Malang berkawan dengan
Umno ni! Sudah 'berzaman' Chua Soi Lek berkawan dengan Umno, parti tua
itu, tetapi semakin kuat penyakit Islamophobia yang menyerang Soi Lek,
sehinggakan macam-macam kata-kata meracau yang terkeluar dari mulut apek
itu! Benarlah kata orang. Soi Lek sedang dirasuk syaitan, agaknya
syaitan yang dikenalilah tu!
Manakala bertuah pulak
bagi Chua Jui Meng. Semenjak menyertai PKR dan berkawan dengan PAS
dalam masa yang singkat cuma, kefahaman Jui Meng semakin terang bagaikan
bulan mengambang mengenai Islam. Tidak mencaci hina dia akan hukum
Islam kerana dia tahu hukum Islam tidak pernah memaksa dia menjadi
Islam.
Begitulah berbezanya
antara dua Chua, Soi Lek dan Jui Meng! Itu belum lagi dilihat kepada
Tian Chua. Demonstrasi menghina dan mengutuk filem hina Nabi Muhammmad
SAW pun dia turut sama.
Ini bermakna walaupun
PAS sering menghadapi tekanan dan cabaran dalam kehidupannya sebagai
parti politik dan jemaah Islam tetapi dakwahnya berjasa memberi
kefahaman kepada bukan Islam kecuali Soi Lek yang terus benak kerana
terllau asyik berkawan dengan Umno.
Manakala Umno pula
yang konon pernah mendakwa sebagai antara parti Islam terbesar di dunia,
walaupun berumur panjang tapi hidup penuh dengan kekeliruan bukan
sahaja kepada dirinya sendiri malah mereka yang bersahabat dengan Umno
pun turut menjadi keliru malah sekali sekala boleh menjadi gila babi
terhadap Islam!
Kesimpulannya untuk Umno, hidupnya tak bererti, matinya rasanya tak perlu diratapi....buang masa je!
Berita tumpuan:
Umno tidak dakwah Chia Soi Lek isu hudud
Harakahdaily 19 Okt 2012.
KUALA LUMPUR: Kenyataan berterusan oleh pimpinan MCA
mempertikaikan hukum-hakam dan perundangan Islam membuktikan Umno tidak
menjadikan perkongsian kuasa Barisan Nasional sebagai medium dakwah.
“Walaupun
setelah berpuluh tahun Umno berpakat dengan parti bukan Islam untuk memerintah
Malaysia, mereka masih gagal memberi penjelasan tentang Islam yang sebenarnya
kepada rakan-rakan politik mereka di kalangan bukan Islam,” kata Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali.
Katanya,
kenyataan terkini Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu video blog mendakwa
jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal
kehilangan kerja adalah satu lagi bukti kegagalan Umno menyampaikan dakwah
Islam.
Hal ini,
ujarnya sangat berbeza dengan PAS yang menjadikan Pakatan Rakyat sebagai medium
menyampaikan kebaikan Islam dan perundangan Islam kepada bukan Islam.
Beliau
berkata, hasilnya dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini tidak sedikit pemimpin
bukan Islam dalam DAP dan PKR mula bersikap mesra hukum dan perundangan Islam.
“Keadaan
ini membuktikan bahawa Tahaaluf Siyasi yang digagaskan oleh PAS telah berjaya
mencapai sebahagian matlamatnya iaitu memperkenalkan Islam kepada bukan Islam.
“Insya
Allah sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS menggantikan Umno dakwah Islam
akan lebih lancar di negara Malaysia tercinta ini,” ujarnya dalam satu
kenyataan.