.

Thursday, 7 June 2012

Sekat PTPTN, Mempercepat Kejatuhan BN

Oleh: Idris hj Ahmad


Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi  tidak faham konsep Federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa. Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu.

Alasan dangkal Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.  kerana Kerajaan PR hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah kerajaan Pusat selepas PRU 13,, bukan sekarang ini.  Semua ini gara-gara politik diktator yang memperalat demokrasi tetapi bertindak ala kuku besi.

Kerajaan negeri Selangor mampu berbuat demikian jika segala hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat di Selangor dimasuk kepada perbendaharaan negeri seperti cukai lapangan terbang, cukai pelabuhan, saman trafik, saman JPJ, bayaran pastport antarabangsa, cukai ke atas restoran. Masalahnya sekarang semua hasil ini diambil oleh kerajaan Pusat walaupun dipungut di Selangor. Nampaknya semangat Federalisme pemimpin BN hanya tahu mengambil hak orang tetapi tidak tahu memberi kepada yang berhak.

Jika sebelum ini arahan diberi kepada agensi kerajaan pusat jangan memberi kerjasama kepada kerajaan PR, sekarang tindakan yang lebih melampau dengan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel. Semua tindakan ini penanda aras kerajaan BN berada dipenghujung hayat, insayaAllah tindakan terbaru ini mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN. Sepatutnya setelah 55 tahun merdeka politik semakin matang, bukan tindakan terkebelakang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist