.

Monday 30 July 2012

Najib hilang kewibawaan yang parah

Oleh: accudo


Kerajaan Umno/Bn yang ber-Perdana Menteri-kan Najib Razak seorang yang kian kelam kabut nampaknya semakin hilang kewibawaan sebagai parti pemerintah. Semakin ke penghujung hayatnya semakin banyak perkara yang cuba dilakukan semakin tidak menjadi dan semakin dipertikai rakyat baik dari yang menyokong pembangkang mahupun yang berada dalam Umno/Bn sendiri!


Yang terbaru dipertikaikan oleh seluruh rakyat adalah logo sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 55 hinggakan sekali lagi, selepas isu PTPTN pelajar Unisel, isu catuan air di Selangor, kerajaan Umno Bn membuat U-Turn!
 
Sebenarnya apalah susah sangat untuk mencipta logo dan lagu sempena Sambutan Hari kebangsaan Negara? Rasanya serahkan  sahaja tugas tersebut kepada para pelajar Universiti yang mempunyai jati diri dan cinta negara, penciptaan logo tersebut berkualiti dan lebih bermakna pada penilaian rakyat umum lantas ianya tidak mungkin menjadi perkara yang memerlukan U-Turn! Atau serahkan sahaja kepada budak sekolah pun rasanya lebih baik dan menepati cita rasa rakyat keseluruhan!

Perkara yang hanya para pelajar boleh buat dengan mudah kerana perkara itu tidak payah mana, telah gagal dilakukan oleh para pemimpin Umno/Bn yang sering mendakwa mereka adalah yang paling baik. Tidakkah ini menggambarkan para pemimpin Umno/Bn yang memerintah kerajaan pusat hari ini sebenarnya telah hilang kewibawaan dengan begitu teruk sekali?

Hal ini belum lagi diambil kira mengenai lagu dan tema sambutan Hari Kebangsaan yang juga mengundang pelbagai teguran dan kritikan dari pelbagai lapisan rakyat. Rakyat sama ada yang menyokong pembangkang dan juga yang menyokong Umno/Bn yang cerdik dan berjiwa profesional dan Malaysia, kelihatannya cukup menyampah kepada terutamanya lagu yang liriknya ditulis oleh anak Yatim itu. 

Dengan tiga isu yang sekecil ini, kewibawaan kerajaan Umno/Bn telah robek dan tercalar teruk, bagaimana lagi kewibawaan kerajaan Umno/bn hendak dipertahankan dengan isu-isu besar seperti:
1.       Menyayangi SYABAS hingga ‘menzalimi’ rakyat Selangor dalam isu air di Selangor.
2.       Royalti minyak Kelantan yang dikemut kerajaan Umno/Bn tanpa keredhaan rakyat Kelantan.
3.       Saham FGVH yang perlahan-lahan semakin tidak memberangsangkan seperti yang dijanji dan dilaungkan.
4.       Membuat tuduhan merapu konon parti-parti pembangkang diresapi JI dan Komunis sedangkan diri sendiri lebih ‘berbau taik’!
5.       Semakin ramai para artis berani menyatakan pendirian politik secara terbuka dan sanggup menyertai PAS, PKR dan cenderung kepada pemikran yang lebih bermoral dan Islamik.
6.       Tamrin Ghafar yang menentang Umno dari dalam dan mencabar Umno memecatnya tapi tidak berani pecat sehingga ke hari ini!
7.       Tampil pula apa yang dipanggil Majlis Profesor Negara dengan kajian yang cukup memporak-perandakan Umno Kedah dan mencemaskan Umno pusat yang terus mencuakkan Najib Razak! Dalam kepala Najib agaknya, “ Iya ke MPM ni?”
8.       Kegagalan Hari Kooperasi Negara, Ismail Sabri untuk ‘menghiburkan’ Perdana Menteri sehingga 4 Pengarah Kooperasi Negeri di tukarkan.
9.       Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukim dan Yb Bumburing kedua-dua MP Umno/BN, yang sudah tidak yakin kepada Umno/Bn walaupun telah cuba dipujuk oleh Muhyiddin Yasin dengan gigihnya dan katanya mereka berdua bakal mengucapkan Selamat tinggi kepada Najib dan Umno/BN untuk bersama Pakatan Rakyat!

