KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam digodam
dengan menghantar "post" palsu mengatakan bahawa beliau adalah penyokong
zionis di Israel, termasuk dengan permohonan maaf kepada perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mesej perayaan Aidilfitri yang
akan disambut esok.
Ketua umum PKR itu menuduh "cybertroopers" dari musuh politiknya,
Umno menyerang blognya (http://anwaribrahimblog.com) dalam usaha
memalukan beliau di kalangan Netizen, selepas pemimpin pembangkang itu
mengakhiri sesi chat Internet di Google Hangout.
"Puak umno godam blog dan fitnah!" Anwar mengepos kenyataan itu di
akaun Twitternya @anwaribrahim pada pagi ini, selepas merespon dari
laman web mikroblog itu dari seorang yang dikenali sebagai @anuarazizi
yang mahu mengetahui adakah mesej itu benar.
Tuduhan memalukan yang dilakukan penggodam yang tidak dikenali itu sudah dibuang dari blog Anwar.
Dikatakan blog itu digodam pada jam 11.50 malam dengan menghantar mesej palsu yang dikatakan dari Anwar.
"Kami tahu bahawa ada "screen capture" dan akan disebarkan untuk memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata pengurus blog beliau.
Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa penggodam itu telah memuatnaik
kenyataan Anwar sebagai berkata, beliau malu dengan partinya yang
mengejar jawatan perdana menteri dengan memalukan keluarga Najib.
"Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya
membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang
sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang
Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.
"Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas
keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak
mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam
keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan
bertubi-tubi mereka."
Serangan godam ke atas blog beliau semalam dikatakan adalah serangan kedua, mengikut laporan dari Sinar Harian hari ini.
Ia juga melaporkan akaun palsu Twitter telah dibuat dua minggu lalu
untuk menghantar tweet yang kononnya datang dari pemimpin pakatan
pembangkang itu.
Setakat ini tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab ke atas
serangan godam itu, namun pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad
memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu percaya ia datang
dari "cybertropper" Umno.
"Kami yakin ini adalah serangan "cybertrooper" Umno. Siapa lagi yang nak buat perkara ni?" kata beliau lagi.
"Mesej itu dikatakan tentang hubungan Datuk Seri Anwar dengan
Israel," kata Nik Nazmi, dan berkata pihaknya sudah berjaya membuang pos
itu semalam.
Ahli dewan undangan negeri Seri Setia itu berkata penggodam telah
mengambil kesempatan ketika Anwar baru sahaja menghabiskan sesi "Borak
Bersama Anwar", yang bermula pada jam 10:30 malam semalam dan berakhir
dalam masa sejam.
Sementara Anwar menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat
selepas dihalang oleh media perdana, sokongan di Internetnya masih lagi
kurang berbanding perdana menteri Najib.
Menurut tinjauan dari laman web pemantau sosial media
socialbakers.com pada 8 Ogos menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529
"likies" dan 801,833 "followers", sementara Anwar hanya 379,612 "likes"
di Facebook dan 179,830 "followers" di Twitter.
Tetapi "followers" mereka berharap Google Hangout akan mengembangkan
pengaruhnya ke atas anak muda yang terdedah dengan Internet, dengan
pengundi dari golongan ini mencecah 3 juta daripada 12 juta jumlah
keseluruhan pengundi.
Pembangkang sering dilihat mempunyai kelebihan di ruang siber
berbanding Barisan Nasional, tetapi kebelakangan ini parti pemerintah
itu berjaya meningkatkan kemampuan mereka di ruang siber dengan portal
berita pro-BN dan sokongan di dalam Twitter.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan perdana menteri Australia
Julia Gillard telah menggunakan Google Hangout untuk berhubung dengan
rakyatnya, disamping untuk kempen pilihan raya./~TMI
Saturday, 18 August 2012
Blog Anwar digodam, tertera tulisan ‘Saya Menyokong Israel’
2012-08-18T19:41:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-