.

Saturday 18 August 2012

Fitnah gambar ‘kencing’: Lim Kit Siang ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR 18 OGOS: Demi membersihkan nama dan maruah kerana difitnah, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan mengambil tindakan undang-undang keatas dakwaan liar laman web rasmi facebook filem Tanda Putera.

Gambar yang telah dimuat naik dengan kapsyen “Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris”, merupakan satu pembohongan liar yang belum pernah lagi terlihat di alam maya.

Lebih memburukkan keadaan, fitnah gambar tersebut telah dijadikan modal politik murahan cybertroopers UMNO-BN yang boleh membangkitkan ketegangan kaum.

Menurut Kit Siang, tuduhan Aida Fitra Buyong selaku penerbit eksekutif filem Tanda Putera bahawa beliau telah bertindak secara defensif ke atas gambarnya yang dimuat naik serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969 merupakan satu dakwaan yang tidak berasas, liar dan menjijikkan.

“Sukakah jika pembikin filem ini, termasuklah pengarahnya Datin Paduka Shuhaimi dan penerbit eksekutif untuk menerima sahaja segala tohmahan, fitnah dan kepalsuan yang dilemparkan terhadap mereka tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk mempertahankan maruah, martabat dan integriti masing-masing?

“Adakah pembikin filem 13 Mei mengharapkan agar saya mendiamkan diri manakala mereka terus menenun fitnah diatas fitnah seperti rusuhan 13 Mei 1969 berhubung dengan insiden saya kencing di rumah kediaman Menteri Besar Selangor serta memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 apabila saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969?” soal Kit Siang.

Ahli parlimen Ipoh Timor itu berkata, tuduhan Aida jelas memaparkan kepalsuan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah Tanda Putera Datin Shuhaimi Baba bahawa babak rusuhan 13 Mei selama 10 minit daripada tempoh 115 minit filem tersebut telah memesongkan kronologi sejarah yang jelasnya tidak tepat.

“Dakwaan yang dilemparkan terhadap saya oleh penerbit eksekutif filem Tanda Putera yang sebati dengan tuduhan terhadap saya dalam laman web rasmi Facebook, tidak memberi saya pilihan tetapi untuk mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah tersebut.” ujar beliau?~.roketkini.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist