.

Thursday, 14 June 2012

Saman terhadap bakal menantu Kazakh Najib mendedahkan segalanya: ROSMAH PASTI BANGGA!

macam pinang dibelah dua.... Penipu? Daniyar Nazarbayev didakwa menggunakan dokumen palsu untuk masuk ke Universiti Columbia semata-mata untuk memikat Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia

Anak saudara bekas presiden Kazakhstan telah mendapat 'kejayaan besar' selepas dia menipu untuk mendapatkan tepat di Universiti Columbia dan menipu bapa tirinya, abang presiden, sebanyak USD20 juta untuk sebuah pangsapuri di Bandar New York, mengikut sebuah saman dari mahkamah.

Perbuatan Daniyar Nazarbayev di Amerika adalah sebuah kisah yang akan memalukan Borat seorang karaktor fiksyen brbangsa Kazakh bekerja sebagai seorang produser TV yang mneyindir bekas republik Soviet dalam sebuah filem pada tahun 2006.

Encik Nazarbaye, 24 tahun, yang telah melarikan diri dari Amerika Syarikat, kini dilaporkan akan berkahwin dengan anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, mereka berkenalan di universiti Ivy League, Amerika Syarikat.

Bapa tiri Daniyar adalah saudara kepada presiden Kazakh

Bolat Nazarbayev, saudara Presiden Nursultan Nazarbayev yang sudah lama memerintah telah menyaman Daniyar Nazarbayev dan Maira Kesikbayev ibunya di mahkamah Manhattan, mendakwa mereka berdua adalah penipu bersiri antarabangsa yang mencuri sebuah kondo bernilai USD 20 juta di Plaza Hotel daripadanya, lapor The New York Post.

Mereka juga menggunakan dua pangsapuri mewah di Wall Street miliknya, dakwa Bolat Nazarbayev.
Bolat dan Maira telah berkahwin pada tahun 2001, tetapi perkahwinan mereka dibatalkan selepas mendapat tahu bahawa isterinya dikehendaki oleh polis Kazakh dan Interpol untuk pelbagai jenayah, termasuk penculikan dan peras ugut, tambah suratkhabar itu lagi.

Maira memiliki beberapa nama samaran, dakwa mahkamah tersebut.


Maira dikehendaki polis Kazakh dan Interpol

Maira menukar nama keluarga anaknya dari Kesikbayev kepada Nazarbayev dalam sijil kelahiran selepas perkahwinan - satu usaha untuk mengukuhkan status Daniyar sebagai sebahagian daripada keluarga pertama Kazakhstan, menurut akhbar itu.

Daniyar menggunakan nama keluarga barunya dan memalsukan dokumen untuk mengatakan bahawa dia lulus daripada sekolah tinggi di Kazakhstan untuk mendapatkan tempat di Columbia, mengikut tuntutan mahkamah.

Bolat mendakwa bekas anak tirinya sebenarnya menuntut di sebuah sekolah menengah di Switzerland, tetapi tidak pernah lulus.

Daniyar memperolehi ijazah dari Columbia pada tahun 2010. Pihak sekolah telah menyedari tuduhan terhadapnya itu, namun tidak diambil apa-apa tindakan, lapor The Post.

Semasa di Columbia, dia menggunakan ketampanannya untuk memikat Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia.

Bolat mendakwa dia menugaskan Daniyar untuk mencari sebuah apartmen mewah di New York untuk dirinya dan memberikan kuasa kepada bekas anak tirinya itu sebagai wakilnya pada tahun 2008 supaya dia boleh menandatangani hak milik untuk Bolat.

Sebaliknya Daniyar telah meletakkan nama ibunya sebagai pemilik kondo itu. Lapan bulan kemudian, dia menjual kondo mewah itu kepada anak lelakinya untuk USD 1, menurut saman itu lagi.


Plaza Hotel

Mewah: Sebahagian Plaza Hotel yang bersejarah itu telah ditukar menjadi kondominium mewah, yang boleh dijual lebih daripada USD 1 juta. Bolat Nazarbayev membayar USD 20 juta bagi pangsapurinya.

Bolat Nazarbayev
Nursultan Nazarbayev

Keluarga ternama: Bolat Nazarbayev (kiri), saudara Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev (kanan), mendakwa bekas isteri serta anak tirinya menipu sejumlah USD 20 juta bagi kondo mewahnya.

Maira Kesikbayev

Menjadi perhatian: Danivar Nazarbayev (tengah) bergambar dengan ibunya, Maira Kesikbayev (kanan) pada majlis perkahwinan orang ternama dari Malaysia pada tahun 2011. Juga bersama adalah tunang Encik Nazarbayev (kiri) dan adik lelakinya.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2157941/Nephew-Kazakh-president-lied-academic-record-Columbia-University.html#ixzz1xYXCD0jE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist