Oleh: Shahbudin Husin
Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China
kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi
percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan.
Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat
dekad hubungan mesra Malaysia - China itu menimbulkan beberapa persoalan
tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan.
Dengan bersedia menerima panda itu yang dijangka akan ditempatkan di
Taman Wetland, Putrajaya, ia bukan saja menyebabkan kita terpaksa
menyediakan prasarana khusus yang menyerupai habitat asal panda yang
hidup dalam iklim sejuk tetapi juga terpaksa mengimport buluh khas
daripada China sebagai makanannya.
Kita juga dikatakan terpaksa menghantar beberapa kakitangan menjalani
latihan ke China untuk menjalani latihan berkaitan panda serta memahami
secara menyeluruh mengenai kehidupan panda itu. Dalam masa yang sama,
beberapa kakitangan daripada China's Wulong Panda Research Institute,
badan yang bertanggungjawab menyewakan panda itu, akan turut ditempatkan
di negara ini bagi mengawasi kehidupannya sepanjang panda tersebut
berada di negara ini.
Secara keseluruhannya, sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar
berbahasa Cina, kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos RM20 juta
sepanjang 10 tahun dua ekor panda itu ditempatkan di negara ini.
Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan pegawai tinggi kerajaan
ialah tentang kebijaksanaan Najib menerima permintaan China untuk
memelihara panda itu. Mereka berpandangan sebaiknya Najib menolak
permintaan China itu dengan baik sambil mengambil kira faktor cuaca,
makanan dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung itu.
Bagi pegawai tinggi kerajaan, masih banyak perkara lain yang boleh
dilakukan untuk meraikan hubungan mesra yang telah terjalin selama 40
tahun antara Malaysia dengan China, selain daripada memelihara panda.
Jika pun ingin sangat meraikan hubungan diplomatik yang mesra itu, ia
juga boleh dilakukan dengan mengadakan pertukaran rombongan kebudayaan,
pertukaran pelajar, lawatan belia sambil belajar secara tetap dan
sebagainya.
Dalam kedudukan Najib sendiri dipertikaikan oleh rakyat, memelihara dua
ekor panda dengan kos RM20 juta melalui wang pembayar cukai selama 10
tahun tentulah memburukkan lagi persepsi beliau di mata rakyat.
Rasa tidak setuju rakyat terhadap panda itu terserlah bilamana Najib
dalam laman facebook bahasa Cinanya meminta rakyat turut memberi nama
kepada dua ekor panda itu, ia akhirnya menjadi persendaan maya di mana
antara nama yang dicadangkan ialah cin cin & beg beg, Altantuya
& Scorpene dan sebagainya.
Para pegawai tinggi kerajaan juga bimbang hubungan Malaysia dan China
akan terjejas serta menjadi isu besar di antara kedua negara sekiranya
panda itu mati dan sebagainya berikutan persekitaran habitatnya yang
dibina nanti tidak bersesuaian.
Selain isu panda, pegawai tinggi kerajaan juga menyifatkan tindakan
pentadbiran Najib mengadakan pelbagai program melibatkan rakyat hampir
setiap minggu dan sepanjang masa sejak beberapa bulan lalu sebagai
meletihkan kakitangan kerajaan.
Secara umumnya, pegawai kerajaan memang sedia berkhidmat dan menurut
arahan daripada pemerintah tetapi yang menjadi persoalan ialah
program-program itu sudah berjalan secara marathon sejak beberapa
lama dan masih tidak ternampak tanda-tanda Najib akan mengadakan
pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.
Mereka juga dapat merasakan pastinya dalam bulan Ramadan dan Syawal
nanti, program-program yang melibatkan rakyat akan berlipat kali ganda
lagi dari segi bilangan dan saiznya kerana Najib nampaknya masih
berusaha meraih sokongan sebanyak-sebanyaknya sebelum mengadakan
pilihanraya.
Para pegawai kerajaan kini mengadu sudah beberapa bulan keletihan dan
tidak tahu sampai bila lagi mereka akan terus keletihan di bawah
pentadbiran Najib ini.
Bapa didakwa lilit leher, lambung anak ke katil
3 hours ago
Bukan hanya pegawai kerajaan aje yang merungut berkaitan program2 utk menaikkan imeg najib yang tak berkesudahan.....
ReplyDeleteMember wa yg buat katering kat program najib mengarok sakan.........payment dah lima enam bulan tak dapat beb!!!!!
ceramah PR takde katering pun ramai datang
DeleteNasib kaulah orang BN dahlah Menterix dan Wakil
ReplyDeleteRakyaat jenis keturunan LEMBU dapat lak PM yang
Bengong. Itu pun masih tak guna AKAL yang ALLAH
SWT berikan dengan sebaikxnya. Senang cakap A.B.U.
yeezy
ReplyDeletejordan shoes
yeezy
curry shoes
birkin bag
golden goose
moncler
kyrie shoes
yeezys
supreme clothing
replica designer bags GMOX luxury replica bags BIRBV replica bags china CKRW
ReplyDelete