.

Tuesday, 17 July 2012

Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendakwa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri apabila mahu Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) diadakan pada tahun ini juga.

Muhyiddin semalam dalam laporan media membayangkan tahun ini merupakan masa terbaik PRU13 dan tidak fikir ia akan berlarutan sehingga tahun depan.

“Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya),” katanya dipetik Bernama.

Mahfuz mendakwa, kenyataan Muhyiddin itu sangat bercanggah dengan hasrat Najib sebelum ini yang mahu menggunakan sepenuhnya mandat tempoh PRU sehingga April tahun depan supaya semua janji kepada rakyat dapat ditunaikan.

Katanya, sebagai orang kanan Muhyiddin sepatutnya mendukung hasrat Najib namun beliau dilihat sekali lagi mahu cuba menggunakan ‘formula peralihan kuasa’ yang sama semasa pengunduran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2010.

Ulang seperti desak Pak Lah undur

“Nampaknya dia ulang apa yang dilakukannya pada tahun 2010 apabila mengeluarkan kenyataan mendesak Pak Lah undur lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui Kabinet.

“Saya rasa TPM tak sabar nak jadi PM,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Naib Presiden PAS itu mendakwa Muhyiddin mempunyai perkiraan sendiri apabila menyedari BN tidak mungkin memperolehi kemenangan majoriti 2/3.

Katanya, jika perkara itu terjadi semasa PRU 13, Najib harus melakukan perkara yang sama seperti Abdullah iaitu melepaskan jawatannya.

“Dia (Muhyiddin) mengharapkan kalau BN nak menang pun jangan menang majoriti besar.
“Kalau menang majoriti dia tiada harapan…jadi biarlah kalah yang berbaloi,” katanya.

Katanya, kenyataan Muhyiddin itu mungkin akan menumbulkan krisis dalam Umno selepas kedua-dua pemimpin tertinggi itu menimbulkan spekulasi tarikh PRU13 yang berbeza.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist