KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dilihat
calon paling layak menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya
Menteri Besar itu berundur.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut mengakui ketokohan Ahmad sebagai pengganti Nik Abdul Aziz kelak.
"Malah Ahmad ialah calon yang amat molek sekali kerana beliau seorang ulama dan merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Amar mengulas calon Pas yang sesuai menggantikan Menteri Besar sekarang setelah lebih 22 tahun jawatan tersebut disandang Nik Abdul Aziz.
Ura-ura dalam kalangan pemerhati politik menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah terakhir ditandingi Nik Abdul Aziz, namun sekiranya Pas kembali menguasai negeri, jawatan Menteri Besar akan beralih kepada Ahmad.
-utusan

azhar · 663 weeks ago
Tebuan · 663 weeks ago
Awek Cun · 663 weeks ago
He..he..he...... tak pasai2 naik ke pentas utk ambil hadiah bola ..alih2 kena booooooo...
Alias Bin Hasan 112p · 663 weeks ago
tak kesah la siapa pun. Janji ikut apa allah suruh... itu yang lebih utama....