1 Murid 1 Rim kertas A4.Begitulah mengikut tajuk surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam kepada ibu-bapa / penjaga murid-murid tersebut.
Mengikut
daripada isi kandungan surat yang disertakan di atas, tujuan surat ini
dikeluarkan dan diberi kepada ibu-bapa dan penjaga adalah kerana ingin
meminta sumbangan kertas A4 untuk persediaan Ujian Bulanan 2 dan
Peperiksaan Akhir Tahun sekolah tersebut, oleh kerana peruntukan
kewangan yang diberikan kerajaan adalah tidak mencukupi.
Kami tidak dapat mengesahkah samada ada
surat di atas adalah benar atau palsu semata-mata, namun kami melihat
perkara ini dengan begitu serius. Bagaimana pula peruntukan yang
diberikan tidak mencukupi? Adakah benar kerajaan memang tidak
menyalurkan sumber kewangan yang relevan kepada sekolah ini? Kami
difahamkan hanya Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam sahaja yang ada
mengeluarkan surat seperti di atas.
Tidak salah untuk meminta bantuan
daripada ibu-bapa, namun kami melihat ada sesuatu yang tidak kena sama
sekali.Bagaimana hanya sekolah yang disbutkan di atas sahaja yang
terlibat manakala sekolah-sekolah lain tidak mempunyai masalah
sedemikian? Adakah ini merupakan kesalahan pentadbiran sekolah dalam
menguruskan kewangan atau sebaliknya?
Kongsikan pendapat anda mengenai isu ini.
duit dah habis..
ReplyDeleteSetiap ibubapa ada menderma ( bayar yuran) utk PIBG di awal tahun yg mana jumlahnya x kurang dari RM20.00. Selain dpd itu, ibubapa juga diminta membayar yuran peperiksaan utk setiap anak mereka., selain dpd peruntukan yg diberikan oleh kerajaan untuk setiap pelajar di sekolah bantuan penuh. Pihak PPD perlu menyiasat hal ini! Jangan dibebankan lagi ibubapa yg telah membayar segala tuntutan pihak sekolah di awal tahun.
ReplyDeletesekolah lain pun minta tapi tak berani nak keluarkan surat. Mohon secara lisan dengan murid. SMK Bandar Tasik Puteri dan SK Tasiik Puteri. SK Tasik Puteri 2 depa naikkan yuran pibg dr RM20 kpd RM40.
ReplyDeleteNak jadikan pelajar yang cemerlang memerlukan banyak duit. Yang kerajaan bagi mana cukup.Banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan.Nak tunjuk kata sek. percuma, tapi duit bagi tak cukup.
ReplyDeleteSek ditempat aku pon berbuat benda yang sama.Dulu memangda yuran peperiksaan tapi gomen dah hapus kononnya nak tolong rakyat.Dah hapus tapi gomen tak bayar satu sen pon,jadi sek memanglah tak ada duit.Semua ni org putih kata"public stunt' saja Ada sek nak bayar bil pon teruk apa lagi maintenace lain.Kong kali kong last2 rakyat juga kena tipu.
ReplyDeleteSek. Tasik puteri ada bg surat meminta bantuan kertas A4. Apa ada hal kertas tu untuk kegunaan anak2 kita juga. Ada duit lebih buatlah derma kat sek. Duit PIBG masih lagi RM20. Nak bg lebih apa salahnya. Bila ada PiIBG meeting datang barulah boleh tau apa aktiviti yg dah dibuat. Jangan nak salahkan pihak tertentu aje.
ReplyDelete