Meskipun pihak polis sehingga kini
mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan
tidak sedikit pun merasa bimbang.
Malah penulis buku politik terkenal
ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan
pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur
yang sewajarnya.
"Apa yang saya boleh katakan lagi?
Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di
Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di
tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar
Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi sebentar tadi memintanya mengulas mengenai isu terbabit.
Kelmarin, media melaporkan Uncle
Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi
membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa
memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Kedua-dua mereka ditahan polis dari
Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi
di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d)
Akta Rahsia rasmi 1972.
Menyifatkan anaknya sebagai seorang
yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle
Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
"Bila dapat tahu berita itu, kami
biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle
Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni.
"Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah."
"Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah"
"Kami tak panik. Kita semua tahu dia
bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia
ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana
benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan
dengan raja."
"Mana ada blog-blog lain yang berani
lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah
diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih
mengetahui" tambahnya lagi.
- mD
Berdoalah kepada Allah,semuga anak Pak Habib dipeliharanya daripada bencana manusia terkutuk
ReplyDeleteJangan percaya dengan sesiapapun melainkan kepada Allah swt saja.
mohon banyak bersabar dan berdoa untuk kesejahteraan anak Pak Habib..
ReplyDeletemohon banyak bersabar dan berdoa untuk kesejahteraan anak Pak Habib..
ReplyDeleteMemperjuangkan kebenaran memang sakit dan pahit.
ReplyDeletesegalanya makin gila. malaysia bakal hancur kalau macamm ni. semoga syed abdullah selamat.
ReplyDeleteuncle seeker yg celupar, kurang ajar, dok main ngan benda2 tahyul...dok rapat ngan pompuan2 seksi...wtf???????
ReplyDeletepemimpin yang zalim masuk neraka bersama keluarga mereka selama-lamanya.rakyat hidup susah,mereka hidup senang bawak kereta mewah-mewah.masuk neraka.Allah itu Maha Adil
ReplyDeleteKalau dah perangai buruk...tu buruk juga...siap tipu dengan cerita hantunya...selipar nabi lah..macam-macam...siap dengan teman wanita...awat tak kawin..
ReplyDeleteKepala bapak ko la uncle seekers
ReplyDeletesupreme clothing
ReplyDeletehermes
golden goose sneakers
supreme new york
supreme outlet
supreme new york
goyard
kyrie 7
golden goose outlet
supreme t shirt
great post to read his response web Dolabuy Loewe see page visit this website
ReplyDeleteweb link g8z90n5p06 louis vuitton replica replica bags india a1v00w8i34 why not try these out w3h23w4j29 replica designer bags wholesale replica bags aaa replica bags dubai gucci replica handbags q8w46j3q98 replica bags chicago
ReplyDelete