Oleh: Adil Mat Selamat
Dalam ghairah berhujah dalam Debat 2.0 tempoh hari, secara
terang-terangan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menghina
rakyat Malaysia di Sarawak dan Sabah dengan mendakwa bahawa mereka tidak
mampu bersaing dengan rakyat di Semenanjung jika tidak dibantu oleh
kerajaan Barisan Nasional.
“No way!” katanya sewaktu debat tersebut, menunjukkan keyakinan tegas
beliau bahawa memang penduduk di Sabah dan Sarawak tidak mampu mandiri
tanpa BN.
Sabah & Sarawak tak mampu saing?
Kenyataan ini dibuat kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengikuti
debat beliau dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Ahad lalu
melalui siaran tertunda TV malam itu serta liputan youtube yang masih
boleh ditonton sehingga saat ini.
Pandangan Chua dibuat selepas soalan dikemukakan oleh panelis dalam
sesi debat tersebut, Prof Dr James Chin dari Universiti Monash,
berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Yang dijangka jawapannya
pastilah mempertahankan DEB dengan memberi hujah manfaatnya kepada
rakyat serta contoh-contoh kejayaan BN.
Tetapi yang tidak dijangka sama sekali adalah apabila Chua Soi Lek,
dalam mempertahankan DEB, telah mendakwa masyarakat Sabah dan Sarawak
tidak boleh bersaing dengan penduduk Semenanjung atau warga Lembah Klang
tanpa bantuan BN.
Hujah beliau ini sekali gus menggambarkan bahawa masyarakat Sabah dan
Sarawak adalah manusia yang lemah, tidak mampu bersaing atau dalam
bahasa ekonominya ‘tidak anjal’. Dalam bahasa kemanusiaannya, masyarakat
Borneo akan ketinggalan buat selama-lamanya tanpa BN.
Kenyataan menghina ini datangnya dari seorang tokoh yang diwarwarkan hebat selepas membuat ‘come back’
dalam arus perdana politik Malaysia selepas skandal pita video seks
yang didedahkan oleh musuh-musuh politiknya sendiri dalam MCA. Sangat
memalukan.
Mengapa MCA ditolak
Barangkali kenyataan Chua ini sekadar mengesahkan lagi kepada kita
mengapa MCA tidak diterima oleh rakyat Sabah, malah rakyat Sarawak tidak
ingin melihat MCA masuk ke negeri itu. Inilah ironinya MCA, mengutuk
PAS, PKR dan DAP kononnya tidak diterima di Sabah dan Sarawak, tetapi ia
sendiri tidak diterima rakyat di sana.
Parti yang berasaskan kaum memang tidak boleh berjuang untuk semua
rakyat, apatah lagi untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Pandangan dan
pendekatan politik MCA ini juga menggambarkan dasar politik BN yang
hanya menganggap parti-parti komponennya di Sabah dan Sarawak sebagai
pak turut.
Justeru, Pakatan Rakyat sering mengingatkan seluruh rakyat Malaysia
khususnya di Sarawak dan Sabah untuk menolak BN pada pilihan raya umum
akan datang untuk digantikan dengan sistem yang lebih adil dan inklusif.
Seperti ungkapan Lim Guan Eng dalam Debat 2.0, yang antara lain kita
diingatkan bahawa jika menyokong BN, maka rasuah akan berterusan dan
Malaysia bakal binasa, tetapi jika Pakatan Rakyat dipilih, rasuah dapat
dikurangkan dan Malaysia akan maju di mana hasilnya akan dikongsi
bersama oleh semua rakyat.
Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan. Ubah Sekarang Bersihkan Malaysia. – Roketkini.com
Penoreh getah dijel 15 tahun ‘makan’ anak sendiri
20 minutes ago
Patut pun Cina Sabah tak suka kat MCA dan masih kekal menyokong parti-parti Cina tempatan seperti SAPP dan LDP. Rupanya MCA nie sombong
ReplyDeleteCina Sabah lebih sukakan PBS
ReplyDeleteko jgn pndng rndh pd kemampuan org la soi lek.kerajaan bn la yg memusnahkan masa depan rakyat2 sabah dgn mengabaikan pembangunan di sabah dan mengkayakn penduduk semenanjung.ko tidak sedar diri.
ReplyDelete