Sumber gambar:DCM |
Yang berikut ialah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia tentang insiden tersebut:
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430
hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan
seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan
melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan
pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut
terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan
kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua
cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan
jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh
kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota MPV juga diserang dengan
jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang
anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati saspek lelaki telah
terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek
perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal mendapati saspek
telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek
perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).