Rosmah Oh Rosmah, Kenapalah Kau Menjadi Idaman & Perbualan Seluruh Rakyat Malaysia?
Rosmah Oh Rosmah, Dimana Kesilapan & Dosa Mu?
Rosmah Oh Rosmah, Adakah Kau Bersedih & Rasa Dianiaya?
Rosmah Oh Rosmah, Sesungguhnya Kaulah Permata Negara Kerana Hanya Dirimu Di Penuhi Permata.
Rosmah Oh Rosmah, Engkaulah Intan Negara Kerana Dirimu Berkilauan Sentiasa
Rosmah Oh Rosmah,Rakyat Malu Berdepan Denganmu Kerana Kau Melampaui Segalanya
Rosmah Oh Rosmah, Rakyat Takut Padamu Kerana Segala Cerita Mengenaimu
Rosmah Oh Rosmah, Kerana Sayang Padamu Maka Pergilah Jauh Dari Mata Kami
Rosmah Oh Rosmah, Semakin Kau Mendekati Rakyat, Semakin Jauh Kami Lari Darimu
Rosmah Oh Rosmah, Cukup Sudah Selama Ini Bersandiwara & Berdepanlah Dengan Realiti
Rosmah Oh Rosmah, Kau Hanya Isteri Bukan Perdana Menteri, Menteri Mahupun First Lady
Rosmah Oh Rosmah, Jauh Sekali Engkau Disanubari Hati Kami Rakyat Malaysia
Rosmah Oh Rosmah, Jangan Terus Terbuai Mimpi Nanti Terbakar Diri
Rosmah Oh Rosmah, Fikir Fikirkanlah!!
Pernahkah kita terbaca atau terlihat usaha-usaha media masa dan media cyber yang terlalu ekstrem dalam memperlihatkan diri isteri perdana menteri seorang yang baik bukan sebaliknya? Pernahkah kita terbaca artikel yang kurang mnyenangkan berkenaan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini? Kenapa perlu ada usaha membersihkan imej yang terlalu ekstrem untuk Rosmah Mansor sehingga rakyat dengan jelas dapat merasakan segalanya hanya sekadar sandiwara untuk memenangi hati rakyat.
Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Mengaji
Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Tengah Khatam Quran
Perlukah majlis khatam Al-Quran dipertontonkan seperti pawagam dan yang
hadir adalah kakitangan-kakitangan jabatan kerajaan semata-mata untuk
majlis ini.Ramai yang khatam Al-Quran lebih banyak tidak sekecoh
cerita-cerita blogger upahan untuk "Imej Rebuilding Program". Lihatlah
pentas hanya untuk majlis khatam Al-Quran mengalahkan Majlis Tilawah
Al-Quran Kebangsaan
Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Mempromosi Islamic Fashion
Jika ada keikhlasan dalam dua gambar diatas, maka seharusnya Penaung Islamic Fashion sedar bahawa baju nampak bahu dan ketiak ini bukannya Islamic Fashion. Memalukan Islam dengan penggunaan Islamic Fashion dan riuh sedunia dibuatnya dan akhirnya terludah muka sendiri.Inilah dikatakan main terkam bila boleh dapat publisiti untuk diri sendiri dan akhirnya "No Quality"
Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Bercengkerama Dibawah Bulan Purnama
Yang ini lagilah bukan Islamic dan jika sedar Al Quran adalah ajaran dan
pegangan maka insiden ini juga mungkin tidak akan berlaku dan kecuh
dibuatnya Malaysia. Bila nafsu melampaui batasan hilang pendirian
dibuatnya & lupa dirinya isteri orang bukan harta milik awam. Kesian
lelaki Bollywood sampai terbongkok-bongkok semua dibuatnya.Adakah
artis-artis mengenali Rosmah Mansor atau Rosmah Mansor lebih mngenali
mereka.
Usaha Memperbaiki Imej Rosmah Mansor
Artikel Papagomo |
PAPAGOMO pernah menulis dan bertanya "Hina sangatkah Rosmah Mansor?"
Rosmah Mansor tidak hina sebenarnya.Dia tidak harus di fitnah atau di
tuduh tetapi terlalu banyak fakta yang membenarkan apa yang diperkatakan
oleh pelbagai pihak berhubung beliau.
Soalan Rakyat Malaysia kepada Papagomo, Tetapi hina sangatkah rakyat
Malaysia sehingga kami diperbodohkan dengan pelbagai perbelanjaan yang
tidak pernah dibuat oleh mana-mana isteri perdana menteri sebelum ini
tetapi dia berani melakukanya di siang hari.
"PERMATA Negara" adalah contoh terbaik
bagaimana sebagai isteri perdana menteri tetapi menjaga portolio
bearatus juta peruntukkan kerajaan. Permata Ngara adalah sebuah Unit
yang ditubuhkan khas untuk Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang
diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan ditadbir urus oleh
seorang Setiausaha Bahagian (SUB) di Jabatan Perdana Mentari. Siapakah
Boss kepada SUB ini. Siapa Penaung Program Permata Negara? Tidak lain
tidak bukan Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri. Adakah
peranan Penaung hanya sebagai Penaung atau selaku "Ketua Pengarah" atau
"Menteri Portfolio Permata Negara"
Pernah kita lihat dimana-mana bahagian, agensi atau unit dibawah Jabatan
Perdana Menteri diwujudkan jawatan Penaung bagi bahagian, agensi atau
unit tersebut? Ada sesuatu yang jelas tidak kena dengan Permata Negara
dan kenapa ianya perlu diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri
sedangkan Visi & Misi Permata Negara seharusnya dikelolakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Adakah tidak layak Menteri Pelajaran Malaysia juga Timbalan Perdana
Menteri menerajui Program Permata Anak Negara? Sedangkan,program seperti
ini adalah program nasional yang diselaraskan dengan pendidikan awal
sekolah peringkat umur 2 Tahun keatas dimana-mana negara membangun dan
bukanya sesuatu yang direka cipto oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Nantikan kupasan dan pendedahan lebih lanjut tidak lama lagi.
Rosmah Oh Rosmah,
Jangan Panik Ye Tunggu Kesudahan Cerita Permata Negara
Jangan Panik Ye Tunggu Kesudahan Cerita Permata Negara