SEREMBAN : Sekalipun hujan lebat sejak tengah hari tadi, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah berikutan kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri padang Taman Seremban Jaya seawal jam 4 petang.
Ia bertambah gamat apabila konvoi pemuda Pakatan Rakyat diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysian, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard, tiba di lokasi selepas melepasi kesesakan lalu lintas.
Mereka disambut paluan kompang, gendang masyarakat India dan tarian Singa yang dipersembah penduduk setempat.

Acara bermula dengan pidato pimpinan muda Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP, selain persembahan nyanyian Dayangku Intan, Nizam dari kumpulan Laksamana dan kugiran metal, Heldrasil.

Ia bakal menampilkan pidato pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38830