(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING
JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan
bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini
tengahari tadi.
Setiausaha
Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu,
kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.
“Mereka
memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim,” jelas beliau.
“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.
Demonstrasi
pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian
dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di
hadapan pejabat.
Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.
Ahad
lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor
Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas
jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan
sehari sebelumnya.
(Berita menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35453