
Mereka
inilah yang menjadi pelindung kepada PATI dan tidak hairan jika ada
sebarang operasi hanya beberapa orang yang ditangkap. Jika ada ahli UMNO
yang ditangkap, akan dibebaskan juga setelah campurtangan politik
sekalipun ahli berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen kerana dokumen
yang mereka gunakan semasa menjadi ahli dahulu adalah palsu.
MATI.....Surat
Akuan Berkanun Hamid yang mengesahkan bahawa kenyataannya adalah benar
dan sanggup di penjara atau di HUKUM MATI jika tidak benar!
Mutalib: Apakah cadangan saudara bagi mengatasi masalah ini?
HAMID:
Cadangan saya, setiap PATI yang ditangkap dan di bawa ke penampungan
atau memiliki salinan kad ASPAL, mestilah memberitahu siapa yang membuat
kad pengenalan mereka. Sekiranya nama seseorang kerap disebut, pihak
berkuasa patut menyiasat/memerhati gerak geri penama tersebut.
Beberapa tahun lalu (semasa kerajaan BERJAYA) saya pernah ditanya oleh masyarakat kampung (rakyat asing) mengenai kad pengenalan yang mereka miliki.
Saya
tanya adakah kamu buat kad pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara
Tawau? Mereka kata tidak, tetapi dibuat di rumah pengurus.
Antara nama yang masih saya ingat mereka sebut ialah Samsul Alang Hamsah (bekas tanahan ISA) dan Allahyarham Dullah Suing.
Sementara
dalam kerajaan PBS nama yang sering mereka sebut ialah Andy Bandy Pilo
(bekas tahanan ISA), Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu (PKBS) dan
sebagainya.
Betapa malunya saya sekarang kerana kad pengenalan ASPAL ini telah berjaya ditukar kepada Mykad.
Rakyat
Pakistan pula yang menjual kain dan jika saya tanya di mana kamu dapat
kad pengenalan, mereka kata Datuk Harris yang beri.
Ada
juga PATI yang memperoleh kad pengenalan ASPAL ini memohon Sijil
Kelahiran Daftar Lewat dengan cara memalsukan keterangan diri dengan
kerjasama Pegawai JPN, Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri yang rasuah
dan pecah amanah.
Mutalib: Adakah bukti lain atau asas kukuh untuk membuktikan dakwaan saudara?
HAMID:
Sejak Dato’ Seri Megat Junid Megat Ayob menjadi Timbalan Menteri Dalam
Negeri Malaysia lagi sehinggalah sekarang, banyak bukti telah saya
berikan. JPN mengesahkan kad pengenalan seseorang hanya berpandukan nama
dan nombor kad pengenalan seseorang ada tercatat di dalam buku atau
komputer yang dimasukkan oleh kakitangan JPN yang tidak bertanggung
jawab.
Manakala
saya sebagai Ketua kampung yang diibaratkan sebagai mata dan telinga
kerajaan mengesahkan mereka rakyat asing berpandukan seperti berikut;
a) Saya mempunyai rekod banci penduduk. Pertama mereka sampai menggunakan pasport atau masuk secara haram.
b) Di dalam Sijil Kelahiran anak-anak mereka ada tercatat nombor pasport ibu bapa.
c)
Mereka selalu balik kampung (Indonesia/Filipina) begitu juga keluarga
mereka (pendatang tanpa izin) masuk secara haram ke negeri Sabah. Tidak
berapa lama, mereka juga mendapat kad pengenalan ASPAL.
d) Mereka sendiri bercerita bahawa di kampung mereka (Indonesia) mereka mempunyai rumah dan kebun.
e)
Kita sebagai anak jati Malaysia mempunyai tanda di lengan (suntikan
cacar berbentuk bulat) walaupun tidak semua yang jadi. Manakala mereka
(rakyat asing Indonesia) juga mempunyai tanda di lengan berbentuk
bergaris panjang.
f)
Mereka rakyat asing (Indonesia) selalu bertanya kepada saya ini malam
ada polis checkingkah? Saya kata saya tidak tahu. Mereka pandai berkata,
polis mesti melalui Ketua Kampung jika mahu checking. Saya kata tidak.
Polis mempunyai kuasa pada bila-bila masa membuat checking tanpa
memberitahu Ketua Kampung. Sekiranya mereka benar-benar lahir di
Malaysia kenapa mereka patut takut jika polis membuat checking dari
rumah ke rumah.
g)
Dalam perbualan harian mereka sendiri berkata, kami datang hanya untuk
cari makan Pak. Orang kasi IC kami ambil. Lalu saya tanya kamu buat di
Pejabat Pendaftarankah? Tidak Pak, di rumah Pengurus.
h)
Mereka memberitahu pembayarannya RM350 dan sekarang saya dengar
sehingga RM1,200. Pengeluaran kad pengenalan kepada rakyat asing bermula
sejak kerajaan BERJAYA.
i)
Kalau di Tawau, nama-nama yang sering mereka sebut mengurus kad
pengenalan untuk rakyat asing ialah Samsul Alang Hamsah (bekas tahanan
ISA); Andy Bandy Pilo (bekas tahanan ISA); Puan Apsah Maming (bekas
tahanan ISA) dan penduduk Tanjung Batu Laut) Persatuan Bugis dan banyak
lagi nama-nama yang mereka sebut.
Mengikut
seorang bekas pemimpin parti BERJAYA yang tidak mahu namanya disebut,
memang ada arahan dari KL membuat kad pengenalan. Tetapi disalahgunakan.
Tujuan pemimpin KL (arahan) ialah untuk rakyat pedalaman yang tidak
mempunyai kad pengenalan atau rakyat asing yang telah lama memegang kad
pengenalan merah. Pemimpin KL tidak pernah mengarahkan rakyat asing
diberikan kad pengenalan yang mengaku lahir di negeri Sabah.
JPN
Malaysia Tawau juga masih mengarahkan seseorang pemohon untuk meminta
surat pengesahan suami isteri daripada Ketua kampung. Berkali-kali saya
katakan (melalui surat) bahawa Ketua Kampung tidak mempunyai kuasa untuk
membuat surat pengesahan suami isteri.
Pengesahan
suami isteri hendaklah dirujuk kepada Imam Bertauliah atau pihak MUIS.
Ketua Kampung hanya boleh mengesahkan seseorang tinggal di kampung
jagaannya.
Rakyat
asing PEMBOHONG! Sijil nikah mereka (Akta Nikah Indonesia) bukan
hilang, tetapi tidak berani menunjukkan kerana mereka sekarang telah
berjaya memiliki kad ASPAL. Ada di antara mereka memiliki Akta Nikah
Indonesia dan ada juga yang memiliki Sijil Nikah Malaysia secara sah.
Tetapi
mereka takut kerana di dalam Sijil Nikah tersebut ada tercatit nombor
pasport mereka sedangkan mereka sekarang mempunyai kad ASPAL yang
mencatatkan kelahiran mereka di salah sebuah kampung di negeri Sabah.
Apakah
lagi kami rakyat tempatan tidak marah kepada PATI yang telah berjaya
memiliki kad ASPAL, sedangkan PATI sendiri marah. Kata mereka, kami
sama-sama datang dari Indonesia/Filipina, mereka sudah dapat kad
pengenalan sedangkan kami masih pasport atau kad pengenalan merah.
Mutalib:
Apakah ciri jelas yang mudah dilihat terutama sekarang ini mereka telah
memiliki Mykad, sama seperti yang saudara miliki?
HAMID:
Kalau JPN Malaysia hendak mengesan kad pengenalan rakyat asing memang
boleh dan terlalu mudah. Semua kad pengenalan biru ada pendua yang
disimpan rapi di dalam rekod komputer dan di Jabatan Pendaftaran Negara
di Kota Kinabalu. Kad pengenalan biru PATI yang berumur di antara 30
tahun hingga 60 tahun tidak tercatat nombor kad pengenalan lama.
