.

Saturday 7 July 2012

Uncle Seekers "Berani Kerana Benar", Kata Bapa (Pak Habib)

KUALA LUMPUR: Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang.


Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang.

Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya.

"Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi sebentar tadi memintanya mengulas mengenai isu terbabit.

Kelmarin, media melaporkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

"Bila dapat tahu berita itu, kami biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni.

"Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah."

"Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah"

"Kami tak panik. Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja."

"Mana ada blog-blog lain yang berani lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih mengetahui" tambahnya lagi.

- mD

12 comments:

  1. Berdoalah kepada Allah,semuga anak Pak Habib dipeliharanya daripada bencana manusia terkutuk
    Jangan percaya dengan sesiapapun melainkan kepada Allah swt saja.

    ReplyDelete
  2. mohon banyak bersabar dan berdoa untuk kesejahteraan anak Pak Habib..

    ReplyDelete
  3. mohon banyak bersabar dan berdoa untuk kesejahteraan anak Pak Habib..

    ReplyDelete
  4. Memperjuangkan kebenaran memang sakit dan pahit.

    ReplyDelete
  5. segalanya makin gila. malaysia bakal hancur kalau macamm ni. semoga syed abdullah selamat.

    ReplyDelete
  6. uncle seeker yg celupar, kurang ajar, dok main ngan benda2 tahyul...dok rapat ngan pompuan2 seksi...wtf???????

    ReplyDelete
  7. pemimpin yang zalim masuk neraka bersama keluarga mereka selama-lamanya.rakyat hidup susah,mereka hidup senang bawak kereta mewah-mewah.masuk neraka.Allah itu Maha Adil

    ReplyDelete
  8. Kalau dah perangai buruk...tu buruk juga...siap tipu dengan cerita hantunya...selipar nabi lah..macam-macam...siap dengan teman wanita...awat tak kawin..

    ReplyDelete
  9. Kepala bapak ko la uncle seekers

    ReplyDelete
  10. web link g8z90n5p06 louis vuitton replica replica bags india a1v00w8i34 why not try these out w3h23w4j29 replica designer bags wholesale replica bags aaa replica bags dubai gucci replica handbags q8w46j3q98 replica bags chicago

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist