Oleh: Shahbudin Husin
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kemunculan kelibat Tun Mahathir 
dan Rosmah Mansor dalam pelbagai aktiviti dalam negara kelihatan begitu 
rancak sekali. Mereka dilihat muncul dalam pelbagai majlis dan bercakap 
mengenai pelbagai perkara.
Walaupun Mahathir telah melepaskan jawatan Perdana Menteri sejak 2003 
lagi, tetapi dengan kesibukan yang ditunjukkan, jadual hariannya yang 
tetap padat serta kerajinannya bercakap mengenai politik memperlihatkan 
bahawa Mahathir sebenarnya masih tidak mahu menanggalkan pengaruh 
Perdana Menteri yang masih bersisa dalam dirinya.
Bahkan kadang-kadang apabila beliau bercakap mengenai politik khususnya,
 beliau seperti terlupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri.
Jika diimbas apa yang berlaku sejak 2003, Mahathir sebenarnya hanya 
berehat dalam tenpoh yang singkat saja sebaik mengumumkan untuk bersara 
dan menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Selepas piliharaya 2004 yang 
memperihatkan Pak Lah berjaya mencipta sejarah kemenangan paling 
gemilang bagi UMNO dan BN dan kerana tidak tahan dengan kemunculan 
pengaruh KJ serta "budak-budak tingkat 4" yang didakwanya menguasai Pak 
Lah, Mahathir kemudian aktif kembali daripada dunia persaraannya.
Sejak itu Mahathir tidak pernah mengurangkan keaktifannya. Ditambah 
sekarang ini di mana kedudukan UMNO cukup genting dan Najib sendiri 
kelihatan amat lemah untuk mempertahankan kuasa BN, Mahathir seolah-olah
 berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan Najib.
Beliau kini bercakap tentang Melayu, pengundi Cina, menghentam 
pembangkang, menilik tarikh yang sesuai untuk diadakan pilihanraya dan 
pelbagai lagi. Bahkan apa saja yang ditanya oleh wartawan, beliau dengan
 senang hati memberikan jawapannya.
Beliau juga kerap bercakap soal ekonomi dan menguruskan negara. Bahkan 
kedengaran juga ada pihak yang berjumpa dengan Mahathir untuk melobi 
sebagai calon pilihanraya.
Dalam hal ini Mahathir nampaknya tidak mahu menjadi seperti rakan-rakan 
sejawatannya di seluruh dunia yang benar-benar bersara apabila 
mengumumkan untuk bersara. Pemimpin lain apabila bersara, mereka tidak 
lagi mencampuri urusan dalam negara dan hanya menumpukan kepada keluarga
 atau hanya sesekali bercakap di peringkat antarabangsa. Mahathir 
sebaliknya, hanya mengumumkan untuk bersara tetapi tetap mahu dilihat 
berkuasa.
Mahathir bukan sahaja mahu melihat UMNO dan BN terus berkuasa tetapi 
juga mahu kemenangan yang dicapai nanti disumbangkan oleh pengaruh yang 
ada padanya. Sebagaimana beliau merasakan kemenangan tipis pilihanraya 
2008 adalah disebabkan serangan berterusannya terhadap Pak Lah ketika 
itu, beliau juga sebenarnya mahukan sahamnya turut ada jika ditakdirkan 
BN terus berkuasa lagi.
Mahathir sebolehnya mahu mengelakkan kekalahan UMNO dan BN ialah kerana 
tidak mahu musuh politik nombor satunya, Anwar Ibrahim memperolehi kuasa
 semula setelah beliau memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 
1998. Jika itu berlaku bukan saja egonya tercabar, malahaan legasi 
Mahathirisme yang dibanggakannya selama 22 tahun berkuasa juga pastinya 
akan musnah sama.
Itulah sebenarnya yang cuba dipertahankan oleh Mahathir. Dan dalam usaha
 mempertahankan semua itu, beliau kini menjadi seperti Perdana Menteri 
semula.
Bagi Rosmah pula, di awal era pentadbiran Najib lagi kemunculannya sudah
 diperkatakan oleh banyak pihak terutama berkaitan kekerapannya muncul 
di media dan merasmikan pelbagai perkara. Kadangkala pula kekerapannya 
melebihi Perdana Menteri sendiri.
Selain kerap muncul di majlis rasmi, Rosmah juga beberapa kali diminta 
oeh Najib mewakilinya di beberapa majlis dan ini memperlhatkan bahawa 
beliau gemar kepada kuasa. Lantaran itu, muncul pula pelbagai persepsi 
bahawa Rosmah sebenarnya turut berkuasa dalam pentadbiran negara. Beliau
 dikatakan bukan sahaja berkuasa dalam menentukan pengagihan peluang 
perniagaan dan kontrak kerajaan bahkan kedengaran juga desas-desus 
bahawa "First Lady" ini turut mempunyai pengaruh dalam penentuan 
calon-calon piliharaya.
Dikhabarkan ramai pemimpin UMNO pelbagai peringkat yang berhajat untuk 
menjadi calon pilihanraya turut melobi dan mendekati Rosmah bagi 
mencapai hasrat yang diidamkan itu.
Akhir-akhir ini beberapa stesen TV pula tersasul menulis kemunculan 
Rosmah sebagai Perdana Menteri dan bukan lagi sebagai isteri Perdana 
Menteri. Orangramai mula bercakap apakah ianya suatu kesilapan atau 
disengajakan? Tambah mengelirukan apabila stesen TV terbabit tidak pula 
mengeluarkan permohonan maaf  atau membuat pembetulan meskipun ianya 
suatu kesilapan yang nyata.
Apa pun isu yang berlegar di sekitar Rosmah ini, hakikatnya beliau suka 
kepada kuasa dan tidak peduli apa pun percakapan orangramai mengenainya.
 Asalkan dilihat berkuasa dan menyamai pengaruh Perdana Menteri, katalah
 apa saja.
Sama seperti Mahathir, Rosmah juga sebenarnya sedang berkongsi kerusi 
Perdana Menteri dengan Najib melalui apa yang ditunjukkannya selama ini.
Sebagaimana Najib yang sibuk saban hari dengan jadualnya, Mahathir dan 
Rosmah juga sibuk dengan aturcara sendiri dalam negara. Kesibukan mereka
 berdua menyamai, bahkan kadangkala melebihi kesibukan Najib sendiri.
Bukan saja tidak pernah berlaku  di mana-mana negara seorang Perdana 
Menteri yang sudah bersara tetapi ingin terus dilihat berkuasa tetapi 
juga tidak pernah berlaku jawatan Perdana Menteri sampai dikongsi tiga.
Tetapi selagi Najib membiarkan ada orang lain yang turut berkuasa 
sebagai Perdana Menteri, selagi itulah beliau akan dilihat sebagai 
pemimpin yang lemah./~ Shahbudin dot com
Tuesday, 10 July 2012
Malaysia Seperti Ditadbir oleh Tiga Perdana Menteri
2012-07-10T15:34:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
