VS
Oleh: accudo
CM Lim Guan Eng dan don
juan MCA Chua Soi Lek meneruskan kelangsungan tradisi orang berilmu
dengan berdebat di perdebatan siri kedua antara mereka. Tidak pedulilah
siapa menang dan siapa kalah kerana rakyat umum akan membuat penilaian
terhadap hujah-hujah yang mereka utarakan. Maka itu kedua-dua pemimpin
utama bangsa Cina ini harus dipuji kerana berani berdebat walau apa pun
keputusan yang akan ditentukan oleh rakyat nanti.
Malangnya pemimpin utama
sebuah parti Melayu yang berbuih mulut tak henti-henti mengaku dengan
gah nya Umno konon sebagai parti orang Melayu utama, sehingga hari ini
haram, masih belum berdengup-berdengap untuk berdebat dengan Anwar
Ibrahim! Membisu seribu bahasa, membungkam tak terkata, yang kelihatan
hanya mata terkebil-kebil adakalanya pejam terus biji mata!
Pada hal apa salahnya
menyahut cabaran debat Anwar Ibrahim tu. Anwar Ibrahim bukan muda lagi,
bercakap pun dah ada gagap-gagap di sana sini! Takut apa - sama-sama
tua!
Lagi pun debat antara
pemimpin, bukan payah macam debat budak budak sekolah Piala YAB Perdana
Menteri! Debat antara pemimpin, dah tahu dah apa yang point-point puak
sebelah sana, suruhlah pegawai peribadi yang ramai-ramai di JPM tu untuk
sediakan jawapan atau bidasan. Mudah je...bila Anwar tanya, jawab!
Fakta Anwar salah, bidas! Semudah makan kacang apa! Itu pun tak boleh?
Sampai nak tunggu jadi budaya baru nak debat? Eh padah!!
Sesungguhnya yang dicabar
oleh Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya itu memang amat memalukan
kerana hingga hari ini masih belum ada teluq untuk berdebat! Malu pada
Guan Eng dan Soi Lek! Playboy-playboy Soi Lek pun boleh berdebat! Ini
kata ceritanya warak sangat tapi debat pun tak boleh! Buat malu
je...buang batu tu!