Oleh Hashim Suboh
Apabila saya membuat andaian bahawa Umno/BN bakal kalah di Perlis,
sesetengah pihak mentafsirkan bahawa kata-kata ini dilontarkan dari
perspektif kumpulan yang berkonflik dengan Menteri Besar, Datuk Seri Md
Isa Sabu semata-mata.
Sebagai bekas orang media, saya tidak akan menyalahkan wartawan yang
memetik respons saya kepada pertanyaan beliau yang kemudiannya ditafsir
dan ditulis berdasarkan perspektif beliau sendiri. Sebenarnya pandangan,
penilaian dan rumusan saya sama sekali tidak ada kaitan dengan
kedudukan kononnya sebagai orang kuat kepada sesiapa.
Kepada yang mengenali saya, ‘pemimpin’ saya yang sebenar adalah
‘prinsip’. Jika saya bersuara dan bertindak, saya pastinya didorong
oleh isu prinsip yang meresahkan. Krisis politik Umno Perlis menjelang
PRU 12 pada tahun 2008 berlaku kerana pucuk pimpinan khususnya Pak Lah
(Tun Abdullah Ahmad Badawi) melanggar prinsip, sistem dan amalan parti.
Senarai calon yang dikemukakan oleh Badan Perhubungan dan
Bahagian-bahagian diketepikan kerana campurtangan Ahli Parlimen Kangar
yang pada ketika itu adalah juga Setiausaha Agong Umno/BN. Lebih ‘palat’
lagi, Pak Lah juga akhirnya menerima senarai calon yang dikemukakan
oleh Ahli Parlimen Kangar dan Padang Besar yang jika dirujuk kepada
‘sistem, amalan dan prinsip’ samasekali tidak berhak dibenarkan berbuat
demikian.
Akibat perlanggaran ‘sistem, amalan dan prinsip’ ini, hak dan suara
Bahagian serta Badan Perhubungan telah dinafikan. Akibat pencabulan ini
juga ‘tercantaslah’ Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Naib Ketua Umo
Padang Besar dan Allahyarham Ketua Pemuda Padang Besar, Timbalan Ketua
Kangar, Ketua Wanita Kangar, Naib Ketua Arau serta Ketua Pemuda Arau
yang sebenarnya telahpun dicalonkan oleh Bahagian masing-masing dan
Badan Perhubungan Umno Perlis.
Perlu diketahui bahawa sebilangan besar calon DUN dan Parlimen dari
Umno yang bertanding dalam PRU 12 dulu adalah calon pintu belakang yang
telah terpilih oleh muslihat mereka yang memperdaya dan mempergunakan
Pak Lah.
Latarbelakang sebagai calon pintu belakang inilah yang menyebabkan
majoriti ADUN akhirnya bertindak mengingkari keputusan Presiden
Umno/Pengerusi BN yang telahpun bersetuju dan mengeluarkan watikah untuk
Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Menteri Pesar Perlis.
‘Produk politik haram’
Saya pernah menggelar MB Perlis selepas PRU 12 sebagai ‘produk
politik haram’. Walaupun bunyinya agak kasar, saya yakin kebanyakan ahli
Umno Perlis memahaminya. DS Md Isa tidak pernah dicalonkan oleh
Bahagian dan Perhubungan.
Samasekali beliau juga tidak pernah diiktiraf oleh Badan Perhubungan
pada ketika itu. Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan berlaku adalah
titik noda yang amat menghina sistem dan amalan parti.
Seorang AJK Bahagian yang tidak punya kehebatan luar biasa tiba-tiba
saja boleh diangkat menjadi MB dengan membelakangkan parti adalah
sejarah yang menunjukkan dakwaan bahawa parti menguasai kerajaan adalah
suatu pembohongan besar.
Selepas lebih tiga tahun DS Md Isa menjadi MB dan Pengerusi
Perhubungan serta diberikan pula laluan untuk menjadi Ketua Umno Kangar,
ramai rakan mengharapkan beliau mengambil inisiatif untuk menyatukan
semula Umno Perlis. Malangnya tidak ada tindakan yang diambil beliau.
Kata-kata bahawa Umno/BN Perlis kuat dan bersatu adalah pembohongan
fakta. Tanyalah DS Shahidan, Datuk Zahidi, Datuk Ismail Kassim,,
Azihani Datuk Ali, sebilangan sahabat-sahabat yang menjadi EXCO dan
ADUN serta ramai lagi. Bilakah kita pernah duduk semeja untuk kita
selesaikan masalah di antara kita?
Tinjaulah pandangan rakyat di gerai, pasar tani, pasar dan lain- lain tempat.
Benarkah rakyat selesa, yakin, berpuashati dan ‘seronok’ dengan
kepimpinan negeri? Saya menyebut bahawa Perlis di ambang kekalahan
kerana realiti di bawah cukup membimbangkan dan amat memerlukan suatu
‘wake up call’.
Terus terang, saya amat tidak senang dengan sikap pucuk pimpinan
khususnya TS Muhyuddin Yassin yang memandang enteng seolah-olah tidak
ada masalah di Perlis.
Lebih parah, apabila mereka meremehkan masalah dengan menganggap
krisis politik di Perlis hanyalah masalah antara Shahidan – Radzi – Md
Isa – Azmi Khalid semata-mata.
Apakah mereka menganggap Zahidi – Chu – Azam – Mastika -Hashim –
Azihani – Azizan Sulaiman – Sulaiman Shafie – Ammar dan lain-lain
hanyalah pak pacak politik yang bersedia untuk dipariahkan untuk
kesekian kalinya?
Sejujurnya saya tidak ada masalah dengan majoriti EXCO dan wakil
rakyat. Mereka masih kawan dan berkawan dengan saya tidak kira samada
mereka wakil rakyat pintu depan atau pintu belakang. Pendirian bersyarat
saya jelas … Yang sudah tu sudahlah !! Ikhlaskan hati dan bersatulah
kembali.
Biia saya katakan Perlis di ambang kekalahan bukanlah bererti saya
menyokong ‘kekalahan’ itu. Bila saya katakan DS Md Isa lemah dan tidak
berkebolehan, ia adalah manifestasi kekecewaan saya terhadap kelemahan
dan ketiadaan kebolehan beliau meraikan perpaduan dengan kawan-kawan
saya yang lain.
Saya juga kecewa kerana momentum kemajuan rakyat dan negeri Perlis
diganggu oleh api permusuhan politik dalaman yang tidak pernah
dipadamkan sehingga pemimpin yang berpotensi disisih dan terus
diketepikan.
Drama politik syok sendiri terus dilakonkan dan cerita lawak diterima
sebagai cerita serius. Sambil itu, pandangan sinis diangkat sebagai
pujian manakala kata-kata perli pula dianggap sebagai suatu
pengiktirafan.
Akhirnya Pak Pandir, Mak Andeh, Lunchai dan Lebai Malang muncul di jalan untuk menentukan arah dan masa depan kita di Perlis.
Persoalannya : Wajarkah kita turut senada dengan Si Luncai yang
membiarkan kepandiran politik dengan ungkapan : Biarkan! Biarkan!
Biarkan!
Penulis adalah bekas Ketua Penerangan Umno Perlis.
-FMT
Saturday, 30 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Biarlah umno terus alpa dengan kebodohan mereka. Admin tak sepatutnya angkat entri yg semacam ni yg hanya akan menjadi wake up call untuk umno jika berharap PR menawan Perlis.. Baca dan teliti dulu isi entri ini..
ReplyDelete