Wednesday, 5 September 2012

Video: Ahli Perkasa bawa kerambit serang Masjid?


-Kerambit-

Serang masjid, peserta rombongan nampak ahli Perkasa bawa kerambit

PETALING JAYA 4 September: Salah seorang ahli Perkasa yang menyerang program tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Setar Ahad lalu didapati membawa sebilah kerambit.

Perkara itu disaksikan oleh Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof yang merupakan salah seorang peserta rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Kedah.

Menceritakan insiden itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Rahman berkata, kejadian tersebut disedarinya ketika kumpulan pendesak Melayu itu menyerbu pintu masuk masjid selepas bekalan elektrik diputuskan.

“Saya melihat dengan jelas lelaki itu kerana lampu kecemasan di masjid masih berfungsi walaupun bekalan elektrik diputuskan.

“Dia menyimpan kerambit itu dipoket baju dan hulunya terkeluar membolehkan saya melihatnya dengan jelas,” kata Penyelaras Politik Pejabat Anwar itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menerangkan tayangan video insiden berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Pak Rahman berkata, gerak-geri lelaki itu begitu mencurigainya seolah-olah berniat mencederakan Ketua Pembangkang yang ketika itu sedang menyampaikan tazkirah.

Menurutnya lagi, lelaki itu juga dikatakan beberapa kali meletakkan tangan di poketnya seperti bersedia untuk membuat serangan.

Bimbang dengan keadaan itu, Pak Rahman mengawasi lelaki terbabit dan bersedia merempuhnya jika dia bertindak agresif.

“Mujur lelaki berkenaan tidak bertindak agresif disebabkan keadaan di kawasan itu terang apabila lampu kecemasan menyala. Saya percaya kalau blackout (gelap) lelaki itu akan menyerbu ke arah Anwar,” katanya.

Beliau yang mengecami lelaki berkenaan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Dari segi bukti gambar, saya boleh kenal pasti dan saya percaya polis boleh menyiasatnya,” katanya.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain.


Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan

.
Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35391

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)