TEMERLOH, 12 Julai - Seorang warga Indonesia dipercayai telah mengamuk di dalam sebuah premis 7 Eleven dekat sini sekitar jam 3.00 hingga 4.00 pagi tadi.
Beliau dipercayai mengamuk selepas menghidu gam di sebuah stesen minyak berhampiran (Petronas Semantan)
sebelum berkeliaran hingga ke premis terbabit. Difahamkan beliau telah
masuk ke premis itu dan telah menyelongkar barangan jualan sesuka
hatinya.
Ketika kejadian terdapat beberapa orang pekerja di dalam premis
terbabit, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dan
bimbang lelaki itu bertindak agreasif terhadap diri masing-masing.
Tambahan pula ketika itu lelaki berkenaan sedang memegang sebatang kayu.
Mujurlah ketika kejadian beberapa orang penduduk tempatan telah masuk
ke premis itu serta meleraikan keadaan tersebut.
-sumber
Lelaki Pakistan dibunuh, mayat ditanam di kebun getah
5 minutes ago