Khianat: Ibupejabat DAP Pulau Pinang, 3 Pusat Khidmat ADUN disimbah cat merah
GEORGE TOWN 14 SEPTEMBER: Sekali lagi, Ibupejabat DAP Pulau Pinang, 
Wisma DAP Jalan Rangoon disimbah cat merah dalam insiden awal pagi ini 
sekitar jam 1.15 pagi.
Perbuatan khianat tersebut merupakan insiden kali ketiga selepas 
kejadian yang sama berlaku 14 Ogos yang lalu ketika beroperasi di Jalan 
Talipon.
Turut dilaporkan disimbah dengan cat merah pada masa yang sama ialah 
Pusat Khidmat ADUN Air Putih yang berada dalam kawasan pilihan raya 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pusat Khidmat ADUN Datok Keramat dan Pusat Khidmat Pulau Tikus juga dilaporkan mengalami insiden yang sama.
Perbuatan khianat ini memperlihatkan pihak lawan semakin terdesak 
sehingga terpaksa menggunakan cara yang tidak demokratik dalam tindakan 
mereka.
Satu sidang media akan diadakan sekitar jam 10.45 ini oleh DAP negeri. Berita seterusnya akan menyusul.-roketkini.com
Bas Merdeka Rakyat Dikacau Lagi...

 
 Bas Merdeka Rakyat milik PKR disimbah cat merah sekali lagi hari 
ini. Kejadian itu berlalu di masjid Jamek Tangkak, Muar Johor, demikian 
menurur twiter Anwar Ibrahim. Dengan ini sudah tiga kali bas 
berkenaan menerima nasib malang. Tidak tahu apa hendak dikatakan lagi 
cuma saya boleh menyifatkan 'bas' itu membuktikan kebangkitan rakyat 
menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan UBN.
Walaupun kejadian itu dari satu sudut ia negatif dan melambangkan bahawa
 ada saki baki orang mempercayai berkawan degan syaitan lebih baik dari 
berkawan dengan malaikat dikenali tetapi dari pengertian lain ia 
menandakan kebangkitan rakyat sudah menyeluruh.
Kebangkitan ini umpama air deras yang tidak mungkin dapat ditandak lagi.
Pastinya apabila ke mana sahaja makhluk Allah yang tidak bernywa itu 
dibawa dan ia melambangkan pergerakan Anwar ke bawah menemui rakyat 
ianya dihalang dengan menyimban dengan cat. Cat merah dalam kehidupan 
orang Melayu sesuatu yang menggerunkan. Sebenarnya cat merah itu bukan 
menggerunkan PKR dan Anwar tetapi ia menggerunkan UBN. Bagi seorang 
pemberani tidak ada perbezaan warna baginya.
Ternyata Anwar tetap juga meneruskan perjuangan sambil membawa bas 
Merdeka Rakyat yang kini menjadi lambang hayat dan perjuangan untuk 
membela rakyat. Bas itu dicemburi dan didengki kerana ia berjaya menjadi
 simbol sebagaiu enjen kekuatan PKR. Selagi bas itu bergerak it 
menunjukkan perjuangan PKR mendapat sambutan rakyat.
Jadi orang PKR usah gusar dengan cat merah itu ia tidak dapat membunuh 
sebuah perjuangan, sebaliknya kena berterima kasih kepada 'anak-anak 
syaitan' yang melemparkan cat berkenaan. Ia satu idea yang baik.
Selepas ini hendaknya bukan saja cat dilemparkan tetapi biarlah bas itu 
dibakar! Tidak mustahil selagi anak-anak syaitan yang pengecut dan bacul
 itu berkeliraran dan dibenarkan oleh bapaknya insiden itu akan berlaku.
 Kita tunggu masa dan ketikanya kejadian ini berlalu. [wm.kl.3:04 pm 14/09/12]
-/http://msomelayu.blogspot.com