UMNO tak tahu kenang budi - From Hero to zero...
Dikalangan akar umbi, Datuk Lajim begitu dikenali dan disenangi kerana
sifatnya yang pemurah dan cepat mesra. Di Kuala Lumpur, pejabat timbalan
menterinya menjadi tempat kebajikan membantu rakyat yang bermasalah
termasuk masalah peribadi.
Hampir setiap petang Lajim akan singgah di The Mall untuk bertemu dengan sesiapa sahaja. Tidak sombong dan sanggup lepak dengan aktivis dan para blogger yang kerap mengunjungi tempat itu.
Lajim tidak pernah kalah di kawasan yang ditandinginya atas kapasiti calon parti apa sekalipun dia bertanding.
Mula bertanding di kerusi DUN Klias atas tikit PBS pada tahun 1985 tetapi tewas kepada calon USNO, Datuk Azizah Dun. Beliau bagaimanapun menawan kerusi Klias pada 1986 dengan mengalahkan Datuk Anifah Aman. Mempertahan kerusi itu pada 1990 dan 1994.
Selepas PRN 1994, sejarah tercatat bila Lajim meninggalkan PBS dan menyertai UMNO. Tindakannya itu diikuti beberapa orang ADUN dari PBS termasuk Datuk Rubin Balang, Zaini Isa dan lain-lain. Kerajaan PBS akhirnya hilang majoriti kecil dalam DUN Sabah.
Selepas Datuk Musa dilantik Ketua Menteri Sabah pada 2003, nama Lajim tidak lagi disenaraikan sebagai calon Dewan Undangan Negeri pada 2004. Beliau diletakkan sebagai calon bertanding kerusi parlimen Beaufort. Kawasan itu dimenanginya dengan majoriti yang bertambah!
Senario politik Sabah mulai bercelaru pada PRU 2008, kabar-kabar angin bertiup kencang, Musa dengan sokongan KJ dan Rahman Dahlan bercadang menggugurkan beberapa tokoh yang menjadi saingan Musa Aman. Nama Datuk Osu Sukam, Datuk Seri Salleh Said, Tan Sri Pandikar Amin, Ghafur Salleh, Lajim Okin, Datu Amir Kahar dan beberapa nama yang berpengaruh di Sabah.
Bagaimanapun dua tokoh, Lajim dan Ghafur dicalonkan semula atas campurtangan Datuk Najib. Manakala nama-nama yang lain telah digugurkan last minute sebelum pengumuman calon dibuat Datuk Seri Abdullah Badawi.
Bertitik tolak daripada perancangan Musa Aman itu, hubungan kedua-dua mereka mulai tegang. Lajim tidak lagi percaya dengan Musa. Manakala adik Musa, Datuk Anifah Aman terus menggunakan akhbar miliknya New Sabah Times untuk memalukan Lajim.
Saya ingat dalam satu majlis di Keningau, akhbar Sabah Times tidak menyiarkan sepenuhnya foto yang disiarkan akhbar-akhbar lain. Gambar Lajim secara sengaja dipotong dengan hanya menampakkan bahunya sahaja.
Menurut seorang pemerhati, ramai pemimpin UMNO Sabah tidak sedar termasuk Musa Aman dan adik beradiknya. Jika bukan kerana tindakan Lajim berpindah parti pada 1994, Musa tidak akan jadi KM Sabah. Anifah tidak akan jadi Menteri Pusat. Yahaya dan Hajiji tidak akan menjadi menteri kabinet!
Jika sekalipun Lajim keluar dari UMNO puncanya ialah Musa Aman dan kaum kerabatnya bukan kerana perjuangan UMNO. Maka tidak timbul isu Lajim mengkhinati UMNO kerana Lajim tidak pernah mengkritik UMNO dan pucuk pimpinan tertinggi parti itu terutama Perdana Menteri.
Hanya satu sahaja Lajim tidak setuju iaitu cara politik Datuk Musa Aman, keluarga dan kroni-kroninya!