.

Thursday 23 August 2012

Umno BN hipokrit tolak turun harga kereta, kemudian sokong

KUALA LUMPUR 23 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menempelak pemimpin Umno kerana mempertikaikan dasar Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menurunkan harga kereta, tetapi dalam masa sama menyokong langkah ini sekaligus menyerlahkan sikap hipokrit dan bermuka-muka mereka.

“Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

“Membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN atas alasan ia akan memufliskan negara,” katanya pada kenyataan.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris yang memetik sumber dalaman rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Beliau menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) serta mengumumkan pendirian kerajaan berhubung penurunan harga kereta.

“Saya menyeru supaya Datuk Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar NAP2012 supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno BN berhubung penurunan harga kereta?

“Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan PR untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional),” ujarnya.

Berhubung dakwaan beberapa pemimpin Umno yang menyifatkan tindakan menurunkan harga kereta boleh menyebabkan negara muflis, Rafizi menggesa supaya menarik balik kenyataan tersebut.

“Saya menyeru supaya Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN.

“Malah, saya mengalu-alukan Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta,” katanya.

Kurangkan beban hutang isi rumah

Rafizi turut menjelaskan kesan positif daripada penurunan harga kereta yang membolehkan wang rakyat dilaburkan kepada perkara yang lebih penting.

“Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh diguna untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

“Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya,” katanya.

Jelas Rafizi, bukan sahaja dapat mengurangkan beban malahan dengan harga lebih murah, dasar tempoh umur kereta boleh dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan persendirian.

“Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara,” kata beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist