PERIBAHASA ada menyatakan 'Sudah
Jatuh Ditimpa Tangga'. Demikianlah nasib yang telah menimpa dua keluarga suku
kaum Murut yang berasal dari Kampung Buntulan, Pensiangan semasa pelancaran
program BR1M di kawasan Pendalaman peringkat pertama yang lepas.
Sepertimana yang kita tahu
bahwa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah layak
untuk menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan melalui Program Bantuan Rakyat Satu
Malaysia (BR1M) dengan syarat permohonan mereka telah ditapis dan dilulus oleh Jabatan
Hasil Dalam Negeri yang mengeluar dan mengagehkan pemberian Baucer BR1M 500 itu
kepada semua Rakyat Malaysia yang layak.
Berbalik kepada intro cerita
kekecewaan ini, dua anggota keluarga suku kaum Murut yang telah mendapat kelulusan
dan layak untuk menerima bantuan di bawah program tersebut ialah Juffiry Bin
Bakasut (MyKad 910511-12-5159 yang menerima Baucer BR1M RM 500 bernombor siri
1780474 dan Jusliah Bte Bakasut (MyKad 900210-12-6378) Baucar BR1M RM 500
bernombor siri 1780473.
Mereka telah menerima baucer-baucer
tersebut dari Pejabat Hasil Dalam Negeri cawangan Nabawan.
Apa yang dianggap 'Pelik dan
Aneh' atau sungguh menghairankan ialah apabila kedua dua warga luar kota ini pergi
ke Bank Simpanan Nasional, Pekan Keningau untuk menukarkan Baucer tersebut
kepada tunai; usaha mereka sia-sia sahaja kerana Kerani atau Juru Wang yang bertugas
di kaunter pada hari itu memberi penjelasan bahawa mereka tidak LAYAK!
Dengan rasa tidak putus asa
dengan penjelasan itu kedua-dua mereka itu yang disertai bersama-sama dengan
bapa mereka terus menuju ke Maybank yang berhampiran untuk tujuan yang sama,
tetapi mereka mendapat penjelasan yang sama di waktu berurusan di BSN.
Persoalannya sekarang,
mengapakah permohonan bagi kedua-dua warga desa ini dapat diluluskan pada
peringkat awalnya dan layak menerima Baucar Tunai BR1M RM 500 setiap seorang
tetapi TIDAK diterima oleh pihak institusi kewangan ataupun bank yang dilantik oleh
kerajaan untuk membayar tunai kepada setiap pemegang BR1M yang sah itu?
Kejadian yang menimpa
kedua-dua warga desa itu amatlah dikesali dan menjadi tanda tanya sebagai Pelik
dan Hairan. Seorang Peguam tempatan yang berasal dari Kawasan Pendalaman,
Martin Tommy Durasim, juga Ketua Bahagian STAR, Pensiangan, telah menerima
aduan daripada kedua warga Desa tersebut dan beliau telah mengambil langkah
pertama ini melalui penyiaran perkara yang menghairankan ini ke saluran media
untuk berkongsi pendapat bersama -sama orang ramai di luar sana.
Beliau juga berharap agar
pihak yang berkenaan dapat menjalankan penyiasatan di atas peristiwa yang telah
menghancurkan harapan dua Warga Desa yang telah bersusah payah datang dari kampung
terletak jauh terpencil di Pedalaman hanya untuk menerima HAK mereka sebagai
Rakyat Malaysia tetapi mereka hanya menerima KEKECEWAAN yang berbunyi “Kamu
Tidak Layak Menerima Brim“.
Salam Hormat,
WARGA DESA PENDALAMAN