Sedangkan rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun diwajibkan membuat kad
pengenalan.
Kenapa
mereka tidak mempunyai kad pengenalan lama? Jawapannya mereka rakyat
asing. Bil daftaran juga tiada. Manakala tempat daftaran juga tiada.
Sedangkan setiap kad pengenalan ada mencatatkan tempat daftaran yang
menunjukkan pejabat JPN Malaysia tempat seseorang membuat kad
pengenalan.
Bukti
besar mereka bukan membuat kad pengenalan di pejabat JPN Malaysia.
Memang benar pengakuan mereka bahawa kad pengenalan mereka dibuat di
rumah pengurus. Hanya sebilangan kecil sahaja dibuat di pejabat JPN .
Seorang
kakitangan JPN Tawau, Awang Mohd Amin Ibrahim adalah kakitangan JPN
Malaysia Tawau yang selalu disebut-sebut oleh rakyat asing bagus kerana
boleh menolong mereka membuat kad pengenalan rakyat asing. Selain itu,
nama Puan Murni juga mereka (rakyat asing) katakan bagus boleh menolong
membuat kad pengenalan rakyat asing.
Ada di antara mereka (rakyat asing) berkata kad pengenalannya dibuat di Semporna semasa Puan Murni bertugas di sana.
Bagi
orang awam, mereka boleh kenal PATI yang memiliki kad ASPAL dengan
mudah kerana di belakang mykad mereka tercatat nombor kad pengenalan
lama menurut nombor siri yang dihuraikan di muka surat 157, buku IC
PALSU Merampas Hak Anak Sabah yang saudara tulis.
Mutalib: Sepanjang menjadi Ketua Cawangan UMNO, apakah insiden yang melibatkan PATI paling memalukan pernah berlaku di Tawau?
HAMID:
Perkara yang paling memalukan UMNO ialah pada 15/3/1998 apabila bekas
tahanan ISA, Samsul Alang Hamsah yang menjadi 'Penjenayah' atau
'Petualang IC Projek' dikekalkan semula sebagai Timbalan Ketua Bahagian
UMNO P 165 Tawau walaupun telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama dua tahun.
Pada
fahaman kami, ahli UMNO boleh aktif dan memegang jawatan sekiranya
dilepaskan sepenuhnya, bermakna seseorang itu telah lupus semua
jawatannya sewaktu ia ditahan di dalam Akta ISA dan hendaklah bermula
daripada bawah semula. Kami berpendapat bekas tahanan ISA kerana
memalsukan kad pengenalan tidak dibenarkan memegang jawatan dalam
politik dan kerajaan selama lima (5) tahun atau selama-lamanya kerana
perbuatan tersebut menjual hak rakyat negara Malaysia dan boleh
menggugat keselamatan negara.
BERJAYA......Samsul Alang antara PATI yang berjaya mengukir nama dan kaya raya di Malaysia hasil IC Projek.
Lebih
malang lagi dia mendakwa jawatannya sebagai Setiausaha Politik Timbalan
Ketua Menteri Sabah juga kekal. Katanya gajinya berjalan selama dalam
tahanan ISA dia telah mendapat tuntutan pembayaran gaji lebih RM80,000
selepas keluar daripada ISA! Saya kesal kerana wang rakyat digunakan
untuk membayar gaji penjenayah.
Selain
daripada terkenal membuat kad pengenalan palsu dan projek, status
Samsul Alang Hamsah juga membingungkan. Apa yang saya tahu Samsul Alang
Hamsah adalah rakyat Indonesia. Semasa bekerja di JKR Tawau, dia
memegang pasport. Tapi bagaimana dia mempunyai surat lahir. Rakan saya,
Abdillah Bin Ahmad telah membuat laporan polis di Balai Polis
Karamunsing Kota Kinabalu terhadap status Samsul Alang beberapa tahun
lalu, tetapi sehingga sekarang belum ada tindakan dibuat.
