Monday, 16 July 2012

Bonus Raya 2012 1.4 Juta Kakitangan Awam (Tuntutan Cuepacs) : Setengah Bulan Gaji @ RM500?


Bonus Raya 2012 Kakitangan Awam : Kalau melihat semula laporan Berita Semasa mengenai bonus raya kakitangan awam yang bertajuk “Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM 500 Untuk Kakitangan Awam!“, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2 billion bagi memberikan bosnu raya 2011 kepada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Itu beritahun tahun 2011, bagaimana pula dengan bonus raya 2012 kakitangan awam? 

Bonus Raya Bonus Raya 2012 1.4 Juta Kakitangan Awam (Tuntutan Cuepacs) : Setengah Bulan Gaji @ RM500?Pasti ada yang mengatakan, mengapa perlu diberikan lagi kepada kalangan kakitangan kerajaan sedangkan mereka baru sahaja menerima kenaikan gaji antara 7-13% awal tahun ini. Takkanlah nak minta lagi bonus raya 2012 pula? Jawapan kami mudah sahaja.

Inilah waktu dan ketika yang terbaik untuk menghantar sebarang cadangan dan permintaan kepada pihak kerajaan. Nah…inilah masanya. Apatah lagi Malaysia sekarang ini dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlaku tidak lama lagi. Desas-desus ada mengatakan, kemungkinan besar selepas Hari Raya Aidilfitri 2012 kali ini. Benarkah? Sama-sama kita nantikan selagi tidak keluar sebutir pun pengumuman daripada Datuk Seri Najib Razak.

Tuntutan Cuepacs : Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan

 

Mungkin atas pertimbangan ini jugalah, Cuepacs melancarkan satu lagi tuntutan kepada pihak kerajaan :
Tuntutan bonus raya 2012 Aidilfitri untuk 1.4 juta kakitangan kerajaan  di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada hari ini (Isnin)
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Dan hati kecil kami kuat merasakan kakitangan awam akan mendapat bonus raya 2012 kali ini. Dan samada dapat atau tidak bukan lagi menjadi menjadi persoalan utama sebenarnya kerana lebih terarah kepada persoalan, berapa jumlahnya yang bakal diagihkan oleh kerajaan bagi bonus raya 2012 kali ini?
  • Adakah bonus sebulan gaji?
  • Adakah pemberian bonus raya 2012 sebanyak RM500?
  • Ataupun mungkin lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini?
  • Atau anda ada cadangan lain yang dirasakan relevan?
Cuepacs Bonus Raya Bonus Raya 2012 1.4 Juta Kakitangan Awam (Tuntutan Cuepacs) : Setengah Bulan Gaji @ RM500? 

Kalau dapat bonus raya 2012 kali ini, Alhamdulillah bukan? Walaubagaimanapun, andaikata tidak dapat janganlah menjadikan ia alasan membuatkan diri kita tiba-tiba kurang produktif pula jadinya..Kami jangkakan pada raya kali ini kalangan penjawat awam amnya dan rakyat Malaysia umumnya akan mendapat tempias bonus raya bukan sahaja kerajaan pusat tetapi juga kita akan melihat perlumbaan mengagihkan duit raya oleh setiap kerajaan negeri kepada setipa kakitangannya….

P/S : Apa pandangan dan harapan kakitangan awam di sini mengenai tuntutan bonsu raya 2012 kali ini untuk anda semua?

3 comments:

  1. Tuntutan bonus kakitangan awam saya rasa kerajaan tidak boleh memandang ringan apatah dekat2 pilihanraya ni, linkup dibuatnya kalau kerajaan tak kasi perhatian.Segala kerja tak berjalan dengan lancar tanpa bonus ni, malah akan menambah lah tong2 undi Pakatan dengan undi2 protes senyap dari 1,4juta kakitangan awam dan 400ribu pesara2 seperti saya.Cuma bagi kami sejak dalam kerajaan hatta mati Allah Tuhanku, Islam agamaku, Pas politikku.....

    ReplyDelete
  2. Bonus Raya ni bagi yang dikategorikan sebagai kakitangan sokongan sebaiknya sebulan gaji maklumlah gaji kecik dan kumpulan proffesional
    separuh gaji. Geng2 JUSA rasanya tak payahlahlah bonus raya pasal elaun2 dia orang dah berlipat kali ganda melebihi gaji kami kumpulan sokongan, itu belum campur gaji lagi.
    Aku bagi pendapat je kot...kot... Omar CUEPAC
    terbaca!

    ReplyDelete
  3. penting sgt woo bonus tu. najib mesti bagi, if not malas la nk tgk bendera biru tua tu lagi.

    tp jgnla sampaii di cop muka 500 lagi.

    bagilah pula muka sebulan gaji atau muka 1000 ke.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)