Oleh Abdul Rahman Hashim
UMNO Sabah harus segera mengambil langkah bermuhasabah daripada terus
bertelagah sesama sendiri. Walaupun berbeza pendapat itu menjadi lumrah
dalam dunia politik, tetapi apalah gunanya jika ia membawa musibah
kepada kekuatan yang sudah dibina sekian lama.
Musa Aman, Ketua Menteri Sabah jangan mengenepikan pandangan mahupun
kritikan-kritikan yang ditujukan kepadanya sebagai suatu bibit kebencian
sehingga tidak terlihat unsur kebaikan di sebaliknya. Shafie Apdal
seorang tokoh UMNO Sabah yang kini menjadi Naib Presiden UMNO dan
Menteri kanan di peringkat Persekutuan janganlah pula merasakan dirinya
terlalu besar sehingga memandang rendah kebolehan dan kewibawaan
pimpinan di peringkat negeri.
Seharusnya egoistik pertelagahan ini tidak mengheret kepada perpecahan
yang lebih besar sehingga Sabah tidak mampu lagi menjadi 'simpanan
tetap' kepada kerajaan Barisan Nasional di dalam PRU13 sebagaimana yang
terjadi di dalam PRU12 tahun 2008. Keadaan politik Sarawak juga
memperlihatkan 'zon simpanan tetap' di negeri itu bakal menyaksikan beberapa kerusi yang dikuasai pengundi Cina menjadi sukar untuk BN mengekalkannya kali ini.
Tun Datu Mustapha, Datuk Haris Salleh & Salleh Said Keruak, ketiga-tiga tokoh ini pernah menjadi Ketua Menteri Sabah |
Tindakan Lajim Ukin yang sudah pun meletakkan jawatannya sebagai Ketua
UMNO Cawangan di dalam Bahagian Beaufort baru-baru ini janganlah
dipandang remeh, kerana beliau juga merupakan di antara tokoh politik
yang berpengaruh di Negeri Bawah Bayu itu.
Bibit-bibit keretakan membawa belah di dalam politik UMNO di Sabah semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Diharapkan kehangatan dan gejolak ini hanya berkisar kepada kocakan secawan kopi sahaja tanpa membabitkan sentimen rakyat yang bakal menentukan nasib masa depan BN secara keseluruhannya di negeri itu. Dibimbangi tempiasnya pula bakal meruntuhkan tembok besar BN yang mengharapkan kuasanya terus dominan menguasai politik persekutuan.
Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan
Nasional tidak harus dibebankan dengan permasalahan politik dalaman ini,
kerana beliau merasakan UMNO Sabah mampu mengenepikan sengketa yang
membobrokkan itu. Pemimpin UMNO Sabah harus belajar daripada sejarah
lampau di mana pertelagahan sesama sendiri telah membuatkan kuasa yang
dimiliki boleh terlepas kepada yang lain. Parti USNO terpaksa
ditinggalkan bagi membolehkan UMNO menjadi galang gantinya sehingga
membawa kepada transformasi politik yang lebih bersepadu.
Penulis (Abdul Rahman Hashim) di kanan sekali,
ketika berkunjung di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Datuk Haris Salleh, 1979.
Datuk Haris Salleh juga merupakan Presiden Parti BERJAYA.
|
Parti BERJAYA yang pernah menguasai politik Sabah juga begitu mudah dirapuhkan apabila PBS pimpinan Pairin Kitingan menggunakan kepintaran politiknya untuk meruntuhkan kerajaan BN. Demikianlah buruknya kesan daripada perbalahan sesama sendiri yang boleh tergadai segala-galanya.
Kini, kehangatan politik Sabah persis kehancuran yang berlaku ke atas
USNO dan juga BERJAYA. Sebahagian besar pemimpin UMNO Sabah yang ada
sekarang ini juga merupakan tokoh-tokoh warisan USNO dan juga BERJAYA.
Sewajarnya UMNO yang menjadi galang ganti kepada kekuasaan politik yang
dimiliki sekarang ini terus dipertahankan, bukan untuk dipersendakan
sehingga menjadi kebencian kepada rakyat peribumi.
Lajim Ukin & Yong Teck Lee |
Apakah lanskap politik Sabah akan berubah corak selepas PRU13 ini?
Apakah Musa Aman mampu mempertahankan prinsip perjuangannya selama ini
untuk mengekalkan dominasi UMNO/BN yang dipimpinnya? Jika Shafie Apdal
dan Musa Aman dikatakan sebagai pencatur politik yang hebat di Sabah,
apakah mereka mampu mencaturkan diri masing-masing supaya tidak terjebak
dengan politik kehancuran yang bakal merugikan semua pihak, terutamanya
rakyat marhain peribumi yang sudah lama terpaut kepada UMNO.
Walaupun UMNO bercakaran di Sabah tapi PR jangan leka dibuai mimpi. PKR di bahagian Silam ni pun tak sehebat mana. Jika silap pilih calon di Silam ni PKR akan bungkus. Rakyat kenal orang-orang yg jadi bos PKR Silam. Saya cadangkan 2 nama utk calon dlm PRU 13 ni iaitu Cikgu Mohd.Yusuf Khamis,mantan PPD Lahad Datu dan Cikgu Mohd.Nor Talanjul manta Guru Besar.
ReplyDeleteCikgu Mohd.Yusuf Khamis dulu pernah dicalonkan sbg calon umno(kalau tak silap)
DeleteCikgu Mohd.Nor Talanjul juga pernah jadi PPD L Datu..
Hidup PR...