Mutalib: Adakah sesiapa lagi yang saudara yakin PATI yang memiliki kad ASPAL?
HAMID:
Ada. Bukti terbaru yang saya perolehi ialah Andi Baso Bin Basir K/P
H0392277 bekas Ketua Cawangan UMNO Kampung Sentosa Blok 4 (kod 096)
telah hilang hak sebagai ahli UMNO kerana dikatakan kad pengenalannya
tidak betul. Memang dia betul rakyat Indonesia.
Tetapi
pada tahun lalu dengan menggunakan nama Raba Bin Bella @ Andi Baso
telah memperolehi kad pengenalan yang bernombor H0293741. Maklumat
tersebut telah saya terima daripada seorang kawan yang bertugas di
Pejabat Parti Bersatu Sabah (PBS) Merotai yang mengatakan orang kamu
keluar UMNO masuk PBS.
PALSU.....Kad
Pengenalan milik Tham Vui Henn ini telah diguna pertama kalinya oleh
Andi Baso untuk menjadi Ketua Cawangan UMNO Kampung Sentosa Blok 4.
BARU.....Setelah kad pengenalan H0392277 didapati palsu, maka Andi Baso mendapat satu lagi kad pengenalan H0293741 dan menukar namanya kepada Raba Bin Bella.
Mutalib:
Selain maklumat dokumen yang telah disebutkan, pernahkah saudara
membuat tinjauan atau siasatan sendiri mengenai perkara ini?
HAMID:
Ya ada. Beberapa orang peniaga di gerai berhadapan panggung wayang Kong
Fah pernah saya tanya. Kamu orang sinikah? Mereka menjawab ia. Kad
pengenalan kami sekarang Mykad.
Lalu
saya bertanya, berapa kali kamu sudah tukar kad pengenalan? Mereka
menjawab dua (2) kali. Terus terang saya berkata kepada mereka, kamu
orang Indonesia kerana kalau kamu orang Malaysia seperti umur saya lebih
52 tahun sudah tiga (3) kali dan ibu bapa saya sudah empat (4) kali
mempunyai kad pengenalan.
Kad
pengenalan saya yang pertama 320000, manakala yang kedua H0083280 dan
sekarang bernombor 550513-12-5471. Mereka terus mengaku, kami memang
orang Indonesia dan kami datang hanya untuk mencari makan.
Mutalib: Adakah apa-apa tanda yang jelas kelihatan yang boleh membezakan orang tempatan dengan PATI?
HAMID:
Mudah sahaja dan sebagai panduan untuk semua rakyat Malaysia, rakyat
tempatan Sabah Malaysia mempunyai tanda suntikan cacar di lengan
berbentuk bulat, manakala PATI bergaris panjang.
Tidak
payah periksa kad pengenalan. Tengok tanda cacar sahaja sudah boleh
mengenali spesis PATI yang ASPAL ini. Kalau polis atau rela mahu membuat
pemantauan atau operasi dengan pantas dan menjimatkan masa, periksa
tanda cacar sahaja! Jika tanda cacar mereka panjang tetapi mengaku lahir
di Sabah, mereka adalah PEMBOHONG PALING BESAR DI DUNIA!
Mutalib: Adakah siapa lagi yang saudara kenal benar dan pasti status PATI yang berjaya dengan kad ASPAL?
HAMID:
Memang ramai yang saya kenal, dua minggupun tidak selesai kalau mahu di
senaraikan. Ramai di antara mereka telah mendapat lesen berniaga,
permit teksi, permit bas dan sebagainya. Mereka mula mahu menjadi
pemimpin dan tidak mahu dipimpin lagi. Mereka mula mahu menjadi Ketua
Kampung. Ada yang menjadi Pengerusi JKKK dan Pengerusi PIBG.
PALSU.....
Kita tidak tahu IC siapa yang benar kerana wanita ini berdaftar
sebagai pemilih sedangkan nombor Kad Pengenalan lamanya pernah
digunakan Harris Laksamana. Tiada siapa tahu apa dokumen yang Harris
gunakan sekarang, tetapi beliau bebas ke sana ke mari?
