skip to main |
skip to sidebar
Berita Terkini!!: Rosmah Mansor Bakal Bertanding Di Pahang
Rosmah Mansor Bakal Bertanding Di Pahang?
Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Najib Razak dipercayai sedang
mengintai salah satu kerusi Parlimen yang sesuai di Pahang untuk
ditandinginya dalam pilihanraya umum akan datang ini.
Meskipun Rosmah berasal dari Negeri Sembilan, tetapi kedudukan politik
di negeri itu yang agak bergelora serta persepsi rakyat yang berbagai
terhadap dirinya menyebabkan tiada kawasan yang dirasakan selamat
untuknya di negeri kelahirannya itu. Berbeza dengan Pahang yang masih
kuat kedudukan UMNOnya serta penerimaan rakyat yang lebih positif,
Rosmah diyakini lebih mudah menang jika bertanding di salah satu kerusi
Parlimen di negeri itu.
Kedudukan Najib sebagai PM yang berasal dari Pahang juga turut membantu
penerimaan yang positif terhadap kemungkinan Rosmah bakal menjadi salah
seorang calon Parlimen mewakili BN di negeri itu.
Sumber-sumber yang dekat dengan pimpinan UMNO bagaimanapun menyebut,
kedudukan isteri PM itu masih lagi di peringkat penilaian ketika itu.
Ada pihak yang menyokong dan ada pula yang kurang senang dengan
perkhabaran itu.
Meskipun agak janggal bagi seorang isteri PM bertanding dalam
pilihanraya umum tetapi kemasukan Rosmah sebagai Ahli Parlimen dan
kemungkinan dilantik menganggotai kabinet dipercayai mampu menambah
kukuh kedudukan Najib jika BN sekadar memperolehi kemenangan tipis dalam
pilihanraya umum nanti.
Membawa Rosmah dalam kancah yang lebih luas dalam politik dan
pentadbiran juga dilihat sebagai persiapan Najib untuk menghadapi
masalah dalaman UMNO selepas piliharaya nanti terutama jika BN sekadar
mampu menang tipis sahaja iaitu menyekat kemaraan Muhyiddin Yassin yang
mungkin menggunakan kaedah sama seperti yang dialami oleh Pak Lah
selepas pilihanraya 2008 lalu.
Tindakan Najib memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan
Masyarakat sejak Shahrizat meletakkan jawatan, beberapa bulan lalu turut
dikaitkan sebagai agenda Najib untuk memberikan jawatan itu kepada
Rosmah selepas pilihanraya nanti.
Dalam konteks ini, Rosmah yang dikenali berwatak agak keras serta lebih
vokal, dipercayai akan memainkan peranannya untuk menghalang kemaraan
Muhyiddin dan seterusnya memastikan Najib terus kekal sebagai PM
meskipun jika BN sekadar menang lebih tipis daripada 2008.
UMNO Pahang difahamkan sudah menerima mesej berkaitan kedudukan Rosmah
ini tetapi belum diputuskan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi
oleh Rosmah itu.
Beberapa pihak dalam UMNO pula tidak merasakan sesuatu yang janggal jika
Rosmah bertanding dalam pilihanraya akan datang ini dan diberikan pula
jawatan penting dalam kabinet kerana isteri PM itu dilihat berkemampuan,
berwibawa dan mempunyai visi dalam pelbagai peranan yang dimainkannya
selama ini.
Dari segi persepsi politik pula, kemasukan Rosmah dalam politik juga
dilihat selaras dengan pendekatan dalam pembangkang yang turut
membenarkan anak dan isteri pemimpin mereka turut bertanding dalam
pilihanraya.
Dalam PKR misalnya, selain Anwar bertanding dalam pilihanraya, anaknya
Nurul Izzah juga turut bertanding. Malahan isteri Anwar, Wan Azizah
selaku Presiden PKR juga dikhabarkan akan kembali bertanding dalam
pilihanraya akan datang ini atas desakan akar umbi PKR sendiri.
Dalam DAP pula, selain Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang bertanding
dalam pilihanraya, isteri Lim Guan Eng iaitu Betty Chew juga merupakan
ADUN di Melaka. Lebih dari itu, Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh
Deo juga merupakan anak-beranak yang mewakili DAP bertanding dalam
pilihanraya lalu.
Cuma dalam Pas belum wujud fenomena itu tetapi dalam pilihanraya umum
akan datang ini, selain Nik Aziz Nik Mat yang dipercayai terus kekal
menjadi calon, anaknya Nik Abduh yang kini menjadi Timbalan Ketua Pemuda
Pas juga disebut-sebut sebagai salah seorang calon pilihanraya.
Sekiranya PKR, Pas dan DAP membenarkan anak dan isteri pemimpin mereka
terus bertanding dalam pilihanraya akan datang ini, kehadiran Rosmah
sebagai calon BN dijangka tidak akan menjadi isu besar kerana UMNO akan
turut memainkan isu yang sama untuk menyerang pembangkang sekiranya
kedudukan Rosmah sebagai calon dipertikaikan.
Bagaimanapun yang membimbangkan UMNO ialah berkenaan isu-isu peribadi
terutama berkaitan perbelanjaan dan pembelian barang-barang mewah yang
pernah dikaitkan dengan Rosmah akan menjadi isu utama dan
diperbesar-besarkan oleh PR dalam kempen pilihanraya nanti mampu
menghakis keyakinan pengundi terhadap BN.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete