Oleh:
Mohd Sayuti Omar
Tidak semena-mena Hasan Akidah menyentuh prihal Pas. Mungkin
kalau dia tidak sentuh Pas orang tidak mengenangnya. Umno melihat Hasan
tidak ubah seperti supit aiskrim yang dilempar ke dalam tong sampah
tetapi tidak masuk ke dalam. Supik aiskrim nampak cantik tetapi tidak
boleh diguna lagi sebab bucunya sudah dikekah (gigit), tembus. kalau
bubuh air pun akan bocor.
Kali ini dia mencadangkan supaya Nik Aziz Nik Mat berundur dari jawatan
Mursyidul Am Pas dan diganti dengan Haron Din. Dia juga mendakwa Nik
Aziz sebagai amat berkuasa, sebagai presiden, sebai MB dan sebagai
mursyidul am Pas. Soalnya kenapa Hasan mengungkitkan perkara ini, dengki
ke?
Hasan tidak payah dengki atas sanjungan dan penghormatan tinggi
diberikan ahli Pas dan rakyat negara dari berbilang kaum kepada beliau.
Nik Aziz berhak untuk mendapat sanjungan itu melihat kepada beberapa
keistimewaan dan pendekatan politiknya yang futuristik.
Kehidupan Nik Aziz tidak mewah walaupun dia berhak hidup mewah dengan
jawatan itu. Sepanjang dia menjadi MB selama 22 tahun dia tidak pernah
mengubah suai pejabatnya. Apa yang berlaku dia ubah tempat saja dari
tingkat dua ke tingkat satu. Begitu juga dengan rumahnya. Nilai rumah
Nik Aziz jauh lebih rendah dengan nilai rumah Hasan semasa jadi Exco
atas tikit Pas.
Berbeza dengan Hasan Akidah, baru hanya menjadi Exco sudah ubahsuai
pejabat mencecah puluhan ribu. Sudah baiki rumah. Perbelanjaan untuk
majlis hari raya saja habis berpuloh ribu. Bukan itu sahaja Hasan juga
siap tambah bini dari satu menjadi dua. Khabarnya suasana rumah
tangganya masih belum lendik sampai kini?
Kalau pun Nik Aziz perlu meletak jawatan kerana sebab-sebab kesihatan
dan sebagainya, bukan Hasan yang perlu mendesaknya. Pas masih ada ahli
untuk berbuat demikian. Selepas Hasan ditalaq oleh Pas beliau tidak ada
hak lagi untuk membuat apa-apa teguran apa lagi cuba menyusun strukrur
pimpinan Pas. Kalaupun dia bercakap dan mengenang Pas itu adalah jenis
gilakan sangkak.
Begitu juga kalau pun alasan digunakan Hasan itu benar sekali pun dia
tidak ada lokus standi untuk berbuat demikian. Ahli Pas tidak akan
mendengar cadangan dari orang yang fasik dan murtad dari politik. Apa
boleh Hasan lakukan hanya menyerang sendiri sehingga Nik Aziz jatuh.
Tindakan dan cadangan Hasan itu sedarjah dengan cadangan Abdullah Samaah
sahaja. Siapa dia Abdullah Samaah?
Saya bersetuju dengan pandangan Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, ahli
Pas tidak pernah terasa sakit hati dengan pandangan politik Nik Aziz.
Sebaliknya ahli Pas sakit hati, terkilan, kecewa dan terhiris dengan
perbuatan Hasan Akidah yang menjadi agen musuh dan berbaik dengan Umno.
Siang malam round negara memburukkan Pas. Jenis tidak tahu berterima
kasih kepada orang memberi budi menjadikan kedudukan dan darjah Hasan
sama dengan si Salentia saja.
Eloklah Hasan menjaga dirinya dan tidak payah membuat komen kepada
mana-mana pemimpin Pas. Hasan perlu memastikan Pas Selangor akan kalah
teruk dalam pilihan raya nanti untuk memastikan survivenya selamat.
Apabila isteri sudah ada dua kerja pun kena kuat sedikit.
Hasan dan beberapa orang pengikutnya yang 12 orang itu kena pastikan
Umno akan mengambil mereka bertanding dalam pilhan raya untuk menganggu
undi Pas. Pastikan duit untuk deposit RM5,000 untuk kerusi Dun
dijelaskan... jangan pula teraniaya... Umno hanya taja dan janji tetapi
Hasan kena cari duit dari orang kaya lain.
Berpakatlah dengan bekas timbalan presiden Pas dan beberapa ali parlimen
yang mengkhianati janji dengan majikan dan rakyat itu. Cuba bersatu dan
lancarkan gerakan secara gentlemen untuk menghancurkan Pas. Cubalah.
Membaca cadangan Hasan itu, beliau mencadangkan agar Haron menjadi
mursyidul am Pas yang dianggap layak, saya dapat agakkan apa yang ada
dalam tempurung kepalanya. Hasan mungkin masih berharap Haron Din
membelanya. Jauh dari itu mahukan Hasan menguasi Pas untuk membolehkan
dia dikembalikan semula ke dalam Pas.
Hoi Hasan sedarlah sikit. Diri anda tidak sama nilai dengan diri
Mahathir Mohamed yang digilai Umno dan dianggap sebagai tunggul keramat.
Pas sebagai parti Islam tidak akan teruja dengan orang-orang
berperwatakan Abdullah bin Ubai. Betapa hebat, kaya, petah panadia
sandiwara, Pas tidak akan sedia untuk menerima para munafik dalam
perjuangan. Pas rela kalah bersama laskar kampung yang setia, ikhlas dan
jujur.
Kepada Hasan Akidah berhentilah menjual ubat di dalam Pas sebab pembeli
sudah tahu mujarab atau tidak ubat dijaja Hasan. Sebaiknya Hasan juga
berhentilah membubuh anak tikus dalam seluar dalam seperti Mahathir,
bagi mengelakkan malu besar. Awas.
MD TEBUAN · 666 weeks ago
Orang Kem,pas · 666 weeks ago
Yop pasioq · 666 weeks ago