Seronok jika menjadi orang
penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisma seperti di negara ini.
Salahlaku pun boleh dilakukan kerana penggubal dasar dan pelaksana melakukan
kerja yang sama dan tidak ada pihak lain yang boleh melakukan ‘check and balance’
terhadap mereka. Tidak ada apa-apa yang boleh menegah mereka melakukannya
kerana penggubal dasar yang sepatutnya memerhatikan pelaksana melakukan kerja
yang baik, sekarang sedang bersekongkol untuk melakukan kerja hina itu
bersama-sama.
Anak-anak kepada pemimpin dan
orang besar yang bergelar dan bernama lah yang mendapat keuntungan besar dan
labanya dalam sistem kronisma yang berlarutan dalam pimpinan negara pada masa
kini. Suzi Suliana, anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hasan adalah
di antara yang sangat beruntung kerana pengaruh dan kuasa dalam sistem kita ini.
Suzi Suliana, anak kepada bekas Setiausaha Negara, Sidek Hasan yang kini menjadi Pengerusi Petronas adalah salah
seorang yang mendapat laba kekayaan melalui perniagaan yang ‘monopolistic’
apabila beliau telah mendapat anugerah membekalkan tenaga solar yang di berikan
oleh ‘Sustainable Development Authority of Malaysia (SEDA)’ dan Suliana
dijangka akan menerima keuntungan sebanyak RM70 juta setahun sebagai pembekal
32 peratus tenaga solar kepada keperluan negara.
Sebagai seorang penjawatan awam
utama negara, Sidek telah menggunakan pengaruh di atas kedudukan beliau itu
untuk memberikan pertimbangan dan keputusan untuk mendapatkan anaknya sebagai
orang istimewa dan diberikan perniagaan yang 'monopolistic' ini dan tentunya ia
bercanggahan dengan slogan rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan.
Suliana tidak mungkin dengan
mudah mendapat keistimewaan ini jika bapanya Sidek Hasan hanyalah seorang
pemandu lori Felda Angkut yang membawa minyak kelapa sawit ke kilang-kilang
penapis Felda di Jengka Pahang. Walaupun 12 syarikat yang berkaitan dengan Suzi
ini hanya ditubuhkan dua tiga minggu sebelum tamat tempoh permohonan itu,
Suzi telah mendapat begitu besar laba daripada kedudukan bapanya yang menjadi
Ketua Setiausaha Negara.
Apa yang didapati dengan mudah
oleh Suzi ini tidak ada bezanya dengan apa yang didapati oleh Dato Seri Salleh
Ismail, suami kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia yang sangat terkenal itu,
Shahrizat Jalil. Saya selalu berkata jika Shahrizat itu hanyalah seorang bidan
kampung tidak mungkin Salleh mendapat pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak
RM250 juta untuk memelihara lembu. Dalam isu ini RM180 juta telah di gunakan
untuk membeli kondominium-kondominium mewah dimerata-rata tempat diseluruh
dunia.
Baru-baru ini terdedah satu lagi
cerita George Kent yang telah mendapat kontrak RM1.8 billion semata-mata kerana
hubungan akrab empunya syarikat itu dengan Perdana Menteri Najib. Pemberian kontrak
kepada George Kent
itu memaksa Pasarana untuk membatalkan pemberian kerja kontrak itu kepada
Belfour Beatty pada bulan januari tahun ini yang bernilai hanya RM1.1 billion.
Lepas satu pendedahan, timbul
pula sat pendedahan lain dan semuanya berkaitan dengan mereka yang berkuasa.
Mirzan Mahathir yang menguasai syarikat arak San Maguel Filipina juga mendapat
keistimewaan dengan menggunakan Petron Phillipines yang dikuasai sepenuhnya
oleh San Maguel untuk membeli syarikat Exxon Mobil dengan harga yang murah dan
seterusnya memaksa MAS untuk mendapatkan bahan bakar dari Petron dan bukannya
dari Petronas lagi.
Terlalu banyak pendedahan tentang
tindakan merompak yang dilakukan oleh anak-anak pemimpin-pemimpin kita
dihadapan mata kepala rakyat yang sedang berperang dengan kenaikan harga barang
utama seperti gula, tepung dan beras yang kesemua bahan-bahan ini dibekalkan
secara ‘monopolistic’ oleh kroni-kroni pimpinan negara.
Semuanya ini merupakan rompakan
yang dilakukan oleh gulungan kolar putih. Tetapi pada hakikatnya merompak itu
tetap merompak dan telah dilakukan disiang hari dan terbuka.
Bagi saya semua rompakan ini
tidak ada bezanya dengan perompak kolar biru seperti yang dilakukan oleh Botak
Chin tiga puluh tahun lalu. Pendeknya tidak ada bezanya diantara Botak Chin
dengan perompak-perompak kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO
dan BN itu.
Satu lagi kata-kata sinonim yang
kita dengar sekarang ini; iaitu UMNO itu Botak Chin, Botak Chin itu UMNO.
Mengundi UMNO samalah seperti mengundi Botak Chin berkolar putih ini.
Jika semasa Botak Chin mengganas dahulu semua orang mengunci pintu dan tingkap untuk menjauhi Botak Chin itu, kali ini wajar rakyat menutup segala ruang untuk Botak Chin berkolar putih ini untuk terus melanun dan merompak. Itu boleh kita lakukan semasa PRU nanti./~Aspan Alias
Sekurang-kurangnya Botak Chin tak rompak wang zakat, tak rampas tanah adat kaum2 di Sarawak atau pun tipu warga Felda dgn memaksa membeli saham FGV. Perlakuan pemimpin2 Umno/BN adalah lebih teruk daripada Botak Chin, Rasputin atau pun Nero the Mad Emperor!
ReplyDelete