Saturday, 25 August 2012

{Update| Harga kereta 2012 : USA VS MALAYSIA VS SAUDI ARABIA

 

Di Arab Saudi harga FORD MUSTANG SAR109K jer..


Berikut perbandingan harga  kereta di USA dengan Malaysia.....
Aidilfitri tempohari, kami sempat bertanyakan seorang rakan kami yang baru pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di Jepun selama 3 tahun. Antara soalan yang kami tanya, "Berapa Jepun jual kereta tempatan mereka (Toyota & Honda) kepada rakyat Jepun?". Rakan kami memberitahu, setakat Honda di Jepun, ianya dijual sekitar RM30,000 sahaja.

Kos hidup di Jepun sangat tinggi, tapi pendapatan d

i Jepun juga amat tinggi. Kalau setakat nak beli iPhone tu, hanya 1/3 gaji sahaja dari gaji basic sebulan. Kalau di Malaysia? Tak ramai yang mampu sampai perlu kumpul berbulan-bulan baru mampu beli.

Korang tak pelik ke, kenapa Jepun boleh jual kereta tempatan mereka pada harga serendah RM30k sedangkan Malaysia menjual kereta tempatan dengan kualiti dan teknologi yang tidak menyamai kereta Jepun pada harga yang jauh lebih tinggi? Kalau Jepun boleh jual kereta buatan mereka RM30,000 sahaja di sana, patutnya Malaysia boleh jual dengan harga lebih murah lagi untuk Proton di Malaysia (atau atleast, benarkan rakyat untuk beli apa sahaja kereta kegemearan mereka bukan dengan harga yang sangat mahal)

Kalau masih tak percaya, cuba convert harga jualan Chevrolet Camaro di US. Lepas convert duit Malaysia, hanya RM80k lebih sahaja. Even kereta Korea serta Jepun yang masuk ke pasaran US juga sangat rendah harga mereka.

Rakan kami berkata lagi, beza antara negara membangun dengan negara maju mungkin begitu. Negara maju mahu membantu dan meringankan beban rakyat. Negara membangun pula menindih rakyat untuk menjadikan negara sebuah negara maju.

Dari gambar tu, tahu kenapa harga kereta melambung macam tu sekali? Adakah kerana kewujudan Proton di Malaysia? Iyalah, siapa mahu beli Proton Persona kalau dah boleh dapat Camry sebiji dengan harga yang sama kan? Mohon pencerahan.

Apa kata anda sebagai rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Kita bincang... kita bincang...

Pssst! Buka mata, buka hati. Ini bukan soal politik, tapi ini soal kehidupan dan masa depan anak cucu kita nanti. Tidak kiralah siapa pun yang memerintah Malaysia, berikanlah masa depan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang. Ini belum cerita soal harga tanah lagi. Fuh! Berfikirlah panjang lagi dengan lebih terbuka. Jangan sempitkan otak sikit-sikit politik, sikit-sikit politik. Heh!

-oh media

Berikut pula harga kereta di Arab Saudi  ...

Bagi yang tahu nilai tukaran wang... bandingkan dengan harga kereta di Malaysia..











Sumber: Ehsan dari sahabat yang bekerja di Arab Saudi

16 comments:

  1. Admin, kalo xsilap aku la, cukai kereta import 300%, cukai motorsikal import 200%.
    Senang cite, merc yg harga 100k kat msia ni asalnya hanya bharga 25k je. 75k adalah cukai.

    ReplyDelete
  2. Admin, Kami yg bekerja d Middle East dptlah juga merasa memandu kereta mewah yg tak mungkin mampu d beli d negara sendiri.
    Setahu sy seluruh negara d Middle East tidak mngenakn cukai keatas kenderaan.

    Contoh ---->>> Chevrolet Camaro d UAE
    Price When New Dhs 120000 - 150000 (LT Coupe)
    Dhs 160000 - 180000 (SS Coupe)
    Dhs 140000 - 150000 (LT Convertible)
    Dhs 175000 - 195000 (SS Convertible)

    Fikir2kan lah .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh rakyat M'sia.. kalau mahu merasa memiliki kereta mewah, kita pakat2 undi PR pada PRU 13 nanti..

      Delete
  3. aku baru plan nk beli keta baru...ttp lps baca apa yg telah didedahkan...kena sabar hgga UBN tumbang pd PRU 13 nnt...teringin juga bro nak drive 5 series...moga2 UBN tumbang...insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi akan jadi kenyataan... insyaallah..

      Delete
  4. Proton kat saudi lagi rakyat malaysia boleh sakit jantung. Murah lebih separuh harga dari malaysia proton di saudi!!!!

    ReplyDelete
  5. Di negara sendiri masih ramai rakyat yang tak mampu beli walau sebiji tayar...

    ReplyDelete
  6. tak usah cerita di arab saudi bandingkan saja harga proton di brunei,harga lebih separuh dari negara sendiri,memang BN ini patut di bersara sudah

    ReplyDelete
  7. setuju!!! kenapa nak kenakan cukai tu seklai ganda harga asal import? boleh nak kenakan cukai.. tapi setakat 10k je la... (untuk membantu kemajuan negara) harga asal dr pengeluar RM80k + cukai RM10 = RM90k... ok la tu kan?

    ReplyDelete
  8. Kereta jak?...brg lain macam mana...dengar khabar angin, Jepun kos hidup tertinggi didunia...cuba bandngkan hg brg lain...kereta mereka dah capai ekonomi bidangan...tengok sudut lain..jgn sentuh pasal kereta sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang citer pasal kereta.....kereta..kereta..kereta.....

      Delete
  9. rabe juhari...
    nama bagus..tapi bodoh

    ReplyDelete
  10. Tu lah bodoh sangat kena kan cukai tinggi..buat kereta tapi x kualiti.ada time nya ada saja nk service wlaupun masih tempoh ada waranty.dulu minat sgt pakai keta tmpatan,tp skang lebih ska pakai keta import sbb kita guna pakai hari2 g keja.ada kualiti tahan lama juz hantar service bila perlu.problem lain xdok.mcm xadil kereta djual terlalu mahal,bkn nak menguja kereta luar tapi dh kualiti x sehbat kereta luar.mmg cekik darah betol.skarang harap nilai gaji keje govment nmpak je besa tapi bila kena cukai,bgs lagi dpt kecik.hrap BRIM?mmg xlayak mohon.nk sara anak bini,byr loan umh/keta..brang harga naik.harap kedai 1malaysia?xpernah jejak,harga still masih mahal dr pasaraya lain.

    ReplyDelete
  11. Klu da pndai sgt cko org buduh 2,aq rasa ko lg buduh sbb ko mgkn lbh pndai dr dia tp ko xguna kpandaian ko!

    ReplyDelete
  12. Byk pandai la korang.kerajaan nak dpt duit mana kalo x kenakan cukai..mulanya aku pon fikir cmtu gak..cam korang..tapi pendidikan negara kita n dll yg x dpt aq jelaskan secara terperinci cmne nk tanggung..but kerajaan sedikit demi sedikit mansuhkan cukai kereta...

    ReplyDelete
  13. golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli kereta ini kerana harga kereta tempatan sangat mahal..persoalannya sampai bila perkara ini akan berlarutan? Pendapatan yang kurang dari RM1000 sebulan jangan harap dapat membelinya.. Rakyat terpaksa beli kerana tidak ada pilihan lain lagi, mahu kereta import lagi mahal.. Itu pun terpaksa 'loan' 7-9 tahun. Harap pihak berwajib semak semula.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)