.

Friday, 29 June 2012

Sharifah Aini pula masuk PAS?

Mengikut rakan facebook, biduanita negara Dato' Sharifah Aini akan mengumumkan kemasukkannya ke dalam PAS pada bulan Julai ini.

Baguslah, setelah berpuluh tahun bergelumang dalam Umno sebagai seorang selebriti tersohor, mungkin beliau agaknya baru tersedar bahawa Umno tidak membawa insan ke arah ketuhanan.

Sharifah Aini yang berasal dari Johor, sejak akhir-akhir ini begitu berminat menyampaikan lagu-lagu dakwah dan menyanyi untuk kutipan dana anak-anak yatim.

Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di tahfiz Al-Quran.

Walau bagaimanapun, beliau dikatakan tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan pernah dimasukkan ke wad.

Eloklah, walau bagaimana kontroversinya sepanjang kehidupan kita, yang penting di hujung kehidupan kita memilih Islam sebagai ikutan hidup dan perjuangan kerana itu lebih bermakna daripada awal-awalnya Islam tetapi akhirnya memilih jahiliyyah!

Kepada Sharifah Aini, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kita ucapkan.
Selamat menjalani hidup sebenar!

-sumber

P/S- Kita sama-sama tunggu Julai nanti....

9 comments:

  1. Jangan wat pengumuman sebelum benda tu dah sah..kalu x masuk orang kat PAS syook sendiri pulak!!!

    ReplyDelete
  2. Pirahhhh! Tak masuk PAS pun tak apa. PAS tak kemaruk dengan artis.

    ReplyDelete
  3. betul belum sah tak yah buat pengumuman...tapi kalau dia nak masuk pas takkan nak tolak..hehhehh

    ReplyDelete
  4. JIKA BETUL ALHAMDULILLAH...DULU , SAYA MASIH INGAT LAGI ADA ARTIS KATA KALAU PAS MEMERINTAH MEREKA TAK BOLEH MENYANYI.

    ReplyDelete
  5. ape plak PAS tak perlukan artis??PAS still perlukan sokongan, sepatutnya kena sapot klau ada mana2 pihak nak masuk PAS tak kira la artis ke, ape ke..kita tunggu dan lihat..semoga Allah tetapkan iman Datuk untuk sama2 berjuang menegakkan agama Islam di bumi Malaysia..

    ReplyDelete
  6. kalau betul memang cantek....aku tunggu kehadiran kak pah di pentas PR...

    ReplyDelete
  7. PAS jangan ghairah sangat dengan Sharifah Aini atau mana2 artis pun. Kenapa tiba2 ramai sangat artis UMNO masuk PAS? Nanti mereka kencing buat susah PAS je...artislah katakan. Sekejap begini, sekejab begitu....janji masuk

    ReplyDelete
  8. Jika benar akan berlaku Alhamdulillah.Ini semua adalah perancangan dari sebaik baik perancang yakni Allah. Jika para pembaca masih ingat telah banyak berlaku peristiwa artis artis meninggal dunia sejak 2 ke 3 tahun kebelakangan inikan... pasti peristiwa peristiwa yg berlaku ini adalah salah satu petunjuk & hidayah yg Allah ingin tunjukan kepada golongan artis artis ini temasuklah semua manusia yg mengaku Islam bahwa sesungguhnya kematian itu dtg tanpa kita sedari, bila bila masa & ketika mati akan dtg menjemput kita. Mungkin inilah rentetan peristiwa yg sedikit sebanyak dpt memberi hidayah kepada golongan ini terutama nya agar jangan leka dgn hiburan dunia semata mata. W'alam.

    ReplyDelete
  9. saya tak berapa nak setuju kak pah nak masuk PAS.Perjuangan Islam tidak semestinya melalui parti PAS.Yang penting niat dan keikhlasan kita.Jangan tergoda dengan mulut yang manis Tok Pah.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist