.

Sunday 15 July 2012

Terdesaknya UMNO! : Siti Nurhaliza dibayar RM50,000 untuk hiburkan guru

[HD] KOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.

Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.

Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.

Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.

“Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.

“Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit,” kata satu sumber di sini.

Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.

Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.

“Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS,” kata mereka.

Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.

Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.

“Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” katanya di sini.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.

Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.

“Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut,” katanya.

Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.

Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru.

9 comments:

  1. MPKB BRI PATUT AMBIL TINDAKAN TAK KIRA SIAPA ! INI SUDAH JADI HARAM JADAH PUNYA PROGRAM ! MACAM KEPALA PARTI SEKTU APC UCAPKAN ! ABU !

    ReplyDelete
  2. dia bos dia mengharamjadahkan orang, kini puak-puak ni pula bertindak menuju ke neraka krn sebenarnya mereka lah haramjadah.

    ReplyDelete
  3. Sahlah UMNO ni parti haramjadah. Dah nak tergolek pun tunjuk sombong dan bongkak tak mahu tunduk kepada undang2.Sama2 kita doakan supaya parti hampeh ni dikuburkan dalam PRU13 ni untuk menyelamatkan negara Malaysia.

    ReplyDelete
  4. RM50,000,00..untuk hiburan je...dah dengar beberapa lagu semalaman tu je pun. Jika bijak beli je cd yg dirompak cetak RM5, boleh dengan sampai pekak telinga. Satu Cerita bagus ttg Dato' Fatmi, Madrasah Lorong Tukang Perak di Kg. Sireh pernah memohon untuk menambahbaik saluran paip dan kepala paip bagi kemudahan wudhu' tak sampai RM5,000 pun sampai sekarang tak dihiraukan. Dato' Fatmi la yang janji pada satu majlis berbuka puasa tahun lepas...dah nak berpuasa pulak dahpun.. xdilayan. Siti jugak yang dilayan. Memang HARAMJADAH punya pemimpin
    - Bakal Penggali Kubur UMNO.

    ReplyDelete
  5. Sapa Dato' Fatmi? Setiausaha Politik Najibul Rosmah ke? Dia tu glamer giler atau giler glamer, gambor dia penuh kat pagar sekolah disekitar Kota Bharu. OKB-Orang Kuat Bodek. YB Cikgu Dato' Hj. Rahim pasti ranapkan dia lagi sekali PRU13 nanti.....OKB-Osman Kering Besut.

    ReplyDelete
  6. Pelik bila membaca komen-komen di atas yang penuh dengan maki hamun dan perkataan-perkataan yang kasar. Terfikir saya, siapakah yang sebenarnya dikatakan, orang lain ataupun diri sendiri...

    ReplyDelete
  7. Rasuah guru melalui nyanyian Siti Norhaliza utk undi Umno/BN? Terdesak sangatlah Umno di KB! Siti juga yg untung, kan?

    ReplyDelete
  8. sokong anon 12.30... dimana islam nya kamu jika kata2 penuh maki hamun..apa ingat kamu x tengok siti nyanyi dah kira termasuk org2 alim ka?..sombong n bongkak..perkataan yg seswai buat penganut2 tegar yg hanya tau menyokong tapi tak tau bawa diri sebagai org islam..

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist