BENARKAH AWANG KADIN SONGLAP RM7 JUTA?
WAWANCARA......Asbal
(bersongkok) sedang menjelaskan Skandal Sarang Burung Gua Gomantong
kepada Krew Sabahkini.net di sebuah hotel di Sandakan.
Oleh : SHAIMON JUMADI
PARA
pewaris dan penender sarang burung Gua Gomantong Sandakan merayu
Perdana Menteri Malaysia, merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib
Tun Razak agar dapat mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM menjalankan
siasatan segera dan menghadapkan mereka yang terlibat dengan Skandal
Sarang Burung berkenaan kemuka pengadilan.
Salah seorang
penender, Asbal @ Asman Shah Bin Asik yang mewakili Warisan 5G 5K Gua
Gumantong (1882) Sdn. Bhd. (952200-K) berkata beliau amat kecewa kerana
sehingga hari ini (23 September 2012), belum mendapat sebarang keputusan
muktamad daripada Kerajaan Negeri Sabah berhubung tender sarang burung
Gua Gomantong tahun 2012.
"Kami
telah membuat laporan di Pejabat SPRM Sandakan sejak April 2012,
tetapi tidak ada sebarang penyiasatan dilakukan," ujar Asbal yang
menemui Krew Sabahkini.net yang sedang menjalankan operasi khas
baru-baru ini.
Kata
Asbal, mereka kesal kerana kesemua penender asal masih dibenarkan
meneruskan tender berkenaan sedangkan penender baru kerugian ratusan
juta ringgit sejak Kerajaan Negeri tidak mengumumkan keputusan tender
berkenaan.
"Anehnya,
kesemua kontraktor asal adalah 'BANKRAP' dan tidak layak meneruskan
tender berkenaan terutama Ketua Pemuda UMNO Sabah, Haji Awang Kadin
Tang setelah syarikatnya masih berhutang sejumlah RM7 juta dengan
Jabatan Hidupan Liar Sabah," kata Asbal yang meminta penjelasan segera
berhubung isu hutang berkenaan.
Kata
Asbal, kesemua pewaris dan penender amat terkilan kerana Kementerian
Kewangan tidak mengambil sebarang tindakan menghentikan kontrak memungut
sarang burung di Gua Gomantong bagi Lot
1, Lot 3, Lot 5 dan Lot 7 sedangkan Awang Kadin belum menjelaskan
hutangnya sehingga ke hari ini; sebaliknya dibenarkan menambah hutang.
Persoalannya,
kata Asbal, bagaimana Jabatan Hidupan Liar boleh membenarkan Awang
Kadin berhutang sedangkan semua sarang burung yang dipungut dijual
secara tunai?
Dalam
hal ini kata Asbal, Pengarah Jabatan Hidupan Liar telah menyalahi Akta
Acara Kewangan dan boleh diambil tindakan surcaj kerana gagal memungut
HUTANG atau lebih tepat wang pewaris yang 'DIROMPAK' Awang Kadin selama
ini.
Begitu
juga dengan Lot 2 dan Lot 4, kata Asbal, pihaknya mengesan kontraktor
berhutang Iebih kurang RM5 Juta tetapi Setiausaha Tetap Kementerian
Kewangan masih membenarkan kontraktor ini meneruskan perkhidmatan
memungut sarang burung.
"Saya
mengetuai Empat Kumpulan Pewaris telah mendapat keputusan Mahkamah
Syariah berhubung hak warisan dan menyertai kesemua tender yang dipelawa
Jabatan Hidupan Liar atas nama Warisan 5G 5K Gua Gumantong (1882) Sdn.
Bhd, tetapi hampa hanya dapat masuk tender dan dipilih, tetapi tidak
dapat masuk gua," kata Asbal yang kesal kerana Jabatan Hidupan Liar
masih mengamalkan hukum rimba.
Sebagai
Anak Negeri Sabah yang teraniaya dan haknya telah dinafikan oleh
Jabatan Hidupan Liar; kata Asbal, sekalipun Perdana Menteri tidak
mempunyai jurisdiksi ke atas Kerajaan Negeri; namun beliau pohon ehsan
dan kerjasama Najib agar mengarahkan SPRM menjalankan siasatan rapi.
"Kita
percaya terdapat penyelewengan peringkat tertinggi dalam sistem tender
Kerajaan Negeri Sabah; terutama 'Imuniti' yang dimiliki oleh Awang Kadin
Tang," kata Asbal yang tidak menolak kemungkinan terdapat 'Cartel' yang
melindungi Awang Kadin selama ini.
Tegas
Asbal, jika tiada tindakan diambil terhadap 'Penjenayah Kolar Putih'
seperti Awang Kadin yang melunturkan kepercayaan para pengundi, maka
seluruh masyarakat Pewaris Gua Gomantong tidak lagi akan memberi
kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional.
"Selama
ini Kerajaan BN Sabah sinonim sebagai perampas tanah dan hak mutlak
kami sebagai pewaris sarang burung Gua Gomantong," kata Asbal yang
membayangkan akan mendedahkan segala maklumat dalam masa terdekat untuk
paparan umum bagi membuktikan bahawa Ketua Pemuda UMNO Sabah adalah
'Penjenayah Besar' yang dilindungi UMNO selama ini./~sabahkini.net