(Oleh Norutul Ilham)
SHAH ALAM 12 Julai: Ahli Parlimen (MP) Tanah Merah, Amran Ab Ghani
mendedahkan, beliau ditawar RM20 juta supaya meninggalkan KEADILAN.
Ia merupakan jumlah paling tinggi selepas episod pendedahan tawaran
membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat didedahkan di Parlimen baru-baru
ini.
“Satu perjumpaan diaturkan orang tertentu untuk membeli Ahli Parlimen
daripada KEADILAN. Tawaran bermula daripada RM10 juta. Akhirnya pihak
itu mematikan harga dengan RM20 juta seorang.
“Perkara ini terjadi apabila pakej berlaku, iaitu kelapan-lapan Ahli
Parlimen ini melompat. Kalau seorang tarik diri, perkara ini tidak
jadi,” kata Amran pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan
Negeri (SUK) di sini hari ini.
Menurut Amran, tawaran itu dibuat semasa peralihan kuasa pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Berkongsi pengalaman sama, MP Kelana Jaya, Gwo Burne Loh dan MP
Ketereh, Ab Aziz Kadir turut mengesahkan mereka juga menerima tawaran
keluar parti seperti yang didedahkan MP Indera Mahkota, Azan Ismail
sebelum ini.
Amran berkata, selain dipujuk, beliau dan keluarganya ditekan pelbagai ugutan.
“Saya ditekan dari sudut orang muda iaitu jika saya tidak dicalonkan lagi, pencen hanya bermula umur 50 an.
“Dia mengandaikan parti ini (KEADILAN) hanya menggunakan saya, kerana pada PRU13, saya tidak akan dicalonkan semula,” ujarnya.
10 juta disuruh ke Indonesia, 10 juta lagi dapat gudang
Bagaimanapun katanya, tawaran RM10 juta itu membuah hasil apabila
kumpulan lapan Ahli Parlimen itu ada yang lompat selepas berlaku
perbincangan.
“Dalam perbincangan itu, diberikan penjelasan berkenaan tawaran RM10
juta bahawa mereka akan diberikan gudang di sekitar KL dan dijadikan
seperti pencen.
“Manakala RM10 juta lagi supaya bawa isteri tinggal di Indonesia dua
atau tiga tahun. Maknanya jika balik kampung selepas itu, orang kampung
tidak marah,” jelas Amran.
“Tawaran ketika itu menarik kerana tidak perlu lompat masuk BN tapi
keluar dan duduk atas status Bebas dan sokong kerajaan, itu
gambarannya,” kata Amran.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut hadir dalam sidang
media itu dengan sinis meminta media mengesahkan perkara tersebut dengan
MP yang sudah lompat parti.
“Ini transformasi Najib, jadikan manusia tukar jadi katak, kalau
boleh tuan-tuan hubungi Bandar Baharu, Wangsa Maju, Bayan Baru, Bagan
Serai, tanya mereka yang melalui transformasi berdasarkan cerita mereka
ini,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32680
Thursday, 12 July 2012
Hot! : MP Tanah Merah ditawar RM20 juta keluar KEADILAN
2012-07-12T18:31:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-