Sebagai
contoh, Haris Laksamana Bin Hj Bahrum yang memegang kad pengenalan
bernombor H0513979. Saya mengenalinya sebagai Bob sekitar tahun 1980.
Haris Laksamana ini kerjanya menjual ubat di kaki lima kedai gambar
Dahlia di waktu siang dan menjual ubat tahan lama di tangga hotel
pelacuran pada waktu malam.
Kakitangan
Majlis Perbandaran Tawau juga sangat mengenalinya. Harris Laksamana
adalah rakyat Indonesia pernah berkata kepada saya pada Februari 1998
lalu bahawa kad pengenalannya sah dan ada surat pengesahan daripada
Pengarah Pendaftaran Negara Sabah Kota Kinabalu.
Selain
Harris, ada juga yang menjadi Pemaju Mukim, Ahli Majlis Perbandaran
Tawau dan amat memeranjatkan seorang Ahli Majlis Perbandaran Tawau telah
dipenjara beberapa tahun lalu kerana mempunyai dua kad pengenalan.
Mutalib:
Baru-baru ini Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti
telah menjemput saudara memberi keterangan di Parlimen, namun saudara
tidak hadir. Apakah sebab-sebab yang menghalang saudara menghadiri sesi
pendengaran awam berkenaan?
HAMID:
Saya memohon maaf daripada Jawatankuasa berkenaan kerana tidak dapat
hadir sebab uzur dan bersedia untuk hadir pada bila-bila masa jika
keadaan kesihatan saya mengizinkan. Jika boleh saya mohon agar sesi
pendengaran ini diadakan di kediaman saya di Tanjung Pukat, Tawau agar jawatankuasa dapat MERASAI dan MENIKMATI suasana ’AMAN DAMAI’ dan indahnya tinggal di celah-celah PATI.
Mutalib:
Apakah harapan saudara berhubung isu PATI dan kad pengenalan ASPAL ini?
Ke arah mana hendak dihalakan perjuangan saudara?
HAMID:
Saya akan terus menerus menghantar surat kepada pihak berkuasa dan
memberi kerjasama kepada semua pihak agar masalah ini dapat diselesaikan
secara bijaksana.
Sebagai
rakyat Sabah, saya berikrar akan berjuang selagi hayat di kandung
badan. Saya tidak akan jemu-jemu membuat teguran dan menghantar
petisyen. Saya percaya lambat laun Perdana Menteri akan akur dengan
kehendak rakyat kerana tidak akan ada pemimpin yang kekal di dunia jika
MENGKHIANATI RAKYAT.
Merekrut PATI sebagai warga ASPAL atas apa juga sebab, tidak boleh dimaafkan dan penjenayah warga dihukum.
Ingatlah.
Insaflah. Jika mereka tidak menerima balasan di dunia, mereka akan
menerima di alam barzah dan di akhirat. Kalau bukan mereka, anak cucu
mereka. Tuhan telah memberi peringatan adanya hari pembalasan.
Menghalalkan
warga ASPAL ini adalah alasan meramai umat Islam adalah MEMPERSEKUTUKAN
Allah kerana Allah akan menjaga agamanya dan bukan pemimpin yang
berjubahkan agama untuk kepentingan politik.
BERANI...
Hamid menunjukkan Bab 8 buku IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?
yang mengandungi kenyataannya dengan tajuk Kerajaan BN Telinga Kuali?
Mereka
yang merekrut PATI sebagai warga ASPAL dengan melacurkan agama ISLAM
adalah MURTAD dan SYIRIK kerana menyekutukan Allah dan mencemar agama
Islam yang suci.
Kepada
yang terlibat dengan sindiket haram ini segeralah BERTAUBAT selagi
pintu taubat masih terbuka atau mati di dalam kekufuran. Mufti Negeri
Sabah hendaklah memberi fatwa bahawa merekrut PATI sebagai warganegara
melalui jalan songsang adalah HARAM!
-sabahkini.net