Cerita jam tangan Rosmah klik sini
Kalau dapat 5 tahun lagi, penuhlah cincin berjuta dijari!
Oleh: accudo
Najib kini sidah sampai tahap merayu. Kedengaran cukup mendayu-dayu, 'bagilah kemenangan kepada Bn sepenggal lagi!'
Awas, rayuan itu
rayuan bapak harimau demi harimau betina!Sampai masanya harimau pasti
mencakau dan menerkam akhirnya .....ngap!! Rakyat yang tidak serik dan
mudah lupa akan apa yang Umno lakukan, bakal menjadi mangsa. Yang pasti
kroni dan anak beranak terus kaya raya. Rakyat terus bagaikan pengemis
mengharap dan menagih bantuan itu dan ini berjenama 1Malaysia!
Sepenggal lagi
maknanya 5 tahun lagi! Bayangkan dalam tempoh 5 tahun lagi! Dalam tempoh
empat tahun ini pun, paduka bini bershoping di butik-butik luar negara
beratus ribu RM, bermalam di hotel berharga beratus ribu satu malam,
membeli dan memakai cincin-cincin berjuta! Bil air dan eletrik di Seri
Perdana beratus ribu! Melancong ke luar negara sambil bershoping beratus
juta RM jugak.
Bayangkanlah lima
tahun lagi mendapat peluang! Mungkin bakal terdedah pula underwear
berjuta RM, bra pun sama, kasut ratus ribu RM sepasang, dan macam-macam
lagi yang boleh berlaku sungguh kerana tidak mustahil! Mak tuan....
lingkup duit rakyat pembayar cukai dan duit dari hasil negara kerana
semua yang dibeli mesti ber-king size!
Oleh yang demikian
cukuplah Najib Umno Bn...tak payahlah 5 tahun lagi! Mohon 5 tahun lagi
konon untuk pembangunan hanya cuma dalih dan auta...apa boleh buat 5
tahun sedangkan 55 tahun yang telah diberikan, rakyat masih hidup miskin
dan tertekan? Cukuplah Umno/Bn...kami akan cuba Pakatan Rakyat pulak.
Sahih!
Najib
mohon lagi sepenggal untuk lebih pembangunan
Nigel Aw
12.32 PM
Sep 22 2012.
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat memberikan kemenangan kepada BN
untuk satu lagi penggal supaya pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada
negara ini,
"Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.
Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini.
"Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.
Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini.