.

Wednesday 31 October 2012

RUPA-RUPANYA ADUN BN INI LAHIR DI CAGAYAN, FILIPINA


'DATUK S' LAHIR DI CAGAYAN, FILIPINA 


Saudara Pengarang,

SEBAGAI penduduk asli Kampung Semuning, Tambisan, saya telah mengikuti pendedahan demi pendedahan Sabahkini.net termasuk kes Samsuddin Yahya dan Surau Kampung Semuning; memuji keberanian dan keprihatinan Sabahkini.net membela nasib rakyat yang tertindas seperti kami.

Walaupun saya kini terpaksa merantau jauh dari kampung halaman untuk bekerja dengan syarikat asing di luar negara, tetapi hubungan dengan keluarga saya di Kampung Semuning tidak pernah terputus, apatah lagi dengan adanya Sabahkini.net.


Kepada siapa yang tidak kenal Samsudin mungkin terpedaya dengan helah dan kepalsuannya, tetapi bagi kami penduduk Kampung Semuning, telah masak dan mengetahui siapa sebenarnya Samsudin yang layak digelar 'Umang-Umang' atau 'Hermit Crab'.

Untuk makluman Pembaca Sabahkini.net dan Ketua Menteri Sabah, Samsudin Yahya bukanlah anak jati Tambisan atau Kampung Lupak Meluas, Sandakan (seperti dalam rekod JPN) sebaliknya Pendatang Asing Filipina yang datang ke Sabah sekitar usia 10 tahun.

Samsudin dilahirkan di Pulau Cagayan, Filipina tetapi telah dibawa oleh keluarganya ke Tambisan (masuk secara haram). Setelah bapanya bercerai dengan ibunya (keturunan Brunei) dan kembali ke Filipina, Samsudin dipelihara bapa tirinya, Yahya, iaitu sepupu Tun Juhar Mahiruddin.

Kini ibu Samsudin menetap di Brunei, manakala bapa tirinya, Yahya kini sudah meninggal dunia ketika menetap di Brunei. Sepanjang pengetahuan saya, Samsudin mempunyai empat adik beradik 'Saudara Anjing' iaitu satu ibu berlainan bapa kerana ibu Samsudin (namanya sudah lupa) telah bernikah tiga kali.

Hal-hal lain saya rasa tidak perlu sentuh kerana saya hanya ingin memaklumkan bahawa Samsudin adalah PATI dan memalsukan keterangan diri untuk mendapat MyKad Malaysia sebagaimana gundiknya, Pia Binti Dahlan.

Salam Hormat,

ANAK JATI TAMBISAN
-sabahkini.net

7 comments:

  1. Wah kau ini anak apa pula? Anak babi mungkin?? hehe..

    ReplyDelete
  2. Jgn begitu saudara.. asalkan anak itu lahir halal. Jangan panggil "saudara anjing".. ingat hidup ne x lama. Politik hanya di dunia.. disana kita semua sama bezanya cuma amalan & takwa..

    ReplyDelete
  3. korang ni dua orang kalau nak komen lain kali belajar dulu maksud ayat dia ni, lain tempat lain orang lain bahasa dan perumpamaannya....

    ReplyDelete
  4. yg dua anonymous kat atas mungkin tidak bersekolah di malaysia kerana "saudara anjing" adalah simpulan bahasa yg bermaksud: Adik-beradik seibu berlainan ayah.
    Contoh Ayat: Setelah ibunya berkahwin lain, Mariah memperoleh seorang saudara anjing bernama Mariana.

    moral of the story:
    1) Jangan membabi buta MEMBABIKAN orang.
    2) Masa belajar jangan TIDUR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru aku tau ada simpulan bahasa "saudara anjing".. sedangkan masa skolah dulu aku jarang tidur.. mungkin cikgu aku pun tak tau simpulan bahasa tu.. kalau membabi buta tu biasale..

      Delete
  5. Betul lah, memang ada imbasan bahasa "saudara anjing" bermakna seorg perempuan yg sudah mempunyai anak berkahwin dgn seorg lelaki yg juga sudah mempunyai anak. Anak2 ini disebut ada "saudara anjing" bukan bermakna mrk itu digelar anjing! Sekadar disegi bhs shj. Mrk lahir dari perut seorg ibu atau ayah yg berlainan. Seorg anak mendpt adik beradik tiri (adik beradik anjing)bila ibunya berkahwin dgn lelaki lain yg sudah mempunyai anak lain. Bukan bermakna nak menghanjing atau membabikan seseorg itu. Cuba faham betul2. Ini bukan politik! Tak faham lebih baik diam shj.

    ReplyDelete
  6. Agak2 lae,............

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist