KOTA BHARU - Belum pun pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai
bermula sudah timbul dakwaan terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk
menggagalkan pembinaan projek itu yang dikenali sebagai lebuh raya
rakyat.
Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,
Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan lebuh
raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu
kontraktor yang terlibat.
Malah kata beliau, pihaknya juga melantik lapan juruukur baru yang
terlibat dalam proses mengenal pasti laluan setelah juruukur yang asal
diganggu.
“Kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian
walaupun pihak tertentu cuba untuk (hasut supaya) tidak terlibat, ini
adalah satu dari cubaan tetapi semuanya masih mengikut jadual,” kata
beliau selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah
kesesakan lalu lintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Lebuh raya
tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi
dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).
Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, beliau terkejut apabila
mendapati konsep wakaf yang diperkenalkan mendapat sambutan baik bukan
sahaja dari segi kewangan malah perkhidmatan.
Mengulas mengenai kritikan sinis pihak tertentu yang meragui usaha
pembinaan tersebut, Husam berkata, beliau tidak akan memberi banyak
reaksi sebaliknya menunjukkan usaha itu melalui tindakan.
“Saya tak akan jawab lisan, sebaliknya melalui tindakan, kita sudah
lantik kontraktor dan mempunyai perjanjian serta struktur kewangan, bagi
kita empat bulan pun dah nampak kemajuan,” katanya.
Bagi tujuan yang sama, Husam dalam nada sinis berkata, pihaknya akan
melelong perkakasan pembinaan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri
oleh peserta perhimpunan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) minggu
lalu.
Menjawab kritikan mengenai terdapat kontraktor yang terlibat dalam
pembinaan mempunyai kaitan dengan syarikat Genting, Husam berkata,
mereka yang membuat dakwaan itu terlebih dahulu perlu menyelidik kenapa
Kerajaan Pusat tidak membina sedangkan ia tanggungjawab mereka./~sinar harian
Thursday, 14 June 2012
Sabotaj mahu gagal projek lebuh raya rakyat
2012-06-14T09:55:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-