Sesungguhnya kehilangan wibawa Umno/Bn sebagai parti yang memerintah begitu parah. Keadaan ini begitu membimbangkan para pemimpin tertinggi Umno/Bn dan Najib Razak (Rosmah tak kisah!!). Keadaan yang semakin tidak terkawal ini sedang diperhati dan dinilai pelbagai pihak. 

Trend rakyat bawahan, menengah, peneroka, para pemimpin masyarakat dan komuniti, pesara, para pemimpin Umno/Bn sendiri dari pelbagai kaum mencurah-curan beralih sokongan dengan beraninya kepada Pakatan Rakyat bagaikan ‘gelombang’ kian jelas dan terang. Cuma ‘gelombang’ itu belum sampai berskala besar bagai ‘tsunami’ yang melanda! Apakah ianya akan terus  berlaku semakin hampir PRU ke 13? 

Tak kiralah apapun,  Asal Bukan Umno (ABU)!
Tukar Pengarah: PAS mahu penjelasan Ismail Sabri
Salmiah Harun 28 Julai 2012
KUALA LUMPUR: PAS mempertikaikan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang mengarahkan empat pengarah jabatan Koperasi Negeri bertukar tempat kerja dua hari selepas kegagalan himpunan Hari Koperasi Negara.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu pertukaran pengarah negeri terbabit mula diperkatakan apabila mereka diarahkan dalam tempoh yang singkat dan mengejutkan.


"Ini mula dipersoalkan banyak pihak atas tindakan Ismail Sabri kerana pertukaran itu dibuat dua hari selepas himpunan Hari Koperasi Negara," katanya kepada wartawan.


Keempat-empat pengarah terbabit masing-masing dari negeri Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah telah menerima surat pertukaran dua hari selepas hari perhimpunan itu diadakan pada 14 Julai lalu.


Malah dakwanya, tindakan itu diambil selepas Hari Himpunan Koperasi Malaysia gagal untuk himpunkan sejumlah 100,000 orang.


"Target tidak sampai, sehingga keadaan majlis yang berjalan sangat mengecewakan, Perdana Menteri terpaksa mententeramkan audien bagi memberi peluang beliau berucap.


"Malah ditengah-tengah ucapan PM pula, ramai audien mula keluar stadium, nampak satu yang tidak kena terhadap penganjuran," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.


Mahfuz juga berkata, Ismail Sabri seharusnya menerima secara terbuka bahawa orang ramai tidak berminat menghadiri himpunan tersebut bukannya dengan mengenakan tindakan terhadap pegawai-pegawainya.


Mahfuz juga menolak alasan yang diberikan Ismail bahawa pertukaran empat pegawai terbabit adalah proses biasa iaitu penyusunan semula.


"Kalau penyusunan semula, sepatutnya empat pegawai terima surat dan dimaklumkan sebelum hari himpunan," katanya.


Bagaimanapun, Mahfuz melahirkan rasa hairan dan mempersoalkan mengapa kementerian terbabit mensasarkan kehadiran yang begitu besar dengan anggara perbelanjaan mencecah RM9 juta.


"Apabila mahu meraikan dan memberikan keselesaan dengan gambaran yang ramai kepada Perdana Menteri,  tetapi hakikat dan realiti tidak memberi apa-apa faedah malah merugikan rakyat," katanya.


"Kita berbelanja sampai RM9 juta hanya untuk mengembirakan PM, bagi saya ianya tidak patut berulang dalam cara PM mengendalikan program untuk menyakinkan rakyat," tegasnya.


Beliau percaya tumpuan Perdana Menteri pada himpunan besar untuk menunjukkan kepada dunia bahawa beliau masih diterima rakyat secara umum.
Sumber